sekelas bersama, suara berpincang.

aku fikir mahu aku tamatkan blog aku ini buat pertama kali. kemudian bangkit semula dengan perubahan url yang baru. entah kenapa, semakin hari aku makin rasa tandusnya rasa untuk menulis. bukan tak berminat, tapi mungkin tiada kelapangan waktu. aku harus menulis. ini saja buatku makin lega. ini pun ihsan dari si masa tidurku yang mampu buatku menulis pada malam 17 ramadhan mulia ini. alhamdulillah tak terhingga syukur pada Esa :)
sebelum ini, aku tulis, aku padam. ada yang berkata, terus menulis, jangan padam. tak sanggup. terima kasih pada yang kisah.

***

aku rasa sangat jatuh pada minggu ini. permulaan yang aku rasa bukan calang-calang dugaan yang menimpa aku. walau aku rasa bukan yang terhebat, tetapi mampu buat aku ranap. rasa kuat sangat.

*diam, tahan menitis*

aku tak tahu kenapa aku dipilih menjadi ketua? mengikut kriteria? tak mungkin. pengawas pun aku tak pernah pegang. mengikut majoriti? mungkin. kerna segelintir tak mahu tanggungjawab untuk dipegang, dengan satu kata, malas. mengikut umur? aku lebih tua dari mereka? jadi persoalan, mungkin aku lebih peka dengan sekeliling. bukan kehendak aku hendak menjadi ketua, bukan kehendak aku hendak buat kerja sampai tengah-tengah malam, bukan kehendak aku yang perlu hadiri perjumpaan berjam-berjam hanya untuk mendengar beberapa patah huruf yang manfaat selainnya hanya bebelan?. bukan kehendak aku juga untuk pastikan semuanya terkawal. diri sendiri makin hilang. inikan mahu jaga anak orang? pokoknya, sumpah semua aku tak kisah. mengapa masih pilih aku jika banyaknya cela aku pada kamu? kau takut. sebab tiada sapa kisahkan kamu kalau tidak aku. kalau begitu, cuma, satu yang dipinta. sama seperti pemimpin-pemimpin lain berbicara, hanya sokongan pengikut. kalau tidaknya, manakan adanya pepatah Pak Lah "bekerja dengan saya, bukan untuk saya", manakan adanya perletakkan jawatan Mahathir, semuanya di depan mata. apa yang dimaksudkan oleh mereka? bukankah sokongan yang jadi pendiding diri untuk kuat? kalau kau tak faham lagi, maaflah jika aku kata, kau yang buta si pengikut. katanya mahasiswalah, mana otak kau letak? di para lutut? berlagaklah menjadi dewasa walaupun sesaat, aku tahu, sedetik pun kau tak sanggup. hanya kau tahu, menyalahkan orang kalau mintak kau buat kerja, mencarut-carut pada pemimpin, memaki pada sesama manusia ciptaan dari yang Satu, kritik-kritik kaum hawa jika pakaiannya tak 'matching',lelap ketika dididik, lari dari sebarang pikulan tanggungjawab, hanya menunggu arahan seperti lembu dicucuk tali, itu kau nama lelaki?? itu kau nama seorang pendidik? porraahh!


***

ramai yang bilang, "ala, jadi ketua kelas je kot"."satu sem je kot, itu pun nak kecoh".. ya. memang betul. tapi, itu semua kau kisah. perasaan sesama insan ada kau kisah sayang? shhh! kau ada perasaan ke? kalau macam tuh, jadilah sebentar. kau lelaki. lebih kuat bukan? pooooraahhh sekali lagi! jangan hanya kau tahu berkata tanpa berlapik ye cik abang?, jangan nak memaki orang ye sayang? aku lihat seperti kau bercakap dengan cermin. itu kau! kau tiada apa. aku masih punya santun. kau? blah la!aku sensitif? so what? fikiran masih di tahap pro, kau? sekali aku menemplak, seribu kau bisu bersuara dengan aku. mana yang lagi sensitif ye? kau sudah datang bulan ke? *opps, kurang pasti*
****
kesian dengan orang-orang sekeliling kau. punya masyarakat minoriti seperti kamu, pencah dunia zahir mereka. batinnya mereka mengata kamu. tolong lah penya sensor perasaan. mungkin kau malu dengan dunia, betapa semuanya bertopeng dengan kamu. walaupun kawan sebelah kamu, kawan hidup mati konon, juga singgah ke majoriti bercerita pasal kamu si pengotor. tolonglah, kami tak perlu orang seperti kamu.
***
puas hati kamu, aku berhenti sekarang? bukan maksudnya aku kalah, aku cuma ambil berat. aku ambil berat dengan ketidakpuashatian kamu terhadap aku. hanya kamu ya. betapa oh istimewanya kamu hai si comot? si busuk? kau tidak suka aku, aku pergi. aku tak rugi. kau yang rugi, hilang kawan seperti aku. hilang setia aku pada kamu, dan hilang talian aku dengan kamu. kau orang asing bagi aku sejak tadi. pilihla ketua kesukaan kamu, moga dia mati macam aku. oh! dah berabad bulan aku menunggu saat, bebas. supaya aku tak payah bercakap depan kamu lagi. suara aku tak perlu kau dengar. kau tak perlu. patutlah benazir ditembak, rupanya adanya tabiat seperti kamu di dunia. kesian.

*****

untuk kamu, aku minta maaf. sebab blog aku, luahan aku. moga cepat aku lega.
ampun mungkin aku tak buat kerja, mungkin aku malas, mungkin butir kata aku kau tak suka, mungkin kehadiran aku buat kau tak senang, dan mungkin juga aku buahan caci kau senantiasa yang buat kau makin berdosa, segalanya aku minta maaf. hanya satu perlu kau pelajari, beri sokongan. beri cooperation dalam englishnya. bagaimana kau mahu Dia berkati kau, sedangkan kau mencaci insan lain ciptaanNya walaupun dari tanah yang sama? ingati lah.

3 comments:

Zafirah Feyra said...

harap ko bersabar ar. kdg2 aku pon ilang sabar tgk asyik ko je yg wat keje. tapi papehal pon ko dah bebas beb. beban slma nie maybe dah tertukar kpd org laen. kalo org tu ta tahan, biar tukar lagi kpd org laen. biar semua rasa ape yg ko rasa. bgs jugak kan kan?

Noor Arifa said...

sayang anis,
kau dah bazirkan satu entry utk org yg sia-sia.
tsk.
kenapa tak call cerita sama aku?
ni aku sedih ni.

Kim said...

lol. cool gila penulisan kau. hen hao! i like! hakim here btw. long time no c n contact de - -; nasib baik jumpa sub punya fb thus jumpa bekbek dan kau punya.shit. wat d shit is doin btw d two dots? i aint sure. link my blog even thou it aint as cool as urs XD www.believe-in-possimpable.blogspot.com

p/s:aku tangkap blakang laki tu,kau tumbuk perut