khas buat dajal pencuri.

surat untuk pencuri handphone aku dan eddie.

awak,
terima kasih kerana menjadikan hari ini hari paling membengangkan aku walaupun motif sebenarnya hanyalah untuk berjoging bersama eddie di Bukit Jalil, n it was my first time jog kat sana.
sangat-sangat terima kasih.
awak tahu, saya tak berapa kisah sangat dengan duit RM7 saya dan RM40 eddie saya, saya tak kisah juga dengan handphone sony K810 dan 3310 saya, saya cuma kisahkan handphone eddie's saya.

dah hampir 3 tahun saya pakai handphone tuh,
dan baru je abiskan RM100++ untuk repair,
saya tak kisah awak ambil.
kalau ye pun, pegi la curi handpone yang ribu-ribu sikit harganya,
baru awak digelar pencuri class!
saya tak kisah, sebab awak memang tak ada hati perut.
saya bukannya orang kaya yang setiap bulan ada saja model baru keluar,
saya akan cuba. saya tak begitu.
saya kena kerja berbulan-bulan, berpenat berjam-jam,
baru dapar handphone saya sendiri. itupun mak bapak kena tambah.


awak,
awak tak kesian ke kat eddie saya,?
dia baru saja beli handphone tuh? tak sampai sebulan pun,
dengan penat lelah angkat-angkat papan,
buat kabinet sana-sini, tak rehat,
semua number customer dalam sim tuh,
yang paling penting, semua gambar eddie dan saya ada dalam phone tuh.
semua memori.

saya tak kisah dengan handphone yang awak amek,
saya tak kisah dengan duit-duit dolar, and some countries nye duit awak nak ambil,
saya cuma nak,
gambar saya dan eddie, dalam phone kami.
itu saja.
sebab itu,
kenangan kami.
tolong, saya merayu.


, sofea.

No comments: