Dunia hanya untuk orang yang ber-NAMA.

kalau la ibu aku seorang anak menteri,
sudah tentu kes tuntutan nafkah yang dah hampir 10 tahun itu dah selesai.

kalau la ibu aku seorang tauke beras, seorang tauke kereta,
sudah tentu kes penceraian mak aku yang berlanjutan sampai beberapa tahun,
dah setel dalam masa 2 hari je.

kalau la adik aku neh anak gabenor, anak pegawai tinggi kastam,
dah tentu masa dia sakit dahulu, masa dia demam panas dulu tak payah nak tunggu berjam-jam di klinik kesihatan hanya untuk panadol sepapan.
setakat amek temometer, check suhu badan,
amek tapak tangan letak atas dahi,
itu MOYANG AKU YANG DAH MATI pun boleh bangun dari kubur,
buat untuk adik aku.

kalau lah mak aku seorang anak dato' mana-mana, bapa aku yang dah "BUNUH" mak aku,
mesti bapa aku dah pegi ke muka pengadilan. sehari pun cukup. tak usahlah dia susah sakarang.

nampak bukan, kalau bukan kerana duit, kalau bukan kerana pangkat,
mesti masalah seseorang itu dah selesai bukan.
pasangan yang kena bayar denda sebab kahwin kat siam pun, dah jadi muka depan berita. kalau denda dia berjuta-juta, aku tak kisah. ini, takat ribu-ribu, pemberita nak kecoh. sebab apa, dia selebriti. wah. idol la sangat kalau kahwin pun tak ada restu mak ayah.

sini aku bagi cerita.
ada ayahnya tak pernah kasi nafkah hampir sedekad, yang melibatkan sampai ratus ribu, turun naik mahkamah, satu saja jawapan yang dapat. tangguh, tangguh dan tangguh!! sial tol !

ada maknya yang berjuang mempertahankan anak-anak dan lari dari suaminya yang raksasa, kena pukul, kena hentam, kena macam-macam, pergi mahkamah pun naik teksi, nak makan ikat perut, bukak kes pun pinjam duit orang. tambah teruk. ! sial betol !

ada yang kena halau dari rumah, penyakit itu ini, pergi ke klinik, kena tunggu berjam-jam, checknya 2-3 minit, sebab apa, ramai lagi yang macam dia. semua kena tunggu. itulah istilah untuk orang yang miskin, tunggu dan tunggu ! bodoh !

itulah lah 000.1 % kehidupan manusia. baru aku tahu skrg, kalau nak kasi hangat cerita, kalau nak kasi settle cepat, kena masuk berita. kena hubungi TV3, kena masuk aduan rakyat. baru orang amek kisah ! kan ?

*tarik nafas*
maaf kalau aku emo. percayalah, dunia akan aman selagi adanya, cinta.

yang rapuh, yang cetek, yang rompong.
sofea.

No comments: