aku pernah hilang orang yang lebih aku sayang, dari kau.
salam tirai 2011.
syukur tak terhingga aku, aku masih punya kudrat untuk mula menulis, lahirkan rasa.
karna, aku bukanlah manusia yang kebal dengan rahsia, aku sangat rapuh.
ya, aku sangat rapuh dengan rahsia, aku sangat rapuh dengan perasaan.
apa sahaja aku rasa, aku fikir, aku akan luah.
tak pernah sekali aku gagap, malu untuk luahkan rasa,
pada siapa yang aku gelar sahabat, walau sekejap saat aku kenal.
itu kelemahan aku.mudah untuk menggelar mereka kawan sejati, kawan sehidup semati.
rupanya mereka si bangsat penikam, belakang depan, mereka tak kira.
hanya mereka tahu, tengok sesama rakan mereka hancur,
supaya mereka mampu gelak ketawa besar,
"Oh, padan muka. aku bukannya kawan kau, BODOH".
aku sudah tidak percaya pada manusia,
yang segelintir mereka gelarkan diri mereka kawan kepada aku.
aku sudah cukup misteri untuk kau terokai,
jadi, jangan teruskan.
kau mungkin akan temui, sesuatu yang terlalu ikhlas.
jadi jangan hancurkan, kerana ia terlalu pahit untuk pulih.
tolong kasihani aku,
jika kau bukan sahabat kepada aku, tolong ingatkan aku.
maafkan aku kiranya aku pernah sakitkan kau,
as i said, 21, i'm still growing up,and what i did is not what i am.
I'M SORRY.
terima kasih yang paling ikhlas aku ucap pada mereka yang masih setia,
yang jauh, yang dekat,
ikhlas aku ujar, aku sayang, kasih pada anda semua.
sumpah, aku sayang.
cuma kadang-kadang aku terlupa, anda semua ada.
aku hanyalah manusia,
dan bahan ujikaji syaitan.ampun.
jangan berhenti kawan dengan aku,
sampai bumi berpecah dua,
sampai sangkakala ditiup. InsyaAllah.
love,
sofea.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment