si ber-Peranan

ouh, baru semalam aku baca pasangan aku katakan, ataupun lahanat yang sudah berjaya tanam anak. wah tahniah nya aku ucap, ada juga idea yang dapat neh.



si lelaki yang memimpin itu, hanya berusia 19 tahun. si ibu yang mengandung, yang kandung anak tanaman mereka itu, hanya 15 tahun. usia tak menjadi kayu pengukur, agama dan perikemanusiaan yang harus kita ukur. mana pergi kematangan si budak lelaki itu? itulah dia, kuatnya kuasa nafsu. sampaikan manusia bertopengkan syaitan, maafkan kalau kasar bunyinya, pun sanggup jadi. adik, haiwan sendiri pun tak pernah tanam anak sendiri ye?



mana pergi sekeliling, mana pergi mata-mata yang memerhati sekeliling? mana pergi ibu bapa , mana pergi cik guru-guru, mana pergi jiran-jiran 40 rumah ? mana pergi. kalaulah si anak itu mencuri ke, bergaduh ke, semuanya tunding. kecoh satu kampung. kalau dah termengandung, tak kecoh. takut malu la konon ! pirahhhhhhhhhhhh !



makcik esah : "tuh la, anak Pak Din tuh, jadi jahat. neh mesti sebab tak reti nak jaga anak."

hey makcik esah. makcik jiran sebelah kan? takpun dipanggil masyarakat? mana pergi peranan sendiri? dah mati anak itu ditanam, baru terketap bibir.

masa budak perempuan tuh kandung buncit-buncit, muntah-muntah ke, muka pucat-pucat, ada kau kesah ke? kalau tak ada, baik diam ! tepuk kepala, sebab biar otak berjalan sket!



cikgu aisha dan cikgu timah ( di kantin) : " awak tahu, budak tingkatan 3 tuh, ala, yang nama sipolan, rumahnya sebelah tut...tut..., dah beranak ! mak bapak tak ajar ke? ape lah nak jadi"



yelah cik guru, yang kau tahu nak cakap, apelah nak jadi.

sebelum jadi, ada kau kesah? yang hanya kau tunggu, bunyi loceng !

kain-kain putih di depan kau, kau tak perasan. ada di antaranya dah ada calar ke, tertumpah hitam ke, tertempias merah ke, kau tak perasan. apa kau tahu, silibus mau habis.
kalau tak, kene hentam !

tak pandang kalau si anak itu berubah sikap ke, muntah-muntah, ponteng berhari-hari, pelajaran merosot. aku bet, pelajar yang bermasalah, mesti ada sedikit celanya yang terlihat. cuma sekeliling buta, kononya tak mau jaga tepi kain orang. tolonglah pegang orang dulu kata, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

tak susahkan kalau semua hulur tangan, tadah, menahan supaya nila tak titik?.

tak susah aku rasa.



dulu, masa aku jawab soalan exam, mesti ada tanya peranan sana, peranan sini. contohnya, apakah langkah yang perlu amek untuk mengatasi masalah sosial remaja? jawab peranan sana-sini. bukan main cikgu aku kasi jawapan. mana bukti? poooooo-rahhhh !

kalau ada lagi soalan macam tuh, aku cakap, MASALAH TAKKAN SELESAI SELAGI YANG BER-PERANAN TAK BUKA MATA.



dah ratus-ratus masalah buang bayi, setiap hari jadi lagi. setiap hari, ada saja berita 'kegembiraan' itu. hey yang empunya anak-anak yang mahu dibuang, rayu aku. beri pada yang lagi berhak. sebab anak itu tak berhak punya kamu sebagai ibu-bapanya.
sebab kau pun tak sedar, kau punya tuhan. ayuh, bangkit si peranan-peranan.
walau si anak muntah, walau si anak pening, walau si murid turun grednya, walau si anak jiran nampak berpeluk-peluk, sila khabarkan. sila ambik, apa itu dipanggil, tindakan. ini bukan ingatan hanya untuk semua, untuk diri sendiri juga.





maaf, sekali lagi rumah tulisan ini aku tampak emo.

ye, sebelum aku menulis lagi emo-emo, dan lagi emo.

hentikan aku. hentikan aku dari kegeraman. semaikan dengan berita kegembiraan.

"Seorang remaja Malaysia, berbakti kepada ibu bapa"

"Seorang remaja Malaysia, sekali lagi mengharumkan nama negara"

"Seorang anak perempuan yang mengandung tanpa akad nikahnya, TAK MEMBUANG ANAK"



aku tekankan lagi sekali, dunia akan aman, adanya cinta.

cinta pada adik-beradik,

cinta pada sesama manusia,

cinta pada haiwan, dan cinta agung pada Dia. amin.



sofea.

1 comment:

Noor Arifa said...

kita hidup untuk mencari.
yang salahnya bila kita rasa kita dah jumpa apa yang patut kita cari.
tapi sebenarnya apa yang kita jumpa tu, salah.
tu yang jadi mcm2 kes sekarang ni.
huu.