hayya nab'idil karaha.

dengan hanya aku menghela nafas, tak bermakna aku lepaskan semuanya apa yang aku simpan.
banyak sangat niat yang aku nak realisasikan.
liberasi yang cukup ruangnya untuk aku terus terbang.

aku mahu bermain piano seperti ray charles.jazz, blues, buat aku relax.
mahu bermain pedang dan berlawan seperti Achilles berlawan Hector.
mahu juga aku menulis seperti Nicholas Spark yang mampu tulisannya difilemkan.seperti penghargaan.
teringin juga aku menolong orang seperti oprah winfrey.
lagi aku teringin jadi pergi melancong tempat-tempat terindah dunia, seperti taj mahal, The Grand Canyon,The Iguazu Waterfal,...macam orang kaya.
banyak sangat yang aku mahu..

kita pandang hidup dari pelbagai sudut. pelbagai pandangan dapat kita lempar.
ada yang di atas, ada yang di bawah..jika di atas, menguji imanku pada Yang Esa, bila ku di bawah, buatku semakin kuat untuk tidak mengalah.
harap rodaku makin pusing ke atas. kalau tertulisnya qada' dan qadar aku sebegitu..
aku bersyukur. dengan apa yang aku ada sekarang.
walau tak dapat apa yang aku bayangkan, alhamdulillah ada apa yang aku perlukan.
tak meminta lebih, tapi aku berusaha untuk memperbaiki. hari ke hari. kalau tidak, manakan esok lagi baik dari hari ini.
mahunya junjung syukur aku itu, tapi tak terdaya.
terlalu besar.
sampaikan paksi bumi mampu berubah dengan besarnya syukur aku itu.


tadahku hanya untuk Allah s.w.t
Dia Maha Kaya.
amin.

No comments: