kau wali aku suatu masa nanti.

aku tahu hari ini hari bapa. bapa seluruh dunia mesti gembira
aku tak pasti untuk ayah aku.
sebab die punya aku. tapi, aku tak punya dia.
sudah berapa tahun aku tak meraikan. mungkin sampai bila-bila. aku redha. ini kuasa empunya Dunia. aku ikut sahaja kehidupan serupa ini.
aku tahu dia masih ada. tapi, bagi aku, dia sudah "mati". dia tak pernah menghargai aku sebagai seorang anak. tak pernah bangga dengan apa yang aku capai. kernanya, dia cemburu. ibuku seorang yang tabah dan punya kekuatan dalam dan luar. tanpa sokongan luar, dia membesarkanku. syukur pada Ilahi, beri aku perempuan ini.macam mana seorang perempuan boleh besarkan anak-anak hingga 2 anaknya ke manara gading? hanya berbekalkan cekal, aku tabik oh ibu. kau cekal. ayah? kau pengecut. kau takut pada kekuatan ibu. kau hanya mampu lontarkan ion-ion negatif untuk tunjuk kau menang, ah, aku gelak dari luar. kau tak pernah beri nafkah kau untuk aku dari sekolah rendah sampai ke universiti. bukan duit aku minta, cuma sedikit tanda tahniah jadi bekal aku bangga. kau bukan punya pilihan anak yang lain, hanya zuriat ini kau ada. kau tak syukur? kau tiada hujah alasan ketika di masyar nanti ketika disoal Dia. doa hanya mampu aku beri sekarang.


walau sejahat kau, kau tetap bapa aku. oh, Selamat Hari Bapa.
walau tiada apa untuk aku bangga kan.

ingat! aku akan cari kau balik untuk jadi wali aku.
cium tangan kau mohon restu, ayah.
orang-orang sekeliling aku tahu apa yang terjadi pada aku, bukan begitu?

aku mahu buat filem pasal hidup aku.
bukan mahu cari ringgit, hanya iktibar.
sebagai pengajaran.

aku terima kasih untuk uncle ghani, uncle khairul, uncle lan, uncle ridzuan, uncle dan, dan uncle nizar. hanya Allah mampu beri kamu semua balasan nikmat. Terima kasih.

mereka tolong aku, tapi mereka bukan bapa aku. aku harap, mereka.

...................................

No comments: