kebetulan hidup yang menginsafkan.

mungkin dengan luaran aku sudah tentu ramai tak sangka sebenarnya ada juga tempat untuk aku menikmati nasyid dalam rongga ini.aku mahu turut serta dalam dakwah ini, tetapi tiada yang membantu. mungkin sebab kawan-kawan aku tak sekutu. mungkin tak pernah aku hebahkan, kadang-kadang takut kata tak cool, takut kata jiwang, takut kata ketinggalan. sebab itu aku tak pernah jejak ke mana-mana pusat nasyid di malaysia. jahatnya aku.

minggu kesenian islam bermula. aku mula turut serta. rasakan minggu itu aman sekali. udara turut serta berzanji. hujan riang ria turut berselawat. aku makin rasa mahu dekat denganNya. mahu ke konsert nasyid, tiada duit.tambah lagi, tiada kutu yang mahu ikut. maklumlah, hadiah kerajaan tak dapat lagi. wang dari ibu, cukup-cukup untuk makan. aku fikir, tak apalah. lain kali boleh tengok rabbani lagi sambil mulut menyanyi-nyanyi lagu anak soleh.

" hari ini, saya ada beli 2 tiket untuk ke konsert. malangnya,saya tak dapat hadir. jadi, saya nak bagi pada ketua kelas, Azrul." Tahir cakap.
" saya dah ada tiket, cikgu."
" hurmmm, sofea. awak amek la tiket nih. pegi ye!"
"errrrrrrrrr... terima kasih..." :)



jadi, aroma kegembiraan semakin menebal tutupi harum perfume aku. alhamdulillah, dapat pergi juga. jadi, malam itu, bersungguh-sungguh aku dan beberapa mereka untuk pergi ke konsert. semuanya aku telefon bilang mahu ke konsert. ibu, nadia, nurlis, paksumi, semuanya ku bilang. bertapa lonjakanya kegembiraan. malam itu, aku mula rasa aku perlukan transformasi. bukan drastik, cukuplah transformasi hati. memadai bagi aku. terima kasih rabbani. malam itu, aku sempat menyanyi bersama ustad asri. bukan di pentas, tapi sekadar di "front seat" a.k.a seat pensyarah memandangkan tiketku berkaler kuning. vip senang cerita. aku rasa terhibur. selama ini hanya aku lihat di kaca televisyen berwarna, dia azan. dia berselawat. ini anugerah empunya dunia. merdunya suara berdakwah. aku kagum! aku rasa ada tangan memanggil aku untuk pandang ke sana. ke atas. mula fikir aku letaknya aku bila sangkakala telah tertiup. aku takut tak sempat aku angkat tangan ke atas. walau dengan beberapa alunan dakwah aku dengar, cukup menginsafkan. aku lena sepanjang malam itu selepas konsert.

pada hari ini, sedang menggigil menghadap azita, ameer pusing ke belakang.
"sofea, ustad asri meninggal dunia. tadi. sakit jantung. kt hospital sebelah nih haa, pantai. weh, sedih!!"
aku terkesima. aku rasa dia mula buat lawak. memandangkan muka ku ketat sepangjang satu jam subjek kemahiran belajar. haram. apa lah buang masa!
dia tunjuk aku dengan opera mininya. ya, takkan benda-benda ini di buat main-main. aku terus diam. ah, rasa macam baru semalam dia memandangku dan ajak bernyanyi bersama beliau. pagi ini, dingin ini, dia pergi menghadapNya. ya Allah.
tahun ini, banyak kebetulan yang aku tanggung. raja muzik, meninggal. raja filem, meninggal. raja nasyid, turut serta. dalam satu tahun. ini kah alamat sangkakala akan ditiup tak lama lagi? entah. aku mula rasa gigil.


ya tuhan, tolong jangan lepaskan tangan aku. hanya Kau yang mampu memegangku ke JalanMu.
Subhanaallah.

3 comments:

sin said...

setiap yang hidup pasti akan pergi.....

maya dandelion said...

salam
transformasi?alhamdulillah anis.sy tumpang gumbira :)
nasib baik anis smpat jmpe ustz asri.

:)

Zafirah Feyra said...

lepas ko ckp baru aku terpk. aah! segala raja sorg2 dipanggil menghadap yg maha esa. mgkn kiamat dah terlalu hmpr agaknye.
smga Allah mencucuri roh2 mereka semua.