Showing posts with label epik bernyanyi-nyanyi. Show all posts
Showing posts with label epik bernyanyi-nyanyi. Show all posts

kosong.

bismillahirahmanirahim..

tak punya hati lagi, tak punya rasa, tak punya jiwa.
entah kenapa ia tak lembut seperti...........dulu.
walau ada hati lain mengetuk, pintunya tetap ku kunci.
mangga paling kuat aku letak. hanya satu aku pinta pada si pengetuk yang baru...
tolong leburkan.
leburkan dengan perlahan-lahan. ada lumut di situ.
bagi aku ruang di luar untuk bernafas. pinjamkan aku udara.
kerna sudah lama aku sunyi. ampun kekasih.



mari lena sebelah aku. pinjamkan bahu untuk aku menghela sunyi ini.
mari peluk aku. jangan lepas lagi.
mari pinjam kasih kamu. takut aku mati sekejap lagi.

si manis.

ayat paling manis aku dengar untuk malam ini,
" kau memang supergirl, yang kau perlu, superMAN je jadi pelengkap..."



:) moch.
tq.

you,you,you,you guys.


kamu,
ramai bilang aku rugi kawan dengan kamu,
kamu bukanlah sejati, seperti hero-hero angkasa,
bukanlah seperti lelaki maskulin,
peduli apa.kau punya lebih dari mereka.kamu punya aku.
tak ada segelumit pun tentang kamu hendak aku ubah. kerana,
persahabatan kita. tak lekang dek waktu, tak lupus dek zaman. itu separuh mati aku janji,
pada kamu.

dulu, pernah sesunyi semaksima yang ada, seperti aku rasa tak punya graviti untuk berdiri,
tak punya kuasa untuk meluah, tak punya apa selepas mati salahnya cinta.
tuhan masih sayang aku. beri kamu pada aku pada saat genting. walaupun keciknya waktu kita berjumpa,
itulah paling indah.kerana,
persahabatan kita. tak lekang dek waktu, tak lupus dek zaman. itu separuh mati aku janji,
pada kamu.

banyak yang saya pelajari dari kamu,kamu dan kamu.
pentingnya ada kamu, teman. aku mula menyanyi di bilik air, mula senyum walau tiada apa,
mula membaca puisi kembali, mula mencari matahari setiap pagi,
walaupun pernah aku katakan tidak pada itu semua. ilusi.
mula aku menyanjung seniman tanah air seperti aku telah lupa beliau seketika,
Kau Kekasihku, Percayalah, Purnama Merindu, semuanya pujaan kau. mulai aku dengar.
tak kurang hebat bukan? mulai sedar.mulai kuat walaupun separuh nyawa aku gadaikan untuk cinta.kerana,
persahabatan kita. tak lekang dek waktu, tak lupus dek zaman. itu separuh mati aku janji,
pada kamu

kamu,
terima kasih jadi sisi saya. terima kasih jadi pendengar saya.
nadi hampir terhenti ketika menulis, terlalu agung persahabatan kamu semua.
menggigil menaip tentang kamu, tingginya voltan persahabatan kamu.
satu ucap, terima kasih sayang.kerana,
persahabatan kita. tak lekang dek waktu, tak lupus dek zaman. itu separuh mati aku janji,
pada kamu.

kamu, semoga...
kita kekal bersama,
kekal di satu meja makan,
kekal menampar sesama,
kekal gelak bersama,
kekal menangis bersama,
kekal jiwa kita satu
kerana saya hanya ada 5 tahun di sini dewasa bersama kamu.
terlalu singkat, terlalu pendek.
saya harap kita tetap kawan sampai nafas terakhir menjemput.

cuma satu,
jangan berhenti kawan dengan saya.











aku diwajibkan berpuasa hari ini.

terlupa nak ucapkan selamat berpuasa.
pada ramai-ramai orang.
bukan setakat puasa dari makan dan minum,
terutama pokoknya, puasa hati
itu tunjang.

tak guna kau puasa, tetapi mengata orang.
tak guna kau puasa, kau penuh dengki
tak guna kau puasa, kau busuk hati
tak guna kau puasa juga, tapi kau mencaci
ingatan untuk diri, dan semua penggelar muslim
itu maksudku, jangan lupa puasa hati.

dont you ever wonder why the phrase "fragile, handle with care" exist?

kalau aku rasa sepi sangat, aku missed call number sendiri.
kot-kot boleh angkat.
boleh la borak-borak dengan diri sendiri. supaya boleh la senyum dan tak rasa sunyi malam ini.
takpun, berderu-deru mesej aku kasi.
"hey sofea, dah makan?.."
macam rasa ada orang ingat. macam rasa ada orang boleh kejutkan pagi-pagi waktu sahur.
part yang paling best. rasa cam tak mati je.
pernah rasa macam tuh timah? tak pernah. sebab kau tak sesunyi aku.
Allah tak pernah lelah jadi saksi aku.



****
shhh. jangan bocor sunyi aku.
hati lembut sangat. mudah pecah.
sangat sakit. macam virus.
takmau ramai mati.
cukup la aku. lagipun, aku bukannya pahlawan untuk didendangkan.
bukan sapa-sapa.
hanya anak mak aku, kakak adik aku, dan hamba tuhan aku.
kan??



.kosong.

semalam di jalanan.

bintang mula beku.hati dilanda hiba.rasa ingin naik sampan, akhirnya tenggelam di lautan.

malam kelam, bintang mengerdip aku ingin bersunyi,
tak bersuara di rongga, tak jejak apa di tanah,
hanya bisu, biarkan Kuala Lumpur berpesta sakan.
terhenyak rasa hati, bila rindu mengetuk pintu
harap tak buka, kerna tahu siapa gerangan
bukan yang aku pinta, tapi yang aku tunggu
separuh nafas harap dia menerpa, tapi itu angan
mengapa pada senyuman yang mencuri hatiku
aku seperti pungguk merindu kesakitan
seluruh muka pucat menahan bisu, takut terleleh air mata,
apa pun di fikiran, muka dia membungainya,
apa pun di mulut, nama dia menyebutnya,
baik aku bisu, di malam bintang menjadi beku, seperti tahu aku dilanda sebu.
ingin sekali bertanyakan si rama-rama, wahai si cantik manis, pernahkah ia merasa sunyi?
harap ia tak sepertiku,
aku hanya insan dahagakan perubahan,
kesempurnaan tak pernah datang.
*aku perlu menangis.

bulan jatuh ke riba, suka sama suka.

siang menjadi tentera,
malam menjadi pecinta.
mungkin juga, kau boleh bergelar pendeta,
tapi itu hanya atas nama.


i'm leaving.
isabella.

hayya nab'idil karaha.

dengan hanya aku menghela nafas, tak bermakna aku lepaskan semuanya apa yang aku simpan.
banyak sangat niat yang aku nak realisasikan.
liberasi yang cukup ruangnya untuk aku terus terbang.

aku mahu bermain piano seperti ray charles.jazz, blues, buat aku relax.
mahu bermain pedang dan berlawan seperti Achilles berlawan Hector.
mahu juga aku menulis seperti Nicholas Spark yang mampu tulisannya difilemkan.seperti penghargaan.
teringin juga aku menolong orang seperti oprah winfrey.
lagi aku teringin jadi pergi melancong tempat-tempat terindah dunia, seperti taj mahal, The Grand Canyon,The Iguazu Waterfal,...macam orang kaya.
banyak sangat yang aku mahu..

kita pandang hidup dari pelbagai sudut. pelbagai pandangan dapat kita lempar.
ada yang di atas, ada yang di bawah..jika di atas, menguji imanku pada Yang Esa, bila ku di bawah, buatku semakin kuat untuk tidak mengalah.
harap rodaku makin pusing ke atas. kalau tertulisnya qada' dan qadar aku sebegitu..
aku bersyukur. dengan apa yang aku ada sekarang.
walau tak dapat apa yang aku bayangkan, alhamdulillah ada apa yang aku perlukan.
tak meminta lebih, tapi aku berusaha untuk memperbaiki. hari ke hari. kalau tidak, manakan esok lagi baik dari hari ini.
mahunya junjung syukur aku itu, tapi tak terdaya.
terlalu besar.
sampaikan paksi bumi mampu berubah dengan besarnya syukur aku itu.


tadahku hanya untuk Allah s.w.t
Dia Maha Kaya.
amin.

engkau lawa, engkau handsome, itu credit untuk kau.tahniah kerana terpilih. aku jadi makin positif, itu lagi bernilai kan?

aku berkaca mata.ye,aku rabun. ramai tak tahu rahsia itu.
mungkin rakan sekelas, mahupun rakan sekuliah aku sedar.
sikit-sikit je.
kenapa nak sedar kewujudan aku?
aku tak kisah la pasal itu.
bukannya mahu mereka sedar, cukuplah sekadar menerima.
tak rasa bodoh langsung kalau kau ada perasaan menerima.
kau tak rugi langsung.
tak rugi setitik pun peluh kau, kalau kau cakap, "good la anis..."
lagi aku anggap kau mulia. macam oprah winfrey.

tapi takpelah, aku makin positif aku rasa.
aku rasa kau mungkin tak terima aku sebab kau jelous kau tak boleh jadi macam aku.
positif kan??

tengok ini, sumpah buat kau jadi makin positif.


..................................

sayang, kau orang asing.

sayang,
makin rapuh kakiku hendak berdiri,
makin jatuh hendakku duduk,
tak punya kuasa untuk membela,
kerna diri ini penuh cela. tunduk hanya menutup supaya tak malu.
kalau boleh aku menari,
hendaknya aku berdansa denganmu sampai ke pagi,
dengan orbit melodi tanpa henti,
dan kita hanya melihat sesama.
kalau boleh aku bersiul,
aku siulkan setiap nada tersimpan menjadi melodi klasik,
maunya kamu tahu,
bertapa aku perlukan mu.
kalau boleh aku mengarang,
ternyata bukunya tiada titik noktah,
semuanya tentang kelemahan diri,
namun hanya sempurna sebab kamu.
kalau boleh aku menjadi si pendekar mimpi,
maunya aku menjadi peneman setia tika kau beradu,
takut-takut ilustrasi mimpi ngeri datang,
boleh la aku halau supaya kamu dapat menutup kelopak mata dengan lelap.
kalau boleh aku bersujud,
mahunya aku mohon kepada Empunya nafas ini,
rentaplah roh aku sebelum kamu,
kerna aku tak dapat bayangkan masa-masaku tanpa kamu.
mungkin aku hanya mayat hidup, maupun kosong.tiada berair mata.
inilah nasib yang tersurat,
dalam hikayat lensa seorang pemerhati jauh yang tidak memilikimu,
walaupun hanya melihat, hanya kamulah penyebab senyum aku.
kamu, tiada yang dapat ganti kamu.
potret kamu sentiasa di sini.
di sini.



...................................

Perasaan pertama aku tak pernah hilang

Headline aku yang menggambarkan perasaan aku sekarang.

Sakit la.aduh.

Makin kebas hati aku.

Mari sini. Duduk sblh aku. Aku hanya mahu kau tahu.

Perasaan pertama tak pernah hilang.
Aku rindu k0 la b0d0. Mane k0? Neh aku malas nk 0n9.

Aku mahu berehat. Jumpe blk ahad dpn. Gracias.;-)

saya tak mintak byk.

aku hanya inginkan...

org yg kdg2, time aku bosan, ader number untuk aku
dial ataupun msg dlm phone unt aku story betapa bosannya aku.
org yg kdg2, buatkan ader reason nape aku ingin bgn pagi
unt wish die "morning" even tyme weekend.
org yg kdg2, ader n boleh dgr ape je aku bebel time aku nanges bila2 masa,
bersebab mahupun tidak.
org yg kdg2, slalu meningtkan aku tentang solat dan agame.
org yg kdg2, bile aku ader mimpi ngeri, ader org yg aku boleh ceritakan
even malam2 buta aku bole je call.
org yg kdg2, boleh tegur n marah aku bile aku buat salah.
org yg kdg2, boleh usap kpale aku n ckp, "sofea, comel nye awk"..
(even mcm kucing, aku tak kesah)
org yg kdg2, kisah psl aku sihat ke tak, n aku mkn ke tak, buat ape, n slalu kasi semgt kt aku even aku tahu aku tak boleh..
org yg kdg2, boleh buatkan inbox msg aku penuh.
org yg kdg2, ader je kt mane2, bile2 aku perlukan die.
org yg kdg2, boleh je aku cerita merepek2 n maybe bende2yg tak msk akal.
org yg kdg2, boleh je bace poem2 mengarut yg aku buat.
org yg kdg2, teman aku tgk movie, byk2 mane pun movie n sumtimes sggp tgk teater or play even aku tahu itu bosan, tp, tdak bg aku!
org yg kdg2, boleh teman aku jalan2 or maybe g tgk bola or rugby.
org yg kdg2, bile aku letih, or maybe aku penat n plg tdak bile aku stress,
ader je die unt aku ceritakan n boleh calmkan aku. mcm die ader magic power..
dan yg paling penting, org yg slalu buatkan aku bersemangat unt hidup bile tiap kali die cakap...
"sofea, sy syg awk sgt2.."

sy tak mintak byk, sy bukannye mintak superhero,
sy hanya mintak "org yg kdg2 itu"....mane awk erk??


* tgh bayangkan minum vanillashake n mkn onion ring sambil tgk national treasure..ko hebatlah nicholas cage.takpun tgk slumdog millionaire. cm best je.takla aku akan dgr tonite i wanna cry berulang2. heheh:D

surat unt bulan

bulan,
perasaan itu amat memenatkan.
ye.berulang2 ia muncul, namun ia kembali tenggelam.namun, sy ttp teguh unt menepis dan sungguh. sy hanya tipu diri sendiri. semakin hari, sy hanya mkn rindu kt awk.makin dan semakin sy buang nya jauh2, makin sy terasa.sy tak tahu kenapa.mungkin sdah byk memori sy kt awk,yg awk sungguh tamak unt menyimpan nye.beraninya awk pergi, dan noktah untuk tdak kembali.awk, syg sy mungkin tak luntur, namun kelogikan unt bersama tidak mungkin.biarlah sy simpan rasa itu jauh2 dlm sudut hati, biarkan ia hilang.hilang smpai sy lupa sapa awk.hujan air mata hanyalah sekecil tapak tgn, namun itu adlah air emas.sbb awk lah, yg mampu buat hati sy jd sepihan2 yg mungkin sy fikir jauh dibawa angin. sumpah.perasaan hati mmg rindu, dan ia sgt suci seperti darah si mahsuri,ia sgt jernih seperti sang nil,dan sgt tulus sprti cinta hawa dan adam.apekan daya, ia hanya mampu diluahkan melalui teori2 di kepala sy. itu yang memenatkan. percuma sy katakan, kenapa awk buat sy gembira sdgkan awk tahu itu hanya di ats pentas opera? kenapa ciptakan ikrar sdgkan awk tahu sy berpegang pd janji? kenapa awk membuatkan sy syg kt awk sdgkan awk tahu sy rapuh apabile awk tiada? byk nye persoalan yg sy nkkn jawapan. awk biarkan sy belayar tanpa sauh dan awk menghanyutkan sy dlm dunia tiga bermuda awk, namun syukur, dia masih sygkan sy. awk kejam.awk kejam. sekejam serigala yg melapah si rusa yg lemah. itu awk!sepi.bisiku pd bulan,kembalikan temanku,kekasihku,syurgaku,. tanpa nya, mlm menemaniku.sepi memeluku. jgn biar mlm menjadi siang,biar alam ini kelam dan biar ia sepi sepertiku...sesungguhnya biarlah sekejap sy bermimpi untuk menjdi sindarella di alam fantasi kerna sy tahu, matahari akan mengejutku dr mimpi2 yg akhirnya akan kembali ke bumi yg nyata. "Benarlah kata..Benarlah kata pepatah..Yang mengatakan cinta itu sememangnya buta..Kerana akal..Kerana akal yang berfikir..Bukan hati, yang merasa tanpa rasional..".mitos2 sy hanyalah tinggal kenangan dan menjadi sebuah lagenda yg akan sy sematkan dlm buku hikayat hidup sy. mungkin tidak seagung sebuah cinta taj mahal dr shah jehan kpd mumtaznya, namun, biarlah. ia ttp memori.
dengan jln ringkas, sy mengambil perasaan unt mengintai bintang di sebalik pelangi di jendela. stp hari sy menglutsinarkan diri unt melihatnye, bercakap, berjalan, dan segala perbuatan nya walaupun teguh pendirian sy yg awk takkan sy capai. sbb awk sgt tinggi. sgt tinggi sehingga sekecil lalang ini awk tak nmpak. walaupun awk jatuh, namun tak terdaya sy untk menyambut.sy tahu, ramai berucap, tanpa keberanian, angan2 takkan menjdi nyata, sy mengaku. sy hanya takut tersalah org.walaupun sekilas sy mmberikan cahaya, namun sy sedar, cahaya bintang laen yg awk akan perlu. namun, perasaan itu yg mmbuatkan sy senyum setiap hari yg mendatang. dan dengan itu, terima kasih. terima kasih. tdak pernah mengimpikan unt smpai ke bintang, cukup lah sekadar berhenti di tgh jalan. dan itu sudah cukup mmbuatkan sy gembira.skali lagi, terima kasih.
mungkin perasaan yg tdak penah lekang ini tidak akan pergi dr pertama kali sy melihat awk. pelbagai rintihan hati sy kawal dan semakin hari, semakin memori sy kepada awk smkn kuat. walaupun tdk bertemu, namun raut wajah tdk pernah sy lupa.mana mungkin sy bertemu kembali hanya untuk luahkan selamat tinggal? percaya kpd takdir kunci kepda perkenalan kembali dgn awk.awk takkan fhm dengan kata2 sy, tp, tak kesah la. apa guna diari kalo tdak meluahkan? awk dtg seperti kereta kuda unt cinderella hanya unt satu mlm itu sahaja. dan itu mampu buatkan gembira kembali bermaksud dlm kamus hidup sy.terima kasih. tak penah fikir unt labu menjdi kereta kuda, pari2 mmberikan benang sutera, tikus menjadi teman, cukup lah sekadr sepsang rama2 berterbangan seiring. tipulah sy tdak jatuh sbb kesucian hati awk, tapi sedar ia hanya untk hati yg lebih berhak.dan dengan itu, sy terima.walaupun sepahit peria,semasam cuka, tapi ia ttp dpt ditelan kan? kalo tdak kenapa ia wujud hanyalah untk dibuang? tidak logik.bagaimanapun. terima kaseh apa yg digelar shabat. shbt2 pena,dan shabat2 jiwa.
pertalian darah yg wujud dengan seorg apa yg digelar anak dan ayah hanyalah sebagai permainan? adkah ia benar? kerana filem yg maseh aku lakonkan ini, itulah la skrip nya. dan makin aku meningkat dewasa, skrip itu semakin ssh untuk aku fhm. sygkah si ayah kepda si anak? walaupn si anak merintih untk seekor cacing, namun si ayh mmberikan cuka. itukah jalan cerita dunia? sudah lama mmberikan duka, dan perasaan benci sy tdak dpt sy gmbrkan besarnya sebesar syurga ke tujuh, tp tipulah kalo sy ujar, tdak rindu untk memanggil ayah. namun, layakkah si burung tua itu??layakkah dipanggil ayah kerna zaman knk2 yg seharuskan menjdi titik kepada seekor anak burung unt belajar berjalan dan terbng bebas dgn bantuan, ttp ia lakukan dgn keajaiban seorg diri. selepas si tua terbang jauh meninggalkan si anak seorg diri, layakkah die kembali kepd sarang? dengan segala pujuk rayu dan sumpah palsu, sumpah sy katakan..sy benci ayah!!!
dan akhirnya, semakin jauh perjalanan si musafir merentas pdg pasir, semakin lembut pasirnya unt dipijak. semakin jauh si pengembara merentas hutan, semakin gelap akan permandangannya. namun, mungkin di sebalik2 itu, ada air menanti si musafir, dan ada cahaya sang mentari menunggu di hjg jln. dan kini aku makin nmpak sinarnya. namun aku takut itu hanya lah fatamogana yg terlalu awal untuk aku tafsirkan dan aku takut tersalh org.apa yg sy kejar tak dpat, yg hampir tercicir. itulah kimianya. kebenaran nya walaupun ternyata, ia mmg indah. berdoa aku, supaya ia adlah benar.
sekian bulan, kirimkan surat ini kepada mereka2 yg sy ertikan ini. supaya mrk2 fhm akan sy wujud.
anissofea.
si tintajiwa.