geram macam haram.

'Bukan beralah kecewa kerana cinta
Tapi berjuta kecewa kerana rindu...


tulisan hati kembali. bagi aku, menulis di papar ini bukannya hendak menunjuk, bukannya hendak mengutuk, tetapi apabila timbul perasaan yang makin sukar aku mendefinasikan dan juga makin hilang kata-kata keputusan, aku tulis. kadang-kadang niat untuk menyindir, kadang-kadang untuk berkongsi. bukannya apa. selagi perasaan itu mampu hati telan, mampu dipersis, aku biar die pergi. selagi bertenggek, aku luah dengan tulisan. itu saja jalan yang aku belajar.


*senyum kambing*

sebulan yang rasanya sukar bagi aku. rasanya jauhnya tangga 30 hari. entah kenapa. mungkin banyak habuk-habuk duga yang harus aku bersihkan.permulaan dengan dugaan keluarga. aku rasa makin bosan dengan apa itu keadilan. bukan tak percaya wujud, tetapi belum nampak. begini. sudah hampir satu dekad menuntut hak, namun selalunya kalah, kerana aku rakyat biasa. apa yang aku panggil ayah, hampir sedekad tak beri aku hak sepatut.nafkah. kasih sayang jangan cakap.langsung aku tak rasa. ibu adalah segala-gala. bila di meja pengadilan, dia tak datang. sekali lagi fail dibuka, dia tak datang. jadi, alasan itu diterima untuk dia melepaskan diri.masa itu, aku kecik-kecik lagi. pegi mahkamah pun, mintak ice-cream. sekarang, aku dah pandai bercakap, pandai apa itu undang-undang, aku menuntut. sekali lagi, mohon fail dibuka. harus panjat tangga itu, tangga ini. wang dihabis, kudrat tak aku kira. hanya untuk aku, ibu dan adik-adik aku. aku tak malu. sedang aku berjalan menuntut apa hak aku, 'dia' senang lenang gelar aku anaknya setelah aku jadi orang, namun ditendang masa kecil? pirahhhh. aku tak ada niat untuk berkurang ajar, kau tak fikir ke aku pun ada perasaan, ada keperluan? aku ini apa? anak kau tau. aku tak kurang ajar, cuma mengingat. harap kau datang selesaikan di meja hakim 25hb ini. langsaikan hutang sebelum disoal kelak. subhanaallah. kau tetap ayah aku. dah aku janji pada empunya dunia ini sebelum aku tahu apa itu udara, akan ku berbakti pada kedua ibu bapaku. tak kira apa. akan aku tunai. namun, sebelum itu, aku hanya menagih apa yang dipanggil nafkah? tak salah kan? kesian ibu, kesian sungguh. seperti catwoman. mati, hidup semula. aku harap aku seperti dia. aku harap, aku punya kekuatan seperti dia.


*tarik nafas..*


kita asyik jaga hati orang, lupa akan hati kita. asyik sayang orang, lupa akan sayang kita. bukannya selalu langit itu biru, kadang-kadang ada kelabu jua. kadang, menangis jua sang awan. bukannya selalu mentari timbul, kadang-kadang petir menjenguk jua. kita tak tahu kenapa hujan, kenapa petir, kenapa banjir, hanya kita bersabar apabila ia datang. berdoa agar suria tak curang pada hari berikutnya.aku bukannya selalu gembira sayang. aku bukannya pelakon terbaik dengan senyuman siang dan malam di bibir sedangkan hati menangis? aku tak cukup kuat kawan. bila aku selalu senyum, selalu tegur-tegur, bukan bermakna aku tiada masalah ye? aku hanya sorokkan dengan tembok halimunan agar tak dinampak orang. agar tak dirisau orang. tapi sampai bila tembok mampu tahan dengan air bah? buatlah dengan emas sekali pun, tetap akan roboh. jadi, bila roboh, harap mereka faham. si dia tengah berduka. jadi, biarkan dia. jangan dikacau. jangan diganggu. berikan dia ruang untuk menggembirakan hatinya yang rawan itu sengan sendiri ye?sebab aku dah lama tak tegur, dah lama bermasam muka, jadi aku digelar sombong? ah, aku tak kisah kau gelar aku emo, aku poyo. itu hakikat. cuba sebentar pakai kasut aku, cuba seminit menjadi aku, mampu kau tahan? seperti aku boneka kepada semua. menggembirakan kamu. jangan eksploitasi tabiat aku. jangan kau ungkit apa aku.
dan tolong jangan mencari publisiti murahan dengan hendak bercakap dengan aku, dengan cara mencari gaduh? seperti kau mencurah petrol ke dalam api, seperti kau kacau sarang harimau? memang kau mahu mati. jangan salahkan aku, jika hanya 2-3 hari aku tak bercakap, berlarut sampai bila-bila. aku dah malas guna phrase "forgive,but not forget" because i realize, forgive but is not enough. kau lumpuhkan percaya aku pada kau. lain kali, jangan gelar orang sebegitu, jangan kau tuding jari salah siapa, jangan kau angkat tangan kononnya macho untuk bertumbuk, poooooodaaaaaaaaaa! kau gelar orang pondan, at least mereka tak sorokkan diri mereka. mereka lucutkan dinding palsu mereka, tak macam kau, makin hari, makin kau bina dinding palsu kau, kan gay?? dah. aku malas nak cakap. berbuih aku cakap, kau tetap ada jalan untuk tangkis. sampai bila-bila kau tak faham. kau buat aku terfikir, antara aku, atau kau, tempatnya bukan di sini?


************

terima kasih pada mereka di belakang aku. terima kasih pada kamu yang masih berdiri memapah aku bila aku sedang jatuh. aku tahu, terima kasih tak cukup, tapi, apa lagi mampu aku bilang? aku berterima kasih.


-hari ini, bukit jalil penuh. luar biasa. gomo kelate gomo!!!-

6 comments:

lilac90 said...

slm
respek anis dan terutama sekali ibu anis.scara jujurnye, masa sekola rndh dulu,waktu anis pergi tanpa berita,kami pikir anis sombong.anis sudah lupakan kami.biasala,waktu tu masih kecil tak paham ape lg.hehe.skrg i dah faham.kami doakan supaya anis n family tabah menempuhi ujian ini.pasti ada pelangi di sebalik hujan :)

sofea said...

terima kasih maya.
sebenarnya, anis tak sempat nak ckp selamat tinggal. mcm cepat je berlaku.
i'm sorry. anis tak pernah sombong maya. btw, ingt lg farhana tak?? kelas kite. adik die skrg classmate anis skrg.
:)

Noor Arifa said...

dah lama hidup kat dunia baru rasa life is not a piece of cake kan?
rasa, kalau sedap telan.
kalau tak sedap buang.
tak. hidup ta macam tu.
semuanya kene telan, pahit, ke masam ke manis ke.
cuma kena pandai handle situasi.
kalau pandai, cake yang pahit pon bole jadi manis kan?
hehe. cheer up syg!
aku salu ade kat sini whenever u need me.

love,
rifa - aku rasa geli gila buat camni.
hahaa:))

lilac90 said...

takpe2.skrg pemikiran dah luas, dlu kcit2 sempit skit.tu yg pkir gitu. skrg dh fhm situasi sebenar:) eh,adik farhana tu?fatin khalis?bkn die UIA ke dlu2? gud2.sama2 lah kita menjadi guru yang bdedikasi dan memahami muridnya .cewah! :D

sofea said...

yupp2. fatin khalis.
thanks sbb faham.
bukan aku sombong taw maya. bile nak lepak kl?? :)
exam kan? dah ready ke?
anis tak bace ape2 lg neh. hehe

lilac90 said...

hehe. takpe2,aku dah tak bfikiran sempit lagi spt dahulu:)
yup.exam.khamis ni habes.
tak ready sgt,biasela,kau phm2 la prangai aku dr skola rndah cmne. pmalas.hakhak.td paper ks1..sush gk.khmis ni KS2. Gudluck eh Anis! :)