i'm still your little girl, papa.

mungkin lambat lagi Hari Bapa yang tak pernah aku sambut sejak aku darjah 5 lagi, mungkin lebih dekat Hari Ibu ahad nih, tapi, terasa mahu luahkan sesuatu. bukan tak punya bapa, tapi, dia jauh. entah ada atau tidak dalam lubuk hati. makin tak pasti.
semasa di bawah hak penjagaan ayah, aku bersekolah di sekolah Pinang Tunggal, Sg.Petani. tapi, rumah di Kulim. Jadi, pagi-pagi, ayah akan bertolak awal untuk hantarku ke sekolah seawal 6 pagi memandangkan akan mengambil masa sejam untuk sampai ke sekolah. aku tak kisah kena rotan setiap hari sebab lambat.aku tak malu kena berdiri di perhimpunan setiap isnin. sebab aku pandai. mungkin boleh dikatakan aku pelajar pintar masa itu. aku terpilih mewakili daerah dalam pertandingan hoki dan aku lah pemain termuda dan pemain utama masa itu. bukan belagak, tapi ini sejarah. pada hari penting aku iaitu hari pertandingan, seperti biasa mahu hantar aku ke sekolah, ayahku menjadi singa kelaparan pagi itu. gara-gara menuduh aku membuang pil ectasy jahanam itu kepunyaannya. memang aku buang. sebab aku sayang dia. taknak dia makan. darjah 4 dah pegang ectasy? hebat bukan? jadi, dia membawa selaju mungkin dan hanya tuhan saja tahu bagaimana aku hidup dalam kereta itu. dan tetiba dia berhenti di jalan yang penuh hutan rimba."bagi balik ubat aku la binatang!!"..aku binatang.aku tak kisah.aku dipaksa turun. aku tahan tangisan aku dan sesungguhnya "ubat" itu ada dalam genggaman aku. dengan tanpa dia sedari, aku buang di situ juga.nasib baik tak nampak. mungkin tuhan sayang aku, dia pun senyap. sebab lihat aku seorang budak perempuan kecil yang berdiri tegak di tepi jalan yang hanya mampu berdoa kerana tahu, nyawanya di hujung tengkuk. nasib baik ayah bawa juga aku ke tempat perlawanan. aku terlepas satu game. jadi, mereka kalah. dengan semangat aku mahu buktikan, dengan tangisan yang aku tahan sejak dari pagi, aku buat sebaik mungkin. aku bermain seperti aku lah hero padang itu. jadi, aku dapat pemain terbaik perlawanan dan ditawarkan mewakili kedah. aku dapat piala punyala tinggi. tapi, jadi bahan buruk kat store.masa tuh takda sape-sape jaga adik-adik.adik-adik masih kecil. surat tawaran mewakili Kedah aku koyak. bukannya aku nak sangat dia pamerkan piala aku, bukan aku nak sangat dia sanjungkan aku, cuma aku nak tepuk bahu aku dan kata-kata bangga dari seorang ayah. aku tak minta banyak. tapi, aku masih tak kisah.
masa aku darjah 5, aku dah pindah sekolah. sekolah convent. lebih dekat dengan rumah. aku tinggal di rumah tok. bukan jadi cucu, mungkin lebih senang dipanggil orang gaji. satu hari minggu, aku pergi ke perpustakaan awal pagi. terlepas untuk membuat kerja rumah. pergi ke perpustakaan untuk belajar kerana di rumah, aku tak boleh memegang buku. hanya penyapu. jadi, aku balik lambat.memandangkan aku balik lambat, aku telah dimarahi oleh tok. "ko masuk black metal kan? neh buku ape neh.ala, ko belajar sungguh-sungguh pun, ko bukannya pandai.ko bodoh". ye lah, aku la cucu die yang paling bodoh. balingnya buku aku ke kaki. aku tak kisah. sepupu-sepupu aku hanya gelak-gelak tengok aku kena macam tuh.aku tak kisah. darjah 6, ibu menang kes. aku tinggal dengan ibu. upsr, aku dapat 5A. aku telefon ayah, ayah hanya cakap, "baguslah..." dan masukkan duit rm90 tanda hadiah. tak sampai 100 pun. ye la tok, saya la paling "bodoh" antara cucu lain yang paling tinggi pun 1 A dan mujur kalau lulus. masih aku tak kisah.
banyak sangat benda yang aku tak kisah dalam dunia nih. mungkin dah lali.entahlah. sampai sekarang, aku tak pernah dibanggakan oleh ayah dan keluarganya. aku tak kisah.
sekarang, aku lihat balik. aku cuma mahukan sedikit tanda bangga dari mereka. mungkin lebih daripada ayah. bukan aku saja. adik-adik juga. kalau la ayah baca neh,di mana juga kamu, hendaknya aku ulang, kamu masih ayah aku. walau sejahat mana kamu, kamu masih ayah aku. itu tulisanNya.ini aku kisah.
............................................

1 comment:

maya dandelion said...

salam
anis,baru hari ni aku tahu cite sebenar
ko xpenah cite pn kat aku ms kat convent dlu2..
ko mmg pintar dr skola lagik.hehe
ape2 pn, aku respek ko sbb tabah mghadapinya
take care and wish u best of luck in ur life :)

from
Sumaiya. cewah~ ;p