Ibu

Tuhan Maha Adil. Dia hadiahkan setiap empunya hati ada seorang ibu, dan bapa. tak perlu 2 ibu untuk adanya gen kita. tak perlu adanya 2 bapa untuk satukan kromosom2 kita. jadi, setiap baris-baris DNA yang terbentuk, hanya ada 2 sumbernya, ibu dan ayah.

Tuhan,
terima kasih hadiahkan aku ibu. ya, ibu yang aku peluk sekarang. entah dari mana dia punya kekuatan sebegitu rupa untuk aku, dan adik-adik. entah dari mana dia empunya segala keringat untuk mencari se-sen untuk semua di bawah bumbungnya. bukannya die punya pokok suit keramat, bukannya dia punya suami di sisi, tetapi, aku tahu. dia hanya ada Dia. dia percaya, tiada yang boleh tolongnya hanyalah Dia. itu aku kagum.
dengan itu, aku terima kasih, terima kasih, dan terima kasih kepada ibu, Husmarita @ Cassandra, kerana tak lepas aku dari matamu, tak lepas aku hingga hilang pedomanku, tak lepas aku, hingga hilang arah tujuanku, namun, genggam aku dikala aku perlu, genggam aku dikala aku buntu, malah, berjalan sebelah aku, di kala aku tiada siapa-siapa. aku tahu, walau seluruh dunia membenci ku, aku tahu,aku masih ada kamu. itu aku pasti. jika kamu berjumpa dengannya, khabarkan, dia lah wanita paling hebat. dialah Venus paling indah, pernah aku jumpa. walau aku bayar dengan titisan darah aku yang terakhir sekali, tak mampu bayar segala apa yang kau dah buat. ya, aku masih tak puas hati dengan hidup aku. masih, namun alpanya aku, aku bertuah, masih ada ibu. somoga segala doa kau termakbul, segala peluh kau dibayar, segala rasa kau dimetrai. percayalah, doa untuk ibu, memenuhi pesanan tadahan tangan aku kepada Nya, kerna, aku tak kisah tiada ayah untuk 10 tahun ini, namun jangan tiada ibu untuk 10 minit dari hidup aku. SELAMAT HARI IBU :))


ibu, ratu hati,
love,
anakmu, Sofea.

No comments: