2-3 hari ini

perkara paling teruk berlaku pada 2-3 hari lepas, hari ini, mungkin esok, juga lusa.
dara rindukan uda
:(

geram macam haram.

'Bukan beralah kecewa kerana cinta
Tapi berjuta kecewa kerana rindu...


tulisan hati kembali. bagi aku, menulis di papar ini bukannya hendak menunjuk, bukannya hendak mengutuk, tetapi apabila timbul perasaan yang makin sukar aku mendefinasikan dan juga makin hilang kata-kata keputusan, aku tulis. kadang-kadang niat untuk menyindir, kadang-kadang untuk berkongsi. bukannya apa. selagi perasaan itu mampu hati telan, mampu dipersis, aku biar die pergi. selagi bertenggek, aku luah dengan tulisan. itu saja jalan yang aku belajar.


*senyum kambing*

sebulan yang rasanya sukar bagi aku. rasanya jauhnya tangga 30 hari. entah kenapa. mungkin banyak habuk-habuk duga yang harus aku bersihkan.permulaan dengan dugaan keluarga. aku rasa makin bosan dengan apa itu keadilan. bukan tak percaya wujud, tetapi belum nampak. begini. sudah hampir satu dekad menuntut hak, namun selalunya kalah, kerana aku rakyat biasa. apa yang aku panggil ayah, hampir sedekad tak beri aku hak sepatut.nafkah. kasih sayang jangan cakap.langsung aku tak rasa. ibu adalah segala-gala. bila di meja pengadilan, dia tak datang. sekali lagi fail dibuka, dia tak datang. jadi, alasan itu diterima untuk dia melepaskan diri.masa itu, aku kecik-kecik lagi. pegi mahkamah pun, mintak ice-cream. sekarang, aku dah pandai bercakap, pandai apa itu undang-undang, aku menuntut. sekali lagi, mohon fail dibuka. harus panjat tangga itu, tangga ini. wang dihabis, kudrat tak aku kira. hanya untuk aku, ibu dan adik-adik aku. aku tak malu. sedang aku berjalan menuntut apa hak aku, 'dia' senang lenang gelar aku anaknya setelah aku jadi orang, namun ditendang masa kecil? pirahhhh. aku tak ada niat untuk berkurang ajar, kau tak fikir ke aku pun ada perasaan, ada keperluan? aku ini apa? anak kau tau. aku tak kurang ajar, cuma mengingat. harap kau datang selesaikan di meja hakim 25hb ini. langsaikan hutang sebelum disoal kelak. subhanaallah. kau tetap ayah aku. dah aku janji pada empunya dunia ini sebelum aku tahu apa itu udara, akan ku berbakti pada kedua ibu bapaku. tak kira apa. akan aku tunai. namun, sebelum itu, aku hanya menagih apa yang dipanggil nafkah? tak salah kan? kesian ibu, kesian sungguh. seperti catwoman. mati, hidup semula. aku harap aku seperti dia. aku harap, aku punya kekuatan seperti dia.


*tarik nafas..*


kita asyik jaga hati orang, lupa akan hati kita. asyik sayang orang, lupa akan sayang kita. bukannya selalu langit itu biru, kadang-kadang ada kelabu jua. kadang, menangis jua sang awan. bukannya selalu mentari timbul, kadang-kadang petir menjenguk jua. kita tak tahu kenapa hujan, kenapa petir, kenapa banjir, hanya kita bersabar apabila ia datang. berdoa agar suria tak curang pada hari berikutnya.aku bukannya selalu gembira sayang. aku bukannya pelakon terbaik dengan senyuman siang dan malam di bibir sedangkan hati menangis? aku tak cukup kuat kawan. bila aku selalu senyum, selalu tegur-tegur, bukan bermakna aku tiada masalah ye? aku hanya sorokkan dengan tembok halimunan agar tak dinampak orang. agar tak dirisau orang. tapi sampai bila tembok mampu tahan dengan air bah? buatlah dengan emas sekali pun, tetap akan roboh. jadi, bila roboh, harap mereka faham. si dia tengah berduka. jadi, biarkan dia. jangan dikacau. jangan diganggu. berikan dia ruang untuk menggembirakan hatinya yang rawan itu sengan sendiri ye?sebab aku dah lama tak tegur, dah lama bermasam muka, jadi aku digelar sombong? ah, aku tak kisah kau gelar aku emo, aku poyo. itu hakikat. cuba sebentar pakai kasut aku, cuba seminit menjadi aku, mampu kau tahan? seperti aku boneka kepada semua. menggembirakan kamu. jangan eksploitasi tabiat aku. jangan kau ungkit apa aku.
dan tolong jangan mencari publisiti murahan dengan hendak bercakap dengan aku, dengan cara mencari gaduh? seperti kau mencurah petrol ke dalam api, seperti kau kacau sarang harimau? memang kau mahu mati. jangan salahkan aku, jika hanya 2-3 hari aku tak bercakap, berlarut sampai bila-bila. aku dah malas guna phrase "forgive,but not forget" because i realize, forgive but is not enough. kau lumpuhkan percaya aku pada kau. lain kali, jangan gelar orang sebegitu, jangan kau tuding jari salah siapa, jangan kau angkat tangan kononnya macho untuk bertumbuk, poooooodaaaaaaaaaa! kau gelar orang pondan, at least mereka tak sorokkan diri mereka. mereka lucutkan dinding palsu mereka, tak macam kau, makin hari, makin kau bina dinding palsu kau, kan gay?? dah. aku malas nak cakap. berbuih aku cakap, kau tetap ada jalan untuk tangkis. sampai bila-bila kau tak faham. kau buat aku terfikir, antara aku, atau kau, tempatnya bukan di sini?


************

terima kasih pada mereka di belakang aku. terima kasih pada kamu yang masih berdiri memapah aku bila aku sedang jatuh. aku tahu, terima kasih tak cukup, tapi, apa lagi mampu aku bilang? aku berterima kasih.


-hari ini, bukit jalil penuh. luar biasa. gomo kelate gomo!!!-

hari ini, 16 oktober.

a little thing have change for me,
but thats will be OK.

suara dalam tekak

semalam, boleh lagi aku melalak. sudah banyak kali aku sakit tekak. ingatkan, macam penyakit rutin. sampaikan, makin hari, makin serak aku. aku buat tak peduli. selalunya, tak sampai 2-3 hari, sakit tekak aku dah pergi. tapi, entah kenapa, semalam die setia sangat. sampaikan aku tak boleh bercakap, tak boleh makan, memang nak kasi dunia diam sebentar.
****

sakit tekak aku tak hilang2. bilang doktor, aku ada masalah tonsil. bahayanya, aku tak perlu risau. kecil-kecialan sahaja. jadi, bergantung pada ubat, pada air masak, pada rehat, aku harap aku mula sembuh. insyaallah :)


*hati makin rawan, seribu kemungkinan berlegar-legar*
*itulah perempuan, kami fikir mendalam*
*jangan salahkan kami*

sunday oh sunday

"And no matter what I do, I feel the pain
With or without you...."



lalalalalalalalala.....

come and sit here. be my another half. to complete me.

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu, gurunya mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar: cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita
sayang? Macam mana nak jaga kasih sayang itu berkekalan?
Cikgu: ok. kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput
sambil memandang rumput di depan kamu. pilih rumput yang PALING cantik dan
PALING menarik hati kamu tanpa menoleh ke belakang sekali pun. Sudah petik,
bawa naik ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun dengannya. cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: tadi, masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik sekali. memang ada
banyak rumput yang paling cantik. tapi, cikgu cakap, petik yang paling cantik, maka
saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik, tanpa menoleh
ke belakang lagi. tapi, sampai ke penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling
cantik. mungkin ada di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi, cikgu da
cakap tak boleh menoleh ke belakang lagi, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

cikgu: ya. itulah jawapannya. maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang
kita sayang, dan dia menyayangi kita, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.
kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya, jangan kita menoleh
ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.dan ingatlah, orang yang kita
sayang, adalah yang paling cantik untuk kita walaupun masih banyak yang cantik-cantik.
belajarlah untuk menghargai orang yang kita sayang, dan juga menyayangi kita.

pelajar tersebut mula terfikir-fikir dengan jawapan cikgunya dan mula memahami, apa itu kasih sayang.
sengaja aku postkan email yang sudah lama kiranya aku simpan dalam inbox aku. sengaja aku paparkan, takut-takut aku terlupa pada si kasih. sebanyak mana aku sayang, sebanyak mana aku kasih, tetap sedikit yang aku hargai. aku mohon ampun pada yang mungkin kiranya aku terlepas pandang. aku hargai sebenarnya. cuma kadang-kadang, aku alpa. aku mohon ampun sekali lagi.

satu perkataan: yeah!

malam ini mulai gembira.
mulai ceria.
mulai suka.
harap-harap, malam esk pun serupa.
:)