heartless.

"aku merenung 15 pasang mata hari ini, tapi belum cukup sempurna hari ku, kerna hariku bermula dengan merenung sepasang mata kau....."



tak tahu mahu mulanya dari mana. pelbagai sudut dalam hati ini yang mahu aku muntahkan. maybe its sounds like sorts of emo stuff. but this is what going on in my life lately. ia seperti batu bata yang aku mahunya susun rapi bersilang, tapi tetap ada lubang-lubang nya kan? love is sick. makin buat ku bengang dengannya. sekarang kau mahu aku tunggu kau 6 purnama lamanya?kau seberang lautan, aku di daratan. jauh.jangan kau pujuk hati yang terluka. tak mungkin aku berpaling.



walaupun kau tak sedar dah berapa lama aku tunggu kau kembali?! aku bosan dengan arus kau. aku rasa buang masa.kenapa baru sekarang baru kau persoalkan kasih aku pada kau?tak cukup apa yang aku dah korban? sedalam mana kau selam, jawapannya tetap sama.aku benci kau.



imbasan sayang aku dah makin pudar pada kau. alhamdulillah, aku syukur. mungkin aku bukan punya kamu. mungkin kamu punya dara yang lebih berhak. aku penuh cela.erti bersama, buat kita makin berbalah dan berair mata. kita bukannya satu pesawat dan aku bukannya isabella. kita manusia sering dibutakan. dengan hanya secarit melodi indah, aku hanyut. jauhku fikirkan tentang kita, tanpa kita. lebih baik begitu.harap ini satu revolusi aku tahun ini.



tak banyak ku minta. bukannya 7 permintaan. bukanku minta kasihmu seperti laksamana Tuah dan Gusti Putri Retno Dumillah, seperti kassim selamat kepada sabariah, seperti uda kepada dara, cuma aku mahukan, tiada sedikit pun rasa ragu aku pada kasih mu.walau dipisah jasad dan nyawa, hanya namaku dalam hati kecil kau dan janji kau bukan sekadar mimpi. itu saja. terima kasih kerana setiap detik kau melengkapkan aku. bagai lagu dan irama.

ini lagu bukan untuk aku.

bukan untuk kamu.

untuk kita.


No comments: