you,you,you,you guys.


kamu,
ramai bilang aku rugi kawan dengan kamu,
kamu bukanlah sejati, seperti hero-hero angkasa,
bukanlah seperti lelaki maskulin,
peduli apa.kau punya lebih dari mereka.kamu punya aku.
tak ada segelumit pun tentang kamu hendak aku ubah. kerana,
persahabatan kita. tak lekang dek waktu, tak lupus dek zaman. itu separuh mati aku janji,
pada kamu.

dulu, pernah sesunyi semaksima yang ada, seperti aku rasa tak punya graviti untuk berdiri,
tak punya kuasa untuk meluah, tak punya apa selepas mati salahnya cinta.
tuhan masih sayang aku. beri kamu pada aku pada saat genting. walaupun keciknya waktu kita berjumpa,
itulah paling indah.kerana,
persahabatan kita. tak lekang dek waktu, tak lupus dek zaman. itu separuh mati aku janji,
pada kamu.

banyak yang saya pelajari dari kamu,kamu dan kamu.
pentingnya ada kamu, teman. aku mula menyanyi di bilik air, mula senyum walau tiada apa,
mula membaca puisi kembali, mula mencari matahari setiap pagi,
walaupun pernah aku katakan tidak pada itu semua. ilusi.
mula aku menyanjung seniman tanah air seperti aku telah lupa beliau seketika,
Kau Kekasihku, Percayalah, Purnama Merindu, semuanya pujaan kau. mulai aku dengar.
tak kurang hebat bukan? mulai sedar.mulai kuat walaupun separuh nyawa aku gadaikan untuk cinta.kerana,
persahabatan kita. tak lekang dek waktu, tak lupus dek zaman. itu separuh mati aku janji,
pada kamu

kamu,
terima kasih jadi sisi saya. terima kasih jadi pendengar saya.
nadi hampir terhenti ketika menulis, terlalu agung persahabatan kamu semua.
menggigil menaip tentang kamu, tingginya voltan persahabatan kamu.
satu ucap, terima kasih sayang.kerana,
persahabatan kita. tak lekang dek waktu, tak lupus dek zaman. itu separuh mati aku janji,
pada kamu.

kamu, semoga...
kita kekal bersama,
kekal di satu meja makan,
kekal menampar sesama,
kekal gelak bersama,
kekal menangis bersama,
kekal jiwa kita satu
kerana saya hanya ada 5 tahun di sini dewasa bersama kamu.
terlalu singkat, terlalu pendek.
saya harap kita tetap kawan sampai nafas terakhir menjemput.

cuma satu,
jangan berhenti kawan dengan saya.











No comments: