mereka menggelarkan mereka, kawan.

Tuhan, sesungguhnya ada tika detik,
aku sangat merindui mereka.
ada ketikanya, aku bertanya, kenapa menemukan aku dengan mereka,
si penggeledah ruang hati yang hanya mereka mampu mampatkan,
sesungguhnya, aku sedar, jika tidak, aku tidak akan menjadi aku, hari ini.

Tuhan, mereka sahabatku,
sememangnya tertulis di alir tangan aku, aku mempunyai mereka.
sesungguhnya, aku tak tipu, aku bersyukur.
kerana, mengenali mereka, adalah satu keberuntungan
berilah ia sebesar-besar rahmat dari Mu, Maha Pencipta,
menjadi sahabat mereka, adalah takdir,suratan,
yang amat menakjubkan,dalam fana ini.


- ditujukan kepada semua yang apa aku gelar, kawan.
terima kasih. ;)

1 comment:

J said...

ajijah like this!