masa depan yang tak berapa jauh. :D

kalau aku tak martabatkan bahasa melayu, siapa lagi? bahasa melayu aku sanjung, bahasa inggeris aku junjung.tepat kan?ye, ramai bersetuju.

tarikhnya 28hb bertempat dengan maktab perguruan teknik, kuala lumpur (ampun kalau salah nama, maklumlah aku si pelupa berdarjat).aku pergi untuk interview setelah dapat ditawarkan major dalam pengajian sosial, dan minor dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. pendek kata, ditawarkan menjadi cikgu sofea. ceh, kalau kawan-kawan lama aku baca, sumpah mereka tak percaya. tapi, betul la. mungkin ini bakat yang empunya badan tidak kenal sama sekali. mungkin takdir.

semasa interview, aku seorang sahaja dalam kos pengajian sosial tuh kot. semuanye pengajian pendidikan islam. nampak sangat aku perlu amek kos tuh. dalam hati terdetik, layak ke aku? ces. si pembuat dosa neh belum sembuh lagi untuk menjadi baik dan menjadikan orang lain baik. tapi, aku masih merangkak ke arah itu. harap-harap diterima. bertubi-tubi juga soalan ditanya. macam-macam la. guru 80-an dan 90-an, pelan induk pendidikan, sekolah sayangku, dan yang paling tak boleh bla is berat badan. ceh! nak jadi cikgu kene ade limit berat ke?neh aku sensitif menjawab neh. tapi, aku pura-pura seperti askar mati hidup semula dengan bangga menepis semua peluru-peluru yang ditembak macam la aku nih kebal sangat. halimunan sekejap. terutama dengan sesi seorang diri tu. harap-harap berjaya la aku. sebab ini apa yang aku hendak. takut aku apa yang hendak aku genggam,lebur jadi abu yang akhirnya aku basuh tangan.dah banyak kot aku korban. pakai kasut tumit tinggi, warna-warna muka aku, aiseyh. kalau la kawan-kawan aku tahu neh, sumpah aku kene gelak guling-guling neh. ceh! tolong la, aku nak jadi cikgu neh~aku hanya tawakal. dan sekarang aku merayu kepada yang beriman2, tolong aku doa bagi aku dapat jadi guru. sekali lagi aku pinta, doakan aku.aku minta tolong sangat.

p/s: tak lupa tahniah untuk encek nadia najwa yang sengal sesengalnya yang berjaya ke uitm untuk seni lakon. chaiyok2! fuhhh....cayalah!

dan seperti biasa, aku harap dapat putar balik masa. maunya aku jaga talian itu baik-baik. tak la aku cam penyedih hari ini. mungkin bangun pagi aku boleh senyum, boleh berlari, dan mungkin boleh membuat lirik. seolah-olah aku boleh membuat hari aku tanpa biarkan ia berlalu pergi. belum tiba masa kiranya. harap masanya akan tiba. bukan kerja kita. itu kerja DIA.tak boleh putar-putar masa DIA. untuk si uda itu, makin rindu pada kau. betul.harap-harap entry seterusnya aku tak la sesedih ini. harap-harap kan?

this is what she really needs.

the climb by miley cyrus.

No comments: