HAHA.

dah banyak kali jadi master mind untuk surprisekan orang.
dah banyak kali buat orang lain terkejut gila-gila.
tolong, hari jadi ke-20 ini, terkejutkan saya.
dengan happynya.
HAHA.


hari jadi saya yang ke-20 ye.
ke-20.
muda lagi.shhh!.

kesedihan paling tinggi

betul apa orang cakap.
lidah lagi tajam dari pisau.
daripada kau cakap sebegitu rupa kepada aku, nah, ambil pisau ini tikamlah aku.
aku rasa, mati itu lagi tenang dari mendengar kata-kata kamu, wahai adik.







aku tak mahu kau panggil aku kakak lagi,
sebab aku rasa itu palsu.

betulkah?

ada orang cakap,

'To the world you may be just one person.
For me, you are my world...'

aku rasa sangat sweet. tak gitu ripa?

6.12.2009

pagi bermula dengan suria yang cerah tersenyum.
alhamdulillah, hujan tak cemburu

:)

jika hujan ini mampu aku tadah agar kau tidak basah, sudah aku lakukan.

- fifteen, taylor swift
- crazier,taylor swift
- kiss from roses, seal
- meet me halfway, b.e.p
- fallin for you, colbie caillat
- meet me on the equinox, death cab for cutie
- for you, coldplay
- the world turned upside down,coldplay

dengan semua lagi yang ada dalam winamp aku sekarang, yang aku kerap dengar, cukup membuktikan jiwa aku tengah tersenyum :)

kisah makcik seorang itu.

seminggu lalu, terkejut dengan tiba-tiba ada seorang perempuan, berbaju t-shirt lusuh bertulisan 'selamat datang ke perak', kurus kering, gelap-gelap, jalan tak lurus-lurus, rambut masai-masai kerinting, pegang tangan seorang budak kecil berdiri betul-betul depan pintu rumah. salam aku dengar, sah-sah nak masuk rumah. salam dijawab, tanda wajib. jadi, aku serah pada mak yang terpinga-pinga tengok sape la yang datang. aku menyorok. bukan apa, aku macam takut. lepas cakap-cakap, baru aku tahu. dia mak kepada kawan adik lelaki aku, si reifly. die orang susah, datang nak minta sedikit pakaian. sebelum itu, adik bertuah aku ini, pegi lepak rumah dia. jadi, ringan mulutnya adik aku jemput datang ke rumah, ambil beberapa helai pakaian yang mungkin tersepok jadi makanan habuk. bagus juga, baik juga adik aku neh bisik aku. dengar ceritanya amat sadis. amat tragis.rasa bersalah pula bila mikirkan dia orang gila pada mula. aku istifar. dia balik dengan penuh 2 plastik hitam penuh dengan pakaian diderma. raut wajah bersyukur dapat aku rasa. alhamdulillah.

********

dia terkena strok pada usia muda. 35. jadi, akibatnya, jadi kurus kering.kaki serta tangan tidak berfungsi seperti biasa. jadi luar biasa. tak dapat buat kerja seperti biasa. namun, terjadinya strok hampir 5 tahun lalu, tahun lepas sudah melahirkan anak yang ke-6. suaminya hanya pekerja biasa di kelab golf ibu kota, sekeluarga tinggal di rumah pangsapuri yang dindingnya sudah penuh lumut-lumut,cukuplah hanya berteduh. aku bangga masih ada ibu seperti dia. cukup jatuh tersembam, cukup besar dugaan, namun masih tak buang anaknya dipelihara keluarga lain. kau kuat wahai hawa! tak seperti di dada akhbar lain, ada anak, masih kuat,masih cantik, kau biarkan dirogol, dibunuh dengan teman lelakikau sendiri? binatang apa kau ini? selamat datang ke akhir zaman wahai tuan-tuan dan puan-puan. tapi, yang memelikkan, kau tahu kau tak mampu, kau tahu, nasi kau pun, kais pagi makan pagi, kais petang kau makan sampai esok hari, namun, kau masih melahirkan anak? aku tak persoalkan rezeki tuhan, aku tak perkecilkan kehendakNya, namun, kita masih mampu merancang bukan? bukan apa, cuma aku kesian kan si kecil itu. tak dapatnya minum susu, umur 13 sudah berhenti sekolah, kalau lagi buruk, bergaul dengan anasir-anasir kurang enak. sudah cukup buruk bayangnya bukan?? sebab itu, adanya perancangan keluarga.ye, memang aku tabik kau menjaga anak kau, namun, kesiankan anak itu. itu saja. kau yang mencorakkan masa depannya bukan? kalau kau beri warna terang, teranglah pelanginya kelak. kalau kau hanya mampu berinya warna pudar, warna kelam, tak mampu aku jelaskan lagi.
baru aku sedar, betapa pentingnya perancangan keluarga.ampun aku katakan, kalau kata-kataku melebih.



*sebab itu India miskin, dengan populasinya tinggi. tak ada kerja, hanya buat anak.

i look to you




tersentuh sangat-sangat dengan makhluk kecil ini.
kau harus lihat rancangannya bersama oprah.
hampir mati ibunya ketika dia kecil, tak kisah jika hadiah pertandingan hanya 5$, tetap dia bertanding hanya untuk hadiahkan sekeping pizza untuk mak serta adiknya,tak jatuh walau dihimpit, tak lenyap walau ditanam. itu namanya kuasa ibu.
hadiahnya hanya satu, buatkan ibunya gembira. buatkan ibunya bangga.
aku rasa kau berjaya, adik. kurniaan tuhan tak ternilai bila ibu masih memelukmu, dan bayangkan kita hanya mampu peluk gambarnya? subhanaallah.

jangan sesiapa sentuh ibu aku.
sentuh perasaannya, walau dengan apa sekalipun.
walau dengan kata-kata, apatah lagi sentuh kulitnya.
mohon sekali.
dia separuh dari aku. itu saja aku tahu.
walau sampai langit belah kepada dua pun, dia tetap ibu aku.
alhamdulillah ada catwoman seperti dia dalam hidup aku.
jadikan aku seperti hari ini.

matahari, jangan curang esok pagi. aku mahu dia bangun lagi :)





Selamat Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Alhamdulillah masih dapat aku raikan.yeah, tabik dada sendiri sebab bulan Novermber lepas, aku hanya postkan 2 entry. paling sikit dalam sepanjang aku berkawan dengan blog neh. tak banyak sangat isu aku harus hurai.oh, bukan tak banyak. mencapai katarsis maksimum agaknya bulan lepas. kelegaan emosi. syukur :)


******


ramai bertanya, kau jumpa ayah kau? kau jumpe die tak?. mungkin sebab ape yang aku postkan sebelum ini. ada bicara tuntutan nafkah terhadap dia di Mahkamah Seremban. malangnya, dan sememangnya aku tahu, die tak datang. jadi, tak kesempatan aku nak salam dia ucap selamat hari raya yang sudah hampir sedekad aku tak cium tangannya mohon apa-apa. tapi, tak mengapa. aku rasa hidup aku sempurna tanpa itu walaupun jauh dalam benak, aku rindu sebenarnya. malam sebelumnya, ayah telefon. bunyinya seperti dia tak tahu menahu tentang meja keadilan pada pagi esok. jadi, banyak persoalan dan mungkin segenggam marah ada dalam kepala. kau tak tahu, maupun kau tidak diberi tahu?! aku tak menyoal dia. bising kalau dia jerit dalam telefon marah aku. esoknya di depan hakim, semuanya terzahir. apa yang ibu pendam, apa yang perlu diluah, semuanya hakim terima. ya Tuan Hakim, kau paling adil di mahkamah. harap dalam laras ini, kau faham apa yang ibuku zahirkan. insyaallah. rupa-rupanya surat saman ke atas ayah aku telah diterima, telah ditahu, oleh bapanya, datukku senang kata. bukannya dia buta huruf, terang-terang kata Saman Untuk Menuntut Nafkah ke atas anaknya. kenapa kau pulangkan semula surat dengan menipu anakmu tak balik ke rumah? dengan berbohong kau sudah lama tak ketemu sama anakmu?


sedangkan, baru semalam dia makan nasi depan kau? kau seorang haji, tak terkira jari tapak kakikau sudah melekat di tanah suci itu, tak terkira jari kau sudah menghadap kiblat seluruh umat Allah, tapi kau masih berbohong pada hamba lain seperti mu jua? kau bangsat. kau cetek.aku tak bermaksud untuk berkurang ajar dengan orang tua, mak aku tak pernah ajar. minta maaf sangat. ampun aku katakan, tapi inilah akibatnya jika sabar terlalu lama. sabar aku tak sesakit apa ibu rasa ye. jadi, tertangguh sudah untuk menghadap hakim kepada 16December kelak.kau malu mengiyakan kau lemahkan? kau tak untung pun kau ada Vios, kau tak untung mana kalau kau ada banglo, kau rugi hilang cucu. darah kau ada dalam darah aku. sanggup kau kerat darah daging kau sendiri? manusia pelik! janji aku, tak kisah selama mana, tak kisah kes ini sejauh mana, sanggup aku tunggu. sanggup aku laras.sanggup aku berdiri.sanggup segala-gala. ini negara demokrasi. kau tak lari kemana la sayangku, ayah. semuanya kembali ke pangkal niat, hanya keadilan aku minta. tak banyak pun aku minta. itu saja ye sayang?


*russian roulette di winamp*

sedih melirikkannya
baru 2 bulan statusku di facebook 'in a realationship'.
tak sangka. alhamdulillah, esok pagi aku bangun untuk dia.


sudahlama coldplay menenangkanku, sekarang dia. :)