suratlayar.

aku tulis, aku padam. aku tulis, aku padam. aku tulis, aku padam.

aku diwajibkan berpuasa hari ini.

terlupa nak ucapkan selamat berpuasa.
pada ramai-ramai orang.
bukan setakat puasa dari makan dan minum,
terutama pokoknya, puasa hati
itu tunjang.

tak guna kau puasa, tetapi mengata orang.
tak guna kau puasa, kau penuh dengki
tak guna kau puasa, kau busuk hati
tak guna kau puasa juga, tapi kau mencaci
ingatan untuk diri, dan semua penggelar muslim
itu maksudku, jangan lupa puasa hati.

dont you ever wonder why the phrase "fragile, handle with care" exist?

kalau aku rasa sepi sangat, aku missed call number sendiri.
kot-kot boleh angkat.
boleh la borak-borak dengan diri sendiri. supaya boleh la senyum dan tak rasa sunyi malam ini.
takpun, berderu-deru mesej aku kasi.
"hey sofea, dah makan?.."
macam rasa ada orang ingat. macam rasa ada orang boleh kejutkan pagi-pagi waktu sahur.
part yang paling best. rasa cam tak mati je.
pernah rasa macam tuh timah? tak pernah. sebab kau tak sesunyi aku.
Allah tak pernah lelah jadi saksi aku.



****
shhh. jangan bocor sunyi aku.
hati lembut sangat. mudah pecah.
sangat sakit. macam virus.
takmau ramai mati.
cukup la aku. lagipun, aku bukannya pahlawan untuk didendangkan.
bukan sapa-sapa.
hanya anak mak aku, kakak adik aku, dan hamba tuhan aku.
kan??



.kosong.

confius.

he is a man. he doesnt like women. he's not gay.
then, who is he?
shit!

kebetulan hidup yang menginsafkan.

mungkin dengan luaran aku sudah tentu ramai tak sangka sebenarnya ada juga tempat untuk aku menikmati nasyid dalam rongga ini.aku mahu turut serta dalam dakwah ini, tetapi tiada yang membantu. mungkin sebab kawan-kawan aku tak sekutu. mungkin tak pernah aku hebahkan, kadang-kadang takut kata tak cool, takut kata jiwang, takut kata ketinggalan. sebab itu aku tak pernah jejak ke mana-mana pusat nasyid di malaysia. jahatnya aku.

minggu kesenian islam bermula. aku mula turut serta. rasakan minggu itu aman sekali. udara turut serta berzanji. hujan riang ria turut berselawat. aku makin rasa mahu dekat denganNya. mahu ke konsert nasyid, tiada duit.tambah lagi, tiada kutu yang mahu ikut. maklumlah, hadiah kerajaan tak dapat lagi. wang dari ibu, cukup-cukup untuk makan. aku fikir, tak apalah. lain kali boleh tengok rabbani lagi sambil mulut menyanyi-nyanyi lagu anak soleh.

" hari ini, saya ada beli 2 tiket untuk ke konsert. malangnya,saya tak dapat hadir. jadi, saya nak bagi pada ketua kelas, Azrul." Tahir cakap.
" saya dah ada tiket, cikgu."
" hurmmm, sofea. awak amek la tiket nih. pegi ye!"
"errrrrrrrrr... terima kasih..." :)



jadi, aroma kegembiraan semakin menebal tutupi harum perfume aku. alhamdulillah, dapat pergi juga. jadi, malam itu, bersungguh-sungguh aku dan beberapa mereka untuk pergi ke konsert. semuanya aku telefon bilang mahu ke konsert. ibu, nadia, nurlis, paksumi, semuanya ku bilang. bertapa lonjakanya kegembiraan. malam itu, aku mula rasa aku perlukan transformasi. bukan drastik, cukuplah transformasi hati. memadai bagi aku. terima kasih rabbani. malam itu, aku sempat menyanyi bersama ustad asri. bukan di pentas, tapi sekadar di "front seat" a.k.a seat pensyarah memandangkan tiketku berkaler kuning. vip senang cerita. aku rasa terhibur. selama ini hanya aku lihat di kaca televisyen berwarna, dia azan. dia berselawat. ini anugerah empunya dunia. merdunya suara berdakwah. aku kagum! aku rasa ada tangan memanggil aku untuk pandang ke sana. ke atas. mula fikir aku letaknya aku bila sangkakala telah tertiup. aku takut tak sempat aku angkat tangan ke atas. walau dengan beberapa alunan dakwah aku dengar, cukup menginsafkan. aku lena sepanjang malam itu selepas konsert.

pada hari ini, sedang menggigil menghadap azita, ameer pusing ke belakang.
"sofea, ustad asri meninggal dunia. tadi. sakit jantung. kt hospital sebelah nih haa, pantai. weh, sedih!!"
aku terkesima. aku rasa dia mula buat lawak. memandangkan muka ku ketat sepangjang satu jam subjek kemahiran belajar. haram. apa lah buang masa!
dia tunjuk aku dengan opera mininya. ya, takkan benda-benda ini di buat main-main. aku terus diam. ah, rasa macam baru semalam dia memandangku dan ajak bernyanyi bersama beliau. pagi ini, dingin ini, dia pergi menghadapNya. ya Allah.
tahun ini, banyak kebetulan yang aku tanggung. raja muzik, meninggal. raja filem, meninggal. raja nasyid, turut serta. dalam satu tahun. ini kah alamat sangkakala akan ditiup tak lama lagi? entah. aku mula rasa gigil.


ya tuhan, tolong jangan lepaskan tangan aku. hanya Kau yang mampu memegangku ke JalanMu.
Subhanaallah.

mood for tonight: i will be by avril lavigne

There’s nothing I can say to you
Nothing I could ever do to make you see
What you mean to me
All the pain the tears they cry
Still you never said goodbye and now I know how far you’d go
I know I let you down but its not like that now
This time I’ll never let you go

I will be all that you want and get my self together
Cause you keep me from falling apart
All my life I’ll be with you forever
To get you through the day and make every thing OK

I thought that I had every thing I didn’t know what life could bring
But now I see honestly
You're the one thing I got right
The only one I let inside
Now I can breathe cause your here with me
And if I let you down I’ll turn it all around
Cause I would never let you go

I will be all that you want and get my self together
Cause you keep me from falling apart
All my life I’ll be with you forever
To get you through the day and make every thing OK

Cause with out you I can’t sleep
I’m not gonna ever ever let you leave
You’re all I got
You’re all I want
Yeah
And with out you I don’t know what I’ll do
I could never ever live a day with out you
Here with me do you see your all I need

And I will be all that you want and get myself together
Cause you keep me from falling apart
All my life (my life) I will be with you forever
To get you through the day and make every thing OK

I will be (I’ll be) all that you want and get my self together
Cause you keep me from falling apart
And all my life you know I will be with you forever
To get you through the day and make every thing OK


with that, i thank you.
:(

emosi tak stabil.

mula rasa bersalah pulak lepas marah-marah orang. k fine, memang my fault la marah-marah tadi, but then, sape tak marah kalau dah berjuta-juta kali dah beritahu bende yang same, then, make the same mistake. shit la. we all need the elaun la encik-encik kelas sekalian. kalau elaun effect korang saja takpe, neh kalau tak hantar borang perjanjian cepat-cepat, elaun lambat dapat. rasa macam cakap dengan batu. okeyh, not suppose to scold you la just now, but then i cant stand la dengan muka u yang buat-buat tak bersalah. hishhhhhhhhhhhh. tensi betol.
aku rasa perasaan perempuan tak dapat duga la dalam satu bulan nih. memang tak stabil betul bila nak sampai-sampai bulan mengambang nih. mula la jadi manusia serigala, makin mencakar. anyway, aku minta maaf apa yang aku cakap tadi.
lagipun, mereka-mereka nih tak baca pun my blog. tak tahu pun blog itu apa.
bukan aku kata kampung, tapi, buta.
buta dengan perasaan orang. harap-harap memahamilah.





:(

what if.

what if my chances were already gone??
:(

sehari di sekolah

alhamdulillah, setelah demam yang mungkin dah mencecah 2 minggu, semakin hari aku makin pulih. dah disahkan dengan sebaiknya aku bukannya H1N1. sekali lagi aku boldkan, BUKAN H1N1. mungkin aku terima angin liarnya saja kot. ah, tak kisah. nasib baik bukan penyakit durjana itu. mulakan kehidupan di sini buatku makin seronok. mungkin dah lama sangat aku rindu zaman sekolah. jadi, dengan kelas bermula seawal 8 pagi, rehat pada pukul 10, balik pada pukul 1.30 petang, kokurikulum bermula jam 4.30, bermain hoki petang-petang di padang, buatku makin mula suka. tak gitu? mungkin setengah orang gelar ia bukannya kebebesan sejagat, tapi bagi aku, buat aku kembali berdisplin. :)
dengan beberapa tanggungjawab yang dipikul, banyak juga tugasan yang hendak dilaksanakan. agak popular namaku disebut-sebut di kelas, "sofea" dan "sofea". bukan perasan, kenyataan la cik timah! aku hanyalah penolong, tapi mungkin aku seperti kakak kepada mereka, memandangkan mereka baru mencecah 18, (macam la aku dah cecah 20)huhu, jadi banyak tanggungjawab aku pikul. tak kisah la adik-adik. its my pleasure taw. dulu, di sekolah, kuasa autoriti itu lebih kuat dan selalunya anggap junior-junior ini semuanya tak patut dibuat baik. aku sumpah itu salah. mereka kadang-kadang cool jugak apa. banyak hiburkan hari-hari aku di sini. aku selesa dengan azrul, nora, munira, nawi, semua la yang bergelar rakan sekelas aku sekarang.
terima kasih. sekarang hanya ada satu matlamat. bila dah penuhi, aku akan sebutkan di sini. wah! tak duga juga, aku mula rindu dengan beah, ain, kaseh, paah, k.bella,k.yuz, budak-budak sengal kmph dulu, tak tipu aku cakap, pengalaman tak dapat di lupa.sekarang 2 budak aku di kuarantin kan kerana disyaki, aku mula bimbang. harap mereka sembuh dan kembali ke sekolah. minta tolong ye cikgu? aku makin rasa jadi cikgu makin cool. siapa boleh buatkan murid-murid kira-kira 20 orang senyap pada satu masa kalau bukan cikgu?
ye tak cik guru? :)



nothing else matters.

semalam di jalanan.

bintang mula beku.hati dilanda hiba.rasa ingin naik sampan, akhirnya tenggelam di lautan.

malam kelam, bintang mengerdip aku ingin bersunyi,
tak bersuara di rongga, tak jejak apa di tanah,
hanya bisu, biarkan Kuala Lumpur berpesta sakan.
terhenyak rasa hati, bila rindu mengetuk pintu
harap tak buka, kerna tahu siapa gerangan
bukan yang aku pinta, tapi yang aku tunggu
separuh nafas harap dia menerpa, tapi itu angan
mengapa pada senyuman yang mencuri hatiku
aku seperti pungguk merindu kesakitan
seluruh muka pucat menahan bisu, takut terleleh air mata,
apa pun di fikiran, muka dia membungainya,
apa pun di mulut, nama dia menyebutnya,
baik aku bisu, di malam bintang menjadi beku, seperti tahu aku dilanda sebu.
ingin sekali bertanyakan si rama-rama, wahai si cantik manis, pernahkah ia merasa sunyi?
harap ia tak sepertiku,
aku hanya insan dahagakan perubahan,
kesempurnaan tak pernah datang.
*aku perlu menangis.