HAHA.
dah banyak kali buat orang lain terkejut gila-gila.
tolong, hari jadi ke-20 ini, terkejutkan saya.
dengan happynya.
HAHA.
hari jadi saya yang ke-20 ye.
ke-20.
muda lagi.shhh!.
kesedihan paling tinggi
aku tak mahu kau panggil aku kakak lagi,
jika hujan ini mampu aku tadah agar kau tidak basah, sudah aku lakukan.
- crazier,taylor swift
- kiss from roses, seal
- meet me halfway, b.e.p
- fallin for you, colbie caillat
- meet me on the equinox, death cab for cutie
- for you, coldplay
- the world turned upside down,coldplay
dengan semua lagi yang ada dalam winamp aku sekarang, yang aku kerap dengar, cukup membuktikan jiwa aku tengah tersenyum :)
kisah makcik seorang itu.
********
dia terkena strok pada usia muda. 35. jadi, akibatnya, jadi kurus kering.kaki serta tangan tidak berfungsi seperti biasa. jadi luar biasa. tak dapat buat kerja seperti biasa. namun, terjadinya strok hampir 5 tahun lalu, tahun lepas sudah melahirkan anak yang ke-6. suaminya hanya pekerja biasa di kelab golf ibu kota, sekeluarga tinggal di rumah pangsapuri yang dindingnya sudah penuh lumut-lumut,cukuplah hanya berteduh. aku bangga masih ada ibu seperti dia. cukup jatuh tersembam, cukup besar dugaan, namun masih tak buang anaknya dipelihara keluarga lain. kau kuat wahai hawa! tak seperti di dada akhbar lain, ada anak, masih kuat,masih cantik, kau biarkan dirogol, dibunuh dengan teman lelakikau sendiri? binatang apa kau ini? selamat datang ke akhir zaman wahai tuan-tuan dan puan-puan. tapi, yang memelikkan, kau tahu kau tak mampu, kau tahu, nasi kau pun, kais pagi makan pagi, kais petang kau makan sampai esok hari, namun, kau masih melahirkan anak? aku tak persoalkan rezeki tuhan, aku tak perkecilkan kehendakNya, namun, kita masih mampu merancang bukan? bukan apa, cuma aku kesian kan si kecil itu. tak dapatnya minum susu, umur 13 sudah berhenti sekolah, kalau lagi buruk, bergaul dengan anasir-anasir kurang enak. sudah cukup buruk bayangnya bukan?? sebab itu, adanya perancangan keluarga.ye, memang aku tabik kau menjaga anak kau, namun, kesiankan anak itu. itu saja. kau yang mencorakkan masa depannya bukan? kalau kau beri warna terang, teranglah pelanginya kelak. kalau kau hanya mampu berinya warna pudar, warna kelam, tak mampu aku jelaskan lagi.
baru aku sedar, betapa pentingnya perancangan keluarga.ampun aku katakan, kalau kata-kataku melebih.
*sebab itu India miskin, dengan populasinya tinggi. tak ada kerja, hanya buat anak.
i look to you
tersentuh sangat-sangat dengan makhluk kecil ini.
kau harus lihat rancangannya bersama oprah.
hampir mati ibunya ketika dia kecil, tak kisah jika hadiah pertandingan hanya 5$, tetap dia bertanding hanya untuk hadiahkan sekeping pizza untuk mak serta adiknya,tak jatuh walau dihimpit, tak lenyap walau ditanam. itu namanya kuasa ibu.
hadiahnya hanya satu, buatkan ibunya gembira. buatkan ibunya bangga.
aku rasa kau berjaya, adik. kurniaan tuhan tak ternilai bila ibu masih memelukmu, dan bayangkan kita hanya mampu peluk gambarnya? subhanaallah.
jangan sesiapa sentuh ibu aku.
sentuh perasaannya, walau dengan apa sekalipun.
walau dengan kata-kata, apatah lagi sentuh kulitnya.
mohon sekali.
dia separuh dari aku. itu saja aku tahu.
walau sampai langit belah kepada dua pun, dia tetap ibu aku.
alhamdulillah ada catwoman seperti dia dalam hidup aku.
jadikan aku seperti hari ini.
matahari, jangan curang esok pagi. aku mahu dia bangun lagi :)
Selamat Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Alhamdulillah masih dapat aku raikan.yeah, tabik dada sendiri sebab bulan Novermber lepas, aku hanya postkan 2 entry. paling sikit dalam sepanjang aku berkawan dengan blog neh. tak banyak sangat isu aku harus hurai.oh, bukan tak banyak. mencapai katarsis maksimum agaknya bulan lepas. kelegaan emosi. syukur :)
******
sedangkan, baru semalam dia makan nasi depan kau? kau seorang haji, tak terkira jari tapak kakikau sudah melekat di tanah suci itu, tak terkira jari kau sudah menghadap kiblat seluruh umat Allah, tapi kau masih berbohong pada hamba lain seperti mu jua? kau bangsat. kau cetek.aku tak bermaksud untuk berkurang ajar dengan orang tua, mak aku tak pernah ajar. minta maaf sangat. ampun aku katakan, tapi inilah akibatnya jika sabar terlalu lama. sabar aku tak sesakit apa ibu rasa ye. jadi, tertangguh sudah untuk menghadap hakim kepada 16December kelak.kau malu mengiyakan kau lemahkan? kau tak untung pun kau ada Vios, kau tak untung mana kalau kau ada banglo, kau rugi hilang cucu. darah kau ada dalam darah aku. sanggup kau kerat darah daging kau sendiri? manusia pelik! janji aku, tak kisah selama mana, tak kisah kes ini sejauh mana, sanggup aku tunggu. sanggup aku laras.sanggup aku berdiri.sanggup segala-gala. ini negara demokrasi. kau tak lari kemana la sayangku, ayah. semuanya kembali ke pangkal niat, hanya keadilan aku minta. tak banyak pun aku minta. itu saja ye sayang?
*russian roulette di winamp*
sudahlama coldplay menenangkanku, sekarang dia. :)
2-3 hari ini
geram macam haram.
tulisan hati kembali. bagi aku, menulis di papar ini bukannya hendak menunjuk, bukannya hendak mengutuk, tetapi apabila timbul perasaan yang makin sukar aku mendefinasikan dan juga makin hilang kata-kata keputusan, aku tulis. kadang-kadang niat untuk menyindir, kadang-kadang untuk berkongsi. bukannya apa. selagi perasaan itu mampu hati telan, mampu dipersis, aku biar die pergi. selagi bertenggek, aku luah dengan tulisan. itu saja jalan yang aku belajar.
*senyum kambing*
*tarik nafas..*
kita asyik jaga hati orang, lupa akan hati kita. asyik sayang orang, lupa akan sayang kita. bukannya selalu langit itu biru, kadang-kadang ada kelabu jua. kadang, menangis jua sang awan. bukannya selalu mentari timbul, kadang-kadang petir menjenguk jua. kita tak tahu kenapa hujan, kenapa petir, kenapa banjir, hanya kita bersabar apabila ia datang. berdoa agar suria tak curang pada hari berikutnya.aku bukannya selalu gembira sayang. aku bukannya pelakon terbaik dengan senyuman siang dan malam di bibir sedangkan hati menangis? aku tak cukup kuat kawan. bila aku selalu senyum, selalu tegur-tegur, bukan bermakna aku tiada masalah ye? aku hanya sorokkan dengan tembok halimunan agar tak dinampak orang. agar tak dirisau orang. tapi sampai bila tembok mampu tahan dengan air bah? buatlah dengan emas sekali pun, tetap akan roboh. jadi, bila roboh, harap mereka faham. si dia tengah berduka. jadi, biarkan dia. jangan dikacau. jangan diganggu. berikan dia ruang untuk menggembirakan hatinya yang rawan itu sengan sendiri ye?sebab aku dah lama tak tegur, dah lama bermasam muka, jadi aku digelar sombong? ah, aku tak kisah kau gelar aku emo, aku poyo. itu hakikat. cuba sebentar pakai kasut aku, cuba seminit menjadi aku, mampu kau tahan? seperti aku boneka kepada semua. menggembirakan kamu. jangan eksploitasi tabiat aku. jangan kau ungkit apa aku.
dan tolong jangan mencari publisiti murahan dengan hendak bercakap dengan aku, dengan cara mencari gaduh? seperti kau mencurah petrol ke dalam api, seperti kau kacau sarang harimau? memang kau mahu mati. jangan salahkan aku, jika hanya 2-3 hari aku tak bercakap, berlarut sampai bila-bila. aku dah malas guna phrase "forgive,but not forget" because i realize, forgive but is not enough. kau lumpuhkan percaya aku pada kau. lain kali, jangan gelar orang sebegitu, jangan kau tuding jari salah siapa, jangan kau angkat tangan kononnya macho untuk bertumbuk, poooooodaaaaaaaaaa! kau gelar orang pondan, at least mereka tak sorokkan diri mereka. mereka lucutkan dinding palsu mereka, tak macam kau, makin hari, makin kau bina dinding palsu kau, kan gay?? dah. aku malas nak cakap. berbuih aku cakap, kau tetap ada jalan untuk tangkis. sampai bila-bila kau tak faham. kau buat aku terfikir, antara aku, atau kau, tempatnya bukan di sini?
************
suara dalam tekak
****
sakit tekak aku tak hilang2. bilang doktor, aku ada masalah tonsil. bahayanya, aku tak perlu risau. kecil-kecialan sahaja. jadi, bergantung pada ubat, pada air masak, pada rehat, aku harap aku mula sembuh. insyaallah :)
*hati makin rawan, seribu kemungkinan berlegar-legar*
*itulah perempuan, kami fikir mendalam*
*jangan salahkan kami*
sunday oh sunday
come and sit here. be my another half. to complete me.
Pelajar: cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita
sayang? Macam mana nak jaga kasih sayang itu berkekalan?
Cikgu: ok. kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput
sambil memandang rumput di depan kamu. pilih rumput yang PALING cantik dan
PALING menarik hati kamu tanpa menoleh ke belakang sekali pun. Sudah petik,
bawa naik ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun dengannya. cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?
Pelajar: tadi, masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik sekali. memang ada
banyak rumput yang paling cantik. tapi, cikgu cakap, petik yang paling cantik, maka
saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik, tanpa menoleh
ke belakang lagi. tapi, sampai ke penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling
cantik. mungkin ada di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi, cikgu da
cakap tak boleh menoleh ke belakang lagi, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.
cikgu: ya. itulah jawapannya. maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang
kita sayang, dan dia menyayangi kita, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.
kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya, jangan kita menoleh
ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.dan ingatlah, orang yang kita
sayang, adalah yang paling cantik untuk kita walaupun masih banyak yang cantik-cantik.
belajarlah untuk menghargai orang yang kita sayang, dan juga menyayangi kita.
pelajar tersebut mula terfikir-fikir dengan jawapan cikgunya dan mula memahami, apa itu kasih sayang.
sengaja aku postkan email yang sudah lama kiranya aku simpan dalam inbox aku. sengaja aku paparkan, takut-takut aku terlupa pada si kasih. sebanyak mana aku sayang, sebanyak mana aku kasih, tetap sedikit yang aku hargai. aku mohon ampun pada yang mungkin kiranya aku terlepas pandang. aku hargai sebenarnya. cuma kadang-kadang, aku alpa. aku mohon ampun sekali lagi.
satu perkataan: yeah!
mulai ceria.
mulai suka.
harap-harap, malam esk pun serupa.
:)
cahaya ; matahari.
mahu saja aku kibas si cahaya ini, injak seinci pun cukup
agar aku tak silau lagi, selesa aku kunya kuih raya ini
bagaimana mahu injakkan sang cahaya, dia jujur di tempatnya
ikut sahaja putaran bumi di keliling matahari, imbaskan sayap cahaya di tempat sepatutnya
tak patutku harap begitu;
nampak sangat aku yang malas mengangkat pungung ke kerusi sebelah.
malas.
*assignment; malas.
kosong.
mari lena sebelah aku. pinjamkan bahu untuk aku menghela sunyi ini.
si manis.
raya tahun ini, 2009.
punya hari yang baik, cuaca yang ceria, malah mendatangkan kepuasan estetika. alhamdulillah :)
Dia beri hadiah paling istimewa untuk umatnya yang berpuasa hanya sepurnama sahaja, iaitu aidilfitri. eid mubarak bagi siapa tak faham.
***
aku sayang keluarga aku. walau tak besar, aku rasa dah paling meriah.
walau aku tak ada mak long, mak ngah, pak long, mak tam, ape2 ja la panggilan yang boleh akibatkan puak makin besar. aku tahu, itu makin meriah, dan juga makin gundah.
alhamdulillah, aku dikurniakan keluarga sekecil ini, cukup 1 kereta kalau mahu kemana-mana.
masing-masing senang jaga perasaan sesama sendiri. doa-doa tak berkelahi ya. mana lagi mahu aku bertumpang kasih kalau tak mereka-mereka ini? ya allah.
pagi raya makin cerah, buat aku rasa udara makin sayang aku. senang aku hirup. rasa katarsis menyelubungi badan ini bila dengar takbir raya, buat bendalir darah laju ke mengalir ke aortanya, irama paling indah setiap tahun kutunggu untuk ku nikmati. :) buat aku tenang.
aku bersyukur. masih belum kesempatan ke sape2 punya pusara lagi untuk raya tahun ini. masih tak mampu bayangkan, tahun depan, tahun seterusnya, ku ziarahi pusara kepunyaan antara kesayanganku, tak dapat bayangkan. subhanaallah.
******
-kasih nadia, nurlis, reifly, askar paling kuat aku pernah temu. tak berdarah walau ditembak, tak mati walau dipanah. kubu aku paling kental.
-kasih ibu, die separuh dari aku. hanya die, mampu buat aku kenal separuh aku.
-kasih mak, sampai syurga. tak ada lagi pendengar sebaik kamu di dunia. :)
-kasih paksumi, n maksu elin, mereka pelengkap dunia keluarga aku. penolong paling setia.
syukur, aku punya mereka.
dari dulu, selama.
maaf.
rindu.
pedih kau tahu? buat keadaan makin tak terkawal. gelisah setiap kali melihat potret-potret mereka. kan bagus kalau gambar-gambar ini boleh bercakap? ala-ala dalam cerita bujang lapok si eni bercakap dengan boyfriendnya. kan?? banyak sangat yang aku rindu. orang yang tak sepatutnya saya fikir, ada tempat dalam kerusi fikiran. macam mana?
*rindukan tomyam cafe matrik*
*rindukan sahur di cafe, tak seperti sekarang*
*rindukan berbuka puasa time-time kering duit, oh, kami kongsi syiling*
*rindukan matrik la senang cakap..*
*paling ya, aku rindu dia. star*
*tarik nafas*
sudah fasa kedua teraweh aku sempurnakan. alhamdulillah, surau tempat ku dating malam-malam puasa ini. takut tahun depan dah tak berupaya. takut-takut. errrrr.....
****
you,you,you,you guys.
dulu, pernah sesunyi semaksima yang ada, seperti aku rasa tak punya graviti untuk berdiri,
pada kamu.
banyak yang saya pelajari dari kamu,kamu dan kamu.
kamu,
pada kamu.
cuma satu,
sekelas bersama, suara berpincang.
***
*diam, tahan menitis*
***
*****
aku diwajibkan berpuasa hari ini.
pada ramai-ramai orang.
bukan setakat puasa dari makan dan minum,
terutama pokoknya, puasa hati
itu tunjang.
tak guna kau puasa, tetapi mengata orang.
dont you ever wonder why the phrase "fragile, handle with care" exist?
kot-kot boleh angkat.
boleh la borak-borak dengan diri sendiri. supaya boleh la senyum dan tak rasa sunyi malam ini.
takpun, berderu-deru mesej aku kasi.
"hey sofea, dah makan?.."
macam rasa ada orang ingat. macam rasa ada orang boleh kejutkan pagi-pagi waktu sahur.
part yang paling best. rasa cam tak mati je.
pernah rasa macam tuh timah? tak pernah. sebab kau tak sesunyi aku.
Allah tak pernah lelah jadi saksi aku.
****
shhh. jangan bocor sunyi aku.
hati lembut sangat. mudah pecah.
sangat sakit. macam virus.
takmau ramai mati.
cukup la aku. lagipun, aku bukannya pahlawan untuk didendangkan.
bukan sapa-sapa.
hanya anak mak aku, kakak adik aku, dan hamba tuhan aku.
kan??
.kosong.
kebetulan hidup yang menginsafkan.
minggu kesenian islam bermula. aku mula turut serta. rasakan minggu itu aman sekali. udara turut serta berzanji. hujan riang ria turut berselawat. aku makin rasa mahu dekat denganNya. mahu ke konsert nasyid, tiada duit.tambah lagi, tiada kutu yang mahu ikut. maklumlah, hadiah kerajaan tak dapat lagi. wang dari ibu, cukup-cukup untuk makan. aku fikir, tak apalah. lain kali boleh tengok rabbani lagi sambil mulut menyanyi-nyanyi lagu anak soleh.
" hari ini, saya ada beli 2 tiket untuk ke konsert. malangnya,saya tak dapat hadir. jadi, saya nak bagi pada ketua kelas, Azrul." Tahir cakap.
jadi, aroma kegembiraan semakin menebal tutupi harum perfume aku. alhamdulillah, dapat pergi juga. jadi, malam itu, bersungguh-sungguh aku dan beberapa mereka untuk pergi ke konsert. semuanya aku telefon bilang mahu ke konsert. ibu, nadia, nurlis, paksumi, semuanya ku bilang. bertapa lonjakanya kegembiraan. malam itu, aku mula rasa aku perlukan transformasi. bukan drastik, cukuplah transformasi hati. memadai bagi aku. terima kasih rabbani. malam itu, aku sempat menyanyi bersama ustad asri. bukan di pentas, tapi sekadar di "front seat" a.k.a seat pensyarah memandangkan tiketku berkaler kuning. vip senang cerita. aku rasa terhibur. selama ini hanya aku lihat di kaca televisyen berwarna, dia azan. dia berselawat. ini anugerah empunya dunia. merdunya suara berdakwah. aku kagum! aku rasa ada tangan memanggil aku untuk pandang ke sana. ke atas. mula fikir aku letaknya aku bila sangkakala telah tertiup. aku takut tak sempat aku angkat tangan ke atas. walau dengan beberapa alunan dakwah aku dengar, cukup menginsafkan. aku lena sepanjang malam itu selepas konsert.
ya tuhan, tolong jangan lepaskan tangan aku. hanya Kau yang mampu memegangku ke JalanMu.
mood for tonight: i will be by avril lavigne
Nothing I could ever do to make you see
What you mean to me
All the pain the tears they cry
Still you never said goodbye and now I know how far you’d go
I know I let you down but its not like that now
This time I’ll never let you go
I will be all that you want and get my self together
Cause you keep me from falling apart
All my life I’ll be with you forever
To get you through the day and make every thing OK
I thought that I had every thing I didn’t know what life could bring
But now I see honestly
You're the one thing I got right
The only one I let inside
Now I can breathe cause your here with me
And if I let you down I’ll turn it all around
Cause I would never let you go
I will be all that you want and get my self together
Cause you keep me from falling apart
All my life I’ll be with you forever
To get you through the day and make every thing OK
Cause with out you I can’t sleep
I’m not gonna ever ever let you leave
You’re all I got
You’re all I want
Yeah
And with out you I don’t know what I’ll do
I could never ever live a day with out you
Here with me do you see your all I need
And I will be all that you want and get myself together
Cause you keep me from falling apart
All my life (my life) I will be with you forever
To get you through the day and make every thing OK
I will be (I’ll be) all that you want and get my self together
Cause you keep me from falling apart
And all my life you know I will be with you forever
To get you through the day and make every thing OK
with that, i thank you.
:(
emosi tak stabil.
:(
sehari di sekolah
nothing else matters.
semalam di jalanan.
ibu.
i love u sangat-sangat.
setiap hari, ibu la hero me.
u are my bestfriend, my mom, my dad, even my everythings.
thanks a lot ibu.
bulan jatuh ke riba, suka sama suka.
malam menjadi pecinta.
mungkin juga, kau boleh bergelar pendeta,
tapi itu hanya atas nama.
i'm leaving.
isabella.
penjaga malam
penyakit lama dah diubati.
cis la raksasa hodoh ini, nyah kau dari aku.
bosan la berjaga sorang-sorang tengah malam.
tengah malam sampai pagi.
pagi baru lelap. oh kelopak mata, berjasa la untuk aku sebentar.
penat aku jadi si penjaga malam. si hantu berkeliaran melihat kucing ku nyenyak mimpi.
cemburu dengan mereka.
macam-macam aku dah buat. tolong la. nak tido sekejap ja.
selagi tak detik 4 am.
tak lena.
bodoh!
kami kan berkongsi darah yang sama?
aku tahu adik aku cantik.
adik-adik aku jelita.
dan sebenarnya aku tahu aku tidaklah serupawan mereka.
macam aku lah hanya anak susuan.
tapi, aku masih punya rasa hati, dan juga jiwa kecil ini tak pernah lelap, tak begitu?
adikku mahu selipar, aku belikan walaupun dalam poket hanya ada rm10.
adikku mahu tengok transformer, aku ya kan aje. walaupun aku sendiri tunggu mereka di luar. tak cukup duit.
adikku mahu ke universiti, aku tolong sedaya yang mampu. keringat tak pernah lelah untuk mereka.
apa salahnya, mereka kan adik aku.
aku tak kisah apa-apa sahaja untuk mereka,
kamikan berkongsi darah yang sama? :)
.................................................
winamp aku makin best!
tak banyak aku tahu pasal dia.
aku rasa tak perlu tahu pun.
dia hanya memerhati aku dari luar ruang udara aku ini.
ah, apa aku peduli, akhirnya aku dah makin tahu.
huhu.
:)
grrr..
"aku sumpah kau jadi......"
"hari ini kau buat aku macam neh, esk...amek ko!"
aku rasa karma sangat. dulu, aku pelajar yang malas. tak masuk kelas. sampaikan seminggu lagi untuk upsr, cikgu aku cakap.
"anis tak masuk kelas lagi?, mana dia. main bola sangat. nanti, masuk dewan, gantung bola kat leher. kot-kot dapat jawapan.........."cikgu marina.
bangga dengan upsr, aku pegi ke sekolah berasrama penuh. mungkin untuk murid-murid yang bijak dan baik sahaja. jadi, aku tersesat.
ponteng prep, naik lambat, sengaja buat pasal untuk dimarahi, bersama klik-klik buat orang tak suka, gila kuasa, tak pin tudung kalau turun surau, tipu warden kalau nak balik rumah,bising dalam surau, kutuk cikgu, mengajuk cikgu, sampaikan belasah orang opps.lebih bagus aku gelar dia pencuri. hingga mak bapak kene panggil. bukan jahat sebenarnya, nakal lebih tepat.di kolej, aku ponteng kuliah. ponteng tutor. kadang kala potostat mc kawan. haha. bodoh gile.
cis, jahatnya budak sekolah neh. aku rasa, dalam banyak-banyak cikgu aku, ada antara mereka yang telah sumpah aku. mesti ada. haha :)
aku dapat pergi egypt untuk medic, aku tolak. dapat ke universiti malaya, aku tolak. dapat ke pelbagai lagi tawaran, semua aku tolak. akhirnya, aku pegi ke IPGM.
hanya satu niat,jadi cikgu.
end up, dapat pelajar yang macam aku supaya dapat susahkan hidup aku kelak.
tak rasa aku kena sumpah ke?
................................................................
hayya nab'idil karaha.
banyak sangat niat yang aku nak realisasikan.
liberasi yang cukup ruangnya untuk aku terus terbang.
aku mahu bermain piano seperti ray charles.jazz, blues, buat aku relax.
mahu bermain pedang dan berlawan seperti Achilles berlawan Hector.
mahu juga aku menulis seperti Nicholas Spark yang mampu tulisannya difilemkan.seperti penghargaan.
teringin juga aku menolong orang seperti oprah winfrey.
lagi aku teringin jadi pergi melancong tempat-tempat terindah dunia, seperti taj mahal, The Grand Canyon,The Iguazu Waterfal,...macam orang kaya.
banyak sangat yang aku mahu..
kita pandang hidup dari pelbagai sudut. pelbagai pandangan dapat kita lempar.
ada yang di atas, ada yang di bawah..jika di atas, menguji imanku pada Yang Esa, bila ku di bawah, buatku semakin kuat untuk tidak mengalah.
harap rodaku makin pusing ke atas. kalau tertulisnya qada' dan qadar aku sebegitu..
aku bersyukur. dengan apa yang aku ada sekarang.
walau tak dapat apa yang aku bayangkan, alhamdulillah ada apa yang aku perlukan.
tak meminta lebih, tapi aku berusaha untuk memperbaiki. hari ke hari. kalau tidak, manakan esok lagi baik dari hari ini.
mahunya junjung syukur aku itu, tapi tak terdaya.
terlalu besar.
sampaikan paksi bumi mampu berubah dengan besarnya syukur aku itu.
tadahku hanya untuk Allah s.w.t
Dia Maha Kaya.
amin.
psst. sekali lagi.
mr.joker ajar.
shhh..
kenapa aku rasa kuaci ada dadah? tak henti aku kunyah.
tak cool kawan aku cakap.
tapi, malam neh aku rasa cool sangat.
tengok berita sambil makan kuaci, minum kopi o ice,
sambil gelakkan mereka yang kalah macam aku pandai sangat sepak bola.
perlis menang 4-0 atas negeri sembilan?
tak cukup makan masak lemak cili api agaknya.
*bangga untuk jadi anak perlis itu.*
cool tak?
psssssttt!
bla..bla..bla..
aku rindu dengar U2 sambil khayal.
oh kawan-kawan sekerja, kamu ibarat dadah untuk aku.
buat aku gembira walau sekejap. janji kau buat aku gembira.
aku addict.
engkau lawa, engkau handsome, itu credit untuk kau.tahniah kerana terpilih. aku jadi makin positif, itu lagi bernilai kan?
mungkin rakan sekelas, mahupun rakan sekuliah aku sedar.
sikit-sikit je.
kenapa nak sedar kewujudan aku?
aku tak kisah la pasal itu.
bukannya mahu mereka sedar, cukuplah sekadar menerima.
tak rasa bodoh langsung kalau kau ada perasaan menerima.
kau tak rugi langsung.
tak rugi setitik pun peluh kau, kalau kau cakap, "good la anis..."
lagi aku anggap kau mulia. macam oprah winfrey.
tapi takpelah, aku makin positif aku rasa.
aku rasa kau mungkin tak terima aku sebab kau jelous kau tak boleh jadi macam aku.
positif kan??
tengok ini, sumpah buat kau jadi makin positif.
..................................
dear soul, goodnight.
cikgu sofea.
Revenge of the Fallen
checked!
rating: 200/200! full mark!
thumbs up la Michael Bay.
this Movie is by a long stretch the best Block Buster of the Summer la.
caya lah megan fox and Shia LaBeouf, one word: fantastic!
kau wali aku suatu masa nanti.
walau sejahat kau, kau tetap bapa aku. oh, Selamat Hari Bapa.
walau tiada apa untuk aku bangga kan.
ingat! aku akan cari kau balik untuk jadi wali aku.
cium tangan kau mohon restu, ayah.
orang-orang sekeliling aku tahu apa yang terjadi pada aku, bukan begitu?
aku mahu buat filem pasal hidup aku.
bukan mahu cari ringgit, hanya iktibar.
sebagai pengajaran.
aku terima kasih untuk uncle ghani, uncle khairul, uncle lan, uncle ridzuan, uncle dan, dan uncle nizar. hanya Allah mampu beri kamu semua balasan nikmat. Terima kasih.
mereka tolong aku, tapi mereka bukan bapa aku. aku harap, mereka.
...................................
peluklah daku, jangan kau lepas. kerana ini bukan cinta biasa.
alangkah indah aku berada di tepi pantai.
sambil jalan dari hujung sana ke hujung sini sambil berkaki ayam.
pegang selipar aku.. takut hilang.
sambil berborak dengan orang yang menemani. orang yang aku kasih.
bukan berborak pokoknya, lebih meluahkan.
sambil makan ice-cream. mcd tak jauh, sebelah je.
suka nya aku angin sepoi-sepoi ini.
buat aku hirup, niatku untuk lega.
mode: alexa, jangan kau lepas.
konklusi: aku rindu kuantan :(
file-file yang berterabur.
makin kusut.
semuanya makin.
perlukan wang. mane2 orang kaya di luar sana yang nak bantu anak yatim ini masuk universiti malaya 28hb neh, mintak tolong derma ye?! hehee :)
dengan adik aku masuk hari yang sama.
kesian ibu.
kesian keringat die.
kesian die untuk memikirkan pelajaran kami.
aku tak mengemis. cuma meluahkan.
shhhhhh....
aku rasa mati.
nasib baik iman itu masih ade.
:(
sometimes silence can seem so loud.
now, gettin better.
better in silent to keep everythings calm down.
dear soul, sleep well.
"Alcatraz was built to keep all the rotten eggs in one basket..."si babi warden.
buat kepala aku makin ringan. sungguh.
walau tak seringan mana, namun cukup lah sekadar aku boleh tarik nafas sekali lagi.
walupun penuh asap, aku rela. makin sedap aku rasa.
oh wang, kau takde jual cop duit ke?siap aku bold lagi. tunjukkan bertapa aku maukan.
maunye aku beli sedozen.
cukuplah. aku tak tamak.
cukuplah buat adik aku ke universiti.
apa sahaja dia nak, aku ya kan. dia kan adik aku.
walau kene tangkap dan di hantar ke alcatraz sebab curi sebuku roti untuk dia makan,
macam frank morris pun, aku sanggup.
kamikan berkongsi darah. apa salahnya.
sambil tengok escape from alcatraz, sambil berangann angan jadi pengarah buat film terbaik ini.
mesti mak Clint Eastwood sejuk perut lahirkan dia. pembawa opera filem hidup.
tahniah.
its been a while that i didnt post anything since i was damn busy with my uncle's wedding as i am his kind of wedding planner. haha:) yang tidak bertauliah la kan. so, its not cost at all. sigh.:0. now, i can release my words as the wedding dah settle. over these few days, i was realize that i have a few wishes that never come true yet. no matter how high the level of desperate i can go through, its still the same. left the hope silent without make any sounds. its no bloody way. haaaa!! lacking of actions, and maybe some ideas, make me so pathetic of hoping something. i have to change the track. what the hell of these?? i need my bestie to have a slow talk,girl to girl, syaza. she's too far away. wind, send my flying kiss for her please. sometimes, i was like giving up in everything that come to my life. i was like "lantak la ape nak jadi, ske hati laa..pape je laa.." and thats show i have no options to choose what the best even the chance are there. lazy to think when the emotions control the heart. frankly speaking, when the time i was extremely bored with the life, i'll become invisible. invisible to everybody. forget others feeling and other thought,i didnt reload my prepaid even i have thousands of sms that i have to reply with, on9 with invisible appear, say no to hangouts, no to handphone and even i can off my mobile all day long just want a piece of peace and just sitting in front of tv all day long while drinking chocolate milkshake. thats pathetic la makcik :( its not that i'm damnly tired, but then, its just a reflect to the sadness. rather being like this instead of normal when i'm in sad mode. gile. :( now, i have to plan my track well. what are going and what i'm gonna do.. start thinking sofea..
ubahlah halimunan.
off to temerloh 4,5,6 june.
this quote make me think twice. maybe more than that. haha :) betul la ape die cakap. kind of not fair at all, but then, back at reality, cam betul. heheh :D
ok, back to the point where i'd prefer to write actually. its about my uncle's wedding last week. its a blue-white theme and dari pihak lelaki, we're comes in pink. 1st time in my life, i have this kind of colour in my closet. ceh! buat aku gemuk je colour neh. kianat aku pada warna ini. terpaksa banyakkan deletion untuk amek shot yang best. memandangkan mereka jelita, puaslah.cemburunya aku pada si perawan. syukurlah aku punya cukup sifat :) alhamdulillah.
so, majlis tunang, akad nikah, and persandingan semuanya alhamdulillah get thru well dalam 2 hari itu. memang penat memandangkan i'm the 2nd photographer for my unc. and at the same time, jadi juga videographer untuk the majlis. congratulations to my aunt's family sebab bersusah-payah buatkan that majlis thru smooth je even panas terik ya amat. terima kasih ye orang-orang temerloh. cool abes!!! :)
:
trimas.
piah.
kau bukan mutan.
"ko jangan tak tido.
jaga kesihatan.
make sure makan...bla..bla..blaa.."
heartless.
tak tahu mahu mulanya dari mana. pelbagai sudut dalam hati ini yang mahu aku muntahkan. maybe its sounds like sorts of emo stuff. but this is what going on in my life lately. ia seperti batu bata yang aku mahunya susun rapi bersilang, tapi tetap ada lubang-lubang nya kan? love is sick. makin buat ku bengang dengannya. sekarang kau mahu aku tunggu kau 6 purnama lamanya?kau seberang lautan, aku di daratan. jauh.jangan kau pujuk hati yang terluka. tak mungkin aku berpaling.
walaupun kau tak sedar dah berapa lama aku tunggu kau kembali?! aku bosan dengan arus kau. aku rasa buang masa.kenapa baru sekarang baru kau persoalkan kasih aku pada kau?tak cukup apa yang aku dah korban? sedalam mana kau selam, jawapannya tetap sama.aku benci kau.
imbasan sayang aku dah makin pudar pada kau. alhamdulillah, aku syukur. mungkin aku bukan punya kamu. mungkin kamu punya dara yang lebih berhak. aku penuh cela.erti bersama, buat kita makin berbalah dan berair mata. kita bukannya satu pesawat dan aku bukannya isabella. kita manusia sering dibutakan. dengan hanya secarit melodi indah, aku hanyut. jauhku fikirkan tentang kita, tanpa kita. lebih baik begitu.harap ini satu revolusi aku tahun ini.
tak banyak ku minta. bukannya 7 permintaan. bukanku minta kasihmu seperti laksamana Tuah dan Gusti Putri Retno Dumillah, seperti kassim selamat kepada sabariah, seperti uda kepada dara, cuma aku mahukan, tiada sedikit pun rasa ragu aku pada kasih mu.walau dipisah jasad dan nyawa, hanya namaku dalam hati kecil kau dan janji kau bukan sekadar mimpi. itu saja. terima kasih kerana setiap detik kau melengkapkan aku. bagai lagu dan irama.
ini lagu bukan untuk aku.
bukan untuk kamu.
untuk kita.
"hidup ni bagai roda. kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang di bawah. kadang-kadang kita pun tak tahu kita berada di mana" kan shakeys??
congratulations hafiz!!
ini namanya PUAS untuk aku!
sumpah aku tak pernah rasa sepuas ini walaupun aku habis sebanyak2nya untuk hafiz.
tahniah!!!!
YEAHHHHHHHH!!
kat sini, aku nak berterima kasih atas sape yang undi2 hafiz atas promotetan aku!
heheeh:D
thanks taw!!!
thanks sangat2!!!
:D
peace~
hafiz..
ramai juga yang aku dapat feedback, "anis, nape hafiz2 je sekarang neh?"
ok. thats it. penat la nak jawab.
this is my first time untuk aku voting2 neh.
before this even aku layan af neh, aku tak pernah nak vote2.
ye la, bak kate orang, duit kite abis untuk dia, then dia gak yang kaya. kita? miskin sebab abes beli topup.
ok, lets clear here.
memang itu fikiran aku dulu.admit here.
but then, bila aku dah impress dengan hafiz neh, buatkan aku fikir balik.
kalau bukan kita yang corakkan industri kita sendiri, sapa lagi?
nak ke kita tengaok juara-juara af sebelum nih, yang hanya pegang gelaran juara, but then ntah apa2 jadi lepas af. ko jugak yang gelak. so, ape salah nya ko abeskan rm5 untuk undi someone yang betul2 deserve untuk dapat tempat dalam industri kita. ko dok gelak lagu-lagu malaysia, dok agung lagu2 barat si penjajah. tapi, untuk hasilkan bintang keluaran malaysia, ko taknak tolong! tak bersemangat la weh!
cuba sensitive dengan semua persembahan hafiz, bukak utube, check hafiz af7.
pernah die buat taik dengan lagu die? NEVER ok!
kalau takde duit, cakap je lah takde. jangan kutuk2 apa orang minat! respect othersnye opinion. tak rugi kot?
setiap orang ade pandangan masing-masing. ini aku punya.
jangan komen!
mungkin post-post aku sampai ke final neh berbaur hafiz.
aku minta maaf. memang aku minat hafiz.
hafiz.
only hafiz.
irama terindah sepanjang zaman.
time-time tengah search IBU MERTUAKU kat utube, terjumpa neh. walaupun orang asing boleh agungkan lagu-lagu arwah p.ramlee, inikan kita bangsanya sendiri? kan? 5 starts for adlin buat teater musicalnye.
i'm still your little girl, papa.
sayang, kau orang asing.
...................................
sudah banyak lalui sebegini, mungkin punya immunity yang kuat dengan kes serupa ini? mungkin kan?
"So tell me, after defending this country for 150 years and 4 wars, how would you like to really serve your country?"
masa depan yang tak berapa jauh. :D
tarikhnya 28hb bertempat dengan maktab perguruan teknik, kuala lumpur (ampun kalau salah nama, maklumlah aku si pelupa berdarjat).aku pergi untuk interview setelah dapat ditawarkan major dalam pengajian sosial, dan minor dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. pendek kata, ditawarkan menjadi cikgu sofea. ceh, kalau kawan-kawan lama aku baca, sumpah mereka tak percaya. tapi, betul la. mungkin ini bakat yang empunya badan tidak kenal sama sekali. mungkin takdir.
semasa interview, aku seorang sahaja dalam kos pengajian sosial tuh kot. semuanye pengajian pendidikan islam. nampak sangat aku perlu amek kos tuh. dalam hati terdetik, layak ke aku? ces. si pembuat dosa neh belum sembuh lagi untuk menjadi baik dan menjadikan orang lain baik. tapi, aku masih merangkak ke arah itu. harap-harap diterima. bertubi-tubi juga soalan ditanya. macam-macam la. guru 80-an dan 90-an, pelan induk pendidikan, sekolah sayangku, dan yang paling tak boleh bla is berat badan. ceh! nak jadi cikgu kene ade limit berat ke?neh aku sensitif menjawab neh. tapi, aku pura-pura seperti askar mati hidup semula dengan bangga menepis semua peluru-peluru yang ditembak macam la aku nih kebal sangat. halimunan sekejap. terutama dengan sesi seorang diri tu. harap-harap berjaya la aku. sebab ini apa yang aku hendak. takut aku apa yang hendak aku genggam,lebur jadi abu yang akhirnya aku basuh tangan.dah banyak kot aku korban. pakai kasut tumit tinggi, warna-warna muka aku, aiseyh. kalau la kawan-kawan aku tahu neh, sumpah aku kene gelak guling-guling neh. ceh! tolong la, aku nak jadi cikgu neh~aku hanya tawakal. dan sekarang aku merayu kepada yang beriman2, tolong aku doa bagi aku dapat jadi guru. sekali lagi aku pinta, doakan aku.aku minta tolong sangat.
p/s: tak lupa tahniah untuk encek nadia najwa yang sengal sesengalnya yang berjaya ke uitm untuk seni lakon. chaiyok2! fuhhh....cayalah!
dan seperti biasa, aku harap dapat putar balik masa. maunya aku jaga talian itu baik-baik. tak la aku cam penyedih hari ini. mungkin bangun pagi aku boleh senyum, boleh berlari, dan mungkin boleh membuat lirik. seolah-olah aku boleh membuat hari aku tanpa biarkan ia berlalu pergi. belum tiba masa kiranya. harap masanya akan tiba. bukan kerja kita. itu kerja DIA.tak boleh putar-putar masa DIA. untuk si uda itu, makin rindu pada kau. betul.harap-harap entry seterusnya aku tak la sesedih ini. harap-harap kan?
this is what she really needs.
the climb by miley cyrus.