matahari, jangan curang esok pagi. aku mahu dia bangun lagi :)





Selamat Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Alhamdulillah masih dapat aku raikan.yeah, tabik dada sendiri sebab bulan Novermber lepas, aku hanya postkan 2 entry. paling sikit dalam sepanjang aku berkawan dengan blog neh. tak banyak sangat isu aku harus hurai.oh, bukan tak banyak. mencapai katarsis maksimum agaknya bulan lepas. kelegaan emosi. syukur :)


******


ramai bertanya, kau jumpa ayah kau? kau jumpe die tak?. mungkin sebab ape yang aku postkan sebelum ini. ada bicara tuntutan nafkah terhadap dia di Mahkamah Seremban. malangnya, dan sememangnya aku tahu, die tak datang. jadi, tak kesempatan aku nak salam dia ucap selamat hari raya yang sudah hampir sedekad aku tak cium tangannya mohon apa-apa. tapi, tak mengapa. aku rasa hidup aku sempurna tanpa itu walaupun jauh dalam benak, aku rindu sebenarnya. malam sebelumnya, ayah telefon. bunyinya seperti dia tak tahu menahu tentang meja keadilan pada pagi esok. jadi, banyak persoalan dan mungkin segenggam marah ada dalam kepala. kau tak tahu, maupun kau tidak diberi tahu?! aku tak menyoal dia. bising kalau dia jerit dalam telefon marah aku. esoknya di depan hakim, semuanya terzahir. apa yang ibu pendam, apa yang perlu diluah, semuanya hakim terima. ya Tuan Hakim, kau paling adil di mahkamah. harap dalam laras ini, kau faham apa yang ibuku zahirkan. insyaallah. rupa-rupanya surat saman ke atas ayah aku telah diterima, telah ditahu, oleh bapanya, datukku senang kata. bukannya dia buta huruf, terang-terang kata Saman Untuk Menuntut Nafkah ke atas anaknya. kenapa kau pulangkan semula surat dengan menipu anakmu tak balik ke rumah? dengan berbohong kau sudah lama tak ketemu sama anakmu?


sedangkan, baru semalam dia makan nasi depan kau? kau seorang haji, tak terkira jari tapak kakikau sudah melekat di tanah suci itu, tak terkira jari kau sudah menghadap kiblat seluruh umat Allah, tapi kau masih berbohong pada hamba lain seperti mu jua? kau bangsat. kau cetek.aku tak bermaksud untuk berkurang ajar dengan orang tua, mak aku tak pernah ajar. minta maaf sangat. ampun aku katakan, tapi inilah akibatnya jika sabar terlalu lama. sabar aku tak sesakit apa ibu rasa ye. jadi, tertangguh sudah untuk menghadap hakim kepada 16December kelak.kau malu mengiyakan kau lemahkan? kau tak untung pun kau ada Vios, kau tak untung mana kalau kau ada banglo, kau rugi hilang cucu. darah kau ada dalam darah aku. sanggup kau kerat darah daging kau sendiri? manusia pelik! janji aku, tak kisah selama mana, tak kisah kes ini sejauh mana, sanggup aku tunggu. sanggup aku laras.sanggup aku berdiri.sanggup segala-gala. ini negara demokrasi. kau tak lari kemana la sayangku, ayah. semuanya kembali ke pangkal niat, hanya keadilan aku minta. tak banyak pun aku minta. itu saja ye sayang?


*russian roulette di winamp*

sedih melirikkannya
baru 2 bulan statusku di facebook 'in a realationship'.
tak sangka. alhamdulillah, esok pagi aku bangun untuk dia.


sudahlama coldplay menenangkanku, sekarang dia. :)

2 comments:

Noor Arifa said...

tak mudah nak lahirkan kata macam kau.
kau berani.
aku kecut, macam ayam.
kena hambat sikit terus lari menyorok.
huh. tabik tabik :)

sofea said...

beb, ayam pun leh patuk org.
ingt tuh! cari keberanian paling dalam. sebab itu paling kuat.
insyaallah
:)