aku rasa aku makin percaya pada sumpahan. macam sumpahan ibu pada si tanggang, sumpahan mahsuri, sumpahan orang minyak, mahupun sumpahan apa-apa je la. macam...
"aku sumpah kau jadi......"
"hari ini kau buat aku macam neh, esk...amek ko!"
aku rasa karma sangat. dulu, aku pelajar yang malas. tak masuk kelas. sampaikan seminggu lagi untuk upsr, cikgu aku cakap.
"anis tak masuk kelas lagi?, mana dia. main bola sangat. nanti, masuk dewan, gantung bola kat leher. kot-kot dapat jawapan.........."cikgu marina.
bangga dengan upsr, aku pegi ke sekolah berasrama penuh. mungkin untuk murid-murid yang bijak dan baik sahaja. jadi, aku tersesat.
ponteng prep, naik lambat, sengaja buat pasal untuk dimarahi, bersama klik-klik buat orang tak suka, gila kuasa, tak pin tudung kalau turun surau, tipu warden kalau nak balik rumah,bising dalam surau, kutuk cikgu, mengajuk cikgu, sampaikan belasah orang opps.lebih bagus aku gelar dia pencuri. hingga mak bapak kene panggil. bukan jahat sebenarnya, nakal lebih tepat.di kolej, aku ponteng kuliah. ponteng tutor. kadang kala potostat mc kawan. haha. bodoh gile.
cis, jahatnya budak sekolah neh. aku rasa, dalam banyak-banyak cikgu aku, ada antara mereka yang telah sumpah aku. mesti ada. haha :)
aku dapat pergi egypt untuk medic, aku tolak. dapat ke universiti malaya, aku tolak. dapat ke pelbagai lagi tawaran, semua aku tolak. akhirnya, aku pegi ke IPGM.
hanya satu niat,jadi cikgu.
end up, dapat pelajar yang macam aku supaya dapat susahkan hidup aku kelak.
tak rasa aku kena sumpah ke?
................................................................
No comments:
Post a Comment