Kepada Semua

hidup ini hebat.
ia hanya untuk orang yang kuat. aku mengaku, aku bukan.
dugaannya terlalu tebal untuk aku tembus, terlalu kecil aku untuk aku pikul.
namun aku tahu, Dia tetap sayang aku.
aku hambaNya.
ya, aku redha.


aku perlu sendiri.
untuk seketika, untuk sembuh.
dan ini memerlukan waktu, waktu yang panjang,
untuk kembali kepada sediakala,
menjadi,
Anis Sofea.

kanak-kanak, 2011

betul kata rakan aku.
aku buka sahaja facebook, ada saja adik-adik perempuan yang berstatus macam-macam.
gelak kecil aku.

" I love you abang."
"ILYSM, sayang"
"I miss you"


dah la baru belas-belasan tahun.
ada yang baru abis upsr pun.
apa kau orang tahu tentang cinta, rindu,sayang, perhubungan? tak tahu bukan?
lebih baik berbalik pada buku, pada cikgu, pada papan hitam,pada keluarga,
itu lebih menguntungkan.
kakak cakap serius.

aku rasa, waktu umur aku sebaya kamu,
aku pun tak puas main masak-masak lagi.
kejar-mengejar sambil angkat kain, apa nak malu, dalam ada seluar panjang.
tak kenal, mana perempuan, mana lelaki.
semua aku tampar. ;)

kanak-kanak sekarang lebih beremosional.
aku rasa, tak bagus.
jom, nikmati zaman kamu. sebelum kamu sedar, kamu betul-betul rindu,
zaman kanak-kanak kamu.

kepada sesiapa yang bertanya,
aku bukannya menulis untuk mencari nama populariti.
aku juga tak minta untuk di-agung agungkan dada blog aku ini.
aku menulis secara suka-suka.
medium untuk aku suka-hati kerana di sini,
aku tak bertemu manusia.


hey, jangan anggap aku kera sumbang yang mahukan sendirian.
aku suka kepada keriuhan.
sebab dengan manusia-manusia juga, aku hidup. aku adalah sebahagian daripada mereka.
tapi kadang-kadang, perlu juga sesuatu tempat untuk mencari damai hati.
meluahkan apa terbuku, apa yang semua orang tak faham.
kan setiap kita bermisteri.


dan sebagainya.
jadi setiap orang ada caranya,
tak perlu tanya kenapa aku tak hias-hias cantik blog aku,
letak gambar bedozen-dozen dengan setiap megapixel,
sebab aku suka dengan cara begini.
dengan ayat-ayat begini. aku tahu aku poyo. HAHA!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

rifa, jumpa isnin ini. Muah!

sudah forever 21.

9 Januari 2011.

yeah. genap aku 21 tahun. boleh la aku katakan, aku adalah forever 21.
di mana mungkin tahunnya berubah,
angkanya menaik,
tetapi orangnya, tetap sama.


selamat hari lahir, anis sofea.
kamu hebat.

aku pernah hilang orang yang lebih aku sayang, dari kau.


salam tirai 2011.

syukur tak terhingga aku, aku masih punya kudrat untuk mula menulis, lahirkan rasa.

karna, aku bukanlah manusia yang kebal dengan rahsia, aku sangat rapuh.
ya, aku sangat rapuh dengan rahsia, aku sangat rapuh dengan perasaan.
apa sahaja aku rasa, aku fikir, aku akan luah.
tak pernah sekali aku gagap, malu untuk luahkan rasa,
pada siapa yang aku gelar sahabat, walau sekejap saat aku kenal.
itu kelemahan aku.mudah untuk menggelar mereka kawan sejati, kawan sehidup semati.
rupanya mereka si bangsat penikam, belakang depan, mereka tak kira.
hanya mereka tahu, tengok sesama rakan mereka hancur,
supaya mereka mampu gelak ketawa besar,
"Oh, padan muka. aku bukannya kawan kau, BODOH".
aku sudah tidak percaya pada manusia,
yang segelintir mereka gelarkan diri mereka kawan kepada aku.

aku sudah cukup misteri untuk kau terokai,
jadi, jangan teruskan.
kau mungkin akan temui, sesuatu yang terlalu ikhlas.
jadi jangan hancurkan, kerana ia terlalu pahit untuk pulih.
tolong kasihani aku,
jika kau bukan sahabat kepada aku, tolong ingatkan aku.
maafkan aku kiranya aku pernah sakitkan kau,
as i said, 21, i'm still growing up,and what i did is not what i am.
I'M SORRY.

terima kasih yang paling ikhlas aku ucap pada mereka yang masih setia,
yang jauh, yang dekat,
ikhlas aku ujar, aku sayang, kasih pada anda semua.
sumpah, aku sayang.
cuma kadang-kadang aku terlupa, anda semua ada.
aku hanyalah manusia,
dan bahan ujikaji syaitan.ampun.
jangan berhenti kawan dengan aku,
sampai bumi berpecah dua,
sampai sangkakala ditiup. InsyaAllah.


love,
sofea.

semuanya akan baik.

setiap tahun mesti ada azam.
azam yang terkumpul, masih tak terlaksana.
agaknya, aku pun dah lupa apa azam aku tahun-tahun lepas.
aku dah serik!

kembali ber-azam. tak mau dah list banyak2.
satu ja, semoga tahun 2011, semuanya akan baik.
amin.

cuti.

cuti panjang dah start ;)
perkara terbaik yang terjadi setakat ini, sampai tahun depan januari 2.




banyak cerita-cerita yang aku dengar.
cerita tentang orang, tentang kehidupan.
aku kesian, kepada si anak kecil yang tak berbin kan itu.
makin pandai berjalan, pandai berjenaka,
takut-takut pandai bertanya kelak.
dek kesilapan ibu, emaknya sendiri.




jauhkan aku dari maksiat, zina lahanat.
aku cumakan suami yang halal, zuriat yang halal.
tak namenye rezeki?

khas buat dajal pencuri.

surat untuk pencuri handphone aku dan eddie.

awak,
terima kasih kerana menjadikan hari ini hari paling membengangkan aku walaupun motif sebenarnya hanyalah untuk berjoging bersama eddie di Bukit Jalil, n it was my first time jog kat sana.
sangat-sangat terima kasih.
awak tahu, saya tak berapa kisah sangat dengan duit RM7 saya dan RM40 eddie saya, saya tak kisah juga dengan handphone sony K810 dan 3310 saya, saya cuma kisahkan handphone eddie's saya.

dah hampir 3 tahun saya pakai handphone tuh,
dan baru je abiskan RM100++ untuk repair,
saya tak kisah awak ambil.
kalau ye pun, pegi la curi handpone yang ribu-ribu sikit harganya,
baru awak digelar pencuri class!
saya tak kisah, sebab awak memang tak ada hati perut.
saya bukannya orang kaya yang setiap bulan ada saja model baru keluar,
saya akan cuba. saya tak begitu.
saya kena kerja berbulan-bulan, berpenat berjam-jam,
baru dapar handphone saya sendiri. itupun mak bapak kena tambah.


awak,
awak tak kesian ke kat eddie saya,?
dia baru saja beli handphone tuh? tak sampai sebulan pun,
dengan penat lelah angkat-angkat papan,
buat kabinet sana-sini, tak rehat,
semua number customer dalam sim tuh,
yang paling penting, semua gambar eddie dan saya ada dalam phone tuh.
semua memori.

saya tak kisah dengan handphone yang awak amek,
saya tak kisah dengan duit-duit dolar, and some countries nye duit awak nak ambil,
saya cuma nak,
gambar saya dan eddie, dalam phone kami.
itu saja.
sebab itu,
kenangan kami.
tolong, saya merayu.


, sofea.

NOVEMBER

apabila november datang,
apabila november singgah,
apabila selepas november, december pula,
aku yakin, aku tahu,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
9 january dah tak lama.
;))

sayang, kelantan menang.

sangat klise,dalam mana-mana filem,
watak guru je, mesti kena baik.
watak guru je, mesti bertutup litup.
beri aku nama filem, yang watak gurunya, seorang yang jahat?
yang degil, yang gila,
melainkan yang suka mengumpat dan dengki.
dari kecil, sampai dewasa, hanya watak guru yang dilihat baik indah.
mampukah aku pikul watak tuh,
dalam 4 tahun lagi?


* di atas, hanyalah intro.*
okay, fine. kelantan menang. kan dah kalah bet. ;)
hari itu, dengan sakit perut seperti tali perut tak mampu nak menahan angin yang berlegar-legar dalamnya, pergh, bagai nak tercabut nyawa aku muntah.
tambah dengan muntah, tambah lagi dengan cirit.
then, its perfect! mana satu aku nak keluarkan dulu?
*depan belakang tak sabar-sabar nak keluar*
SHIT!

tengah orang dalam rumah aku menjerit-jerit dek tersasar gol,
dek aidil yang nampak handsome kena keluar padang,
dek jang oh jang dah dapat 1 gol,
dek gomo kelate gomo dah menang,
memang tak ada seorang pun dengar jerit aku. tak ada.
aku pun tak dapat abeskan tengok perlawanan bola yang rasanya bagai perlawanan baling botol dan mercun dalam stadium itu,yang memperlihatkan mentaliti orang kita,
aku terus tidur, yang mimpinya, yakin kelantan menang.

takut-takut, terbakar Stadium Negara kang.
admit, kalau tak kerana Kelantan, aku tak sedar, Malaysia masih ada game bola sepak.
ye la, Stadium kang dah jadi tempat konsert,
tapak fiesta-fiesta, paling koman pun, tapak buat filem.
filem drift sana-drift sini, lagi banyak guna CGI dari lakonan betul,tuh la tapak stadium,
betul!

around 2 am.
aku sedar, tekak tak sedap, muntah asyik inginkan diluak.
sumpah, sakitnya, aku tak dapat gambarkan.
dah lama tak muntah, agak-agak dah 5-6 tahun.
muntah punya banyak, sampai terluka anak tekak. mana tak, minum air pun perit.
sekali lagi, tak ada yang dengar. semua tidur lena dek meraikan kelantan.

aku kejutkan nenek, aku kejutkan eddie.
aku yakin, mereka mesti bangun. mesti!
le le tuh juga, aku ke klinik. kena sekali injection, lege skit.
balik rumah, eddie dan nadia temankan aku, sehingga aku benar-benar lena.
hingga aku benar-benar bermimpi.
baru eddie balik rumah.
dah la hari itu, die kena ke Shah Alam berkali-kali,
buat set kabinet yang besar-besar,
esoknya ada kabinet yang najk keluar,
janji dengan customer pukul 10,

dia tetap balik selepas aku tidur.
pukul 5 pagi.

entry that will be continue.

happy 1st anniversary, sayang.











, sofea.

bodoh!

korang pernah jumpa orang yang betul-betul banyak persamaannya
dengan kamu?
boleh dikatakan, kamu tiada dalam dunia, 'Takpa, dia kan ada'
rasanya, darah kami pun, boleh bersatu, kalau dikira DNAnya lah.
aku cakap, betul-betul banyak persamaan.

.
.
.
.
.
.
.
.

aku dah jumpa selama ini,
tapi, aku tak sedar.
bodoh!
kan dia dah menyeberangi lautan.

hormone.

dalam kiraannya, kira-kira tak sampai seminggu akan masuk exam week.
haha, ini lah minggu, paling aku tak sabar.( oke fine, bajet dah ready )
actually, tak la banyak sangat papers nak cover.
4 jah! tapi, jangan risau, semua tough.
jadi, hormon adrenalin aku akan tidak akan beberapa stabil untuk 2-3 minggu ini, yang pasti, akan kembali normal pada 15 hb depan. itu aku CONFIRM!!!

;
ampun,
pada sesiapa yang kena tempias ketidak-seimbangan hormon exam ini.
bukan sifat sebenar, cuma reflect dari naik-turun hormone neh.
jadi, minta ampun, sesiapa yang tetiba aku tertinggi suara,
tak jawab soalan, tapi bagi penangan mata berbisa,
ternangis, tak tahu kenapa,
terpukul tertampar, terkasar bahasa.
ampun, nak exam dah kan?



ala, korang pun ape bezanya? ;)

terima kasih, google-ling. u buat hidup semua orang happy.

ctrl c, ctrl v = thank you again, google-ling.

ayah.

sumpah, aku jelous ya amat dengan budak kecil tuh, berbaju pink.
aku jeles.



rasa dah lama sangat aku tak bersemuka dengan ayah.
Bertahun-tahun juga rasanya.
Agak-agaknyalah,

masih ingatkah dia dengan raut wajah yang miripnya ini?
masih ingatkah dia dengan dua tapak tangan kecil dulu, yang selalu dipimpin dan dikucupnya?
masih ingatkah dia dengan senyum tawa ini, yang tidak berubah dari dulu, sampai sekarang?
masih ingatkah dia, anak manja nya ini sudah 20 tahun?
masih ingatkah dia dengan tangisan yang mampu cairkan hatinya dulu?
masih ingatkah, darah yang mengalir dalam badan ini, adalah darahnya?


kerna, aku tak pernah lupa dia.
Mohamed Rashidi b. Mustaffa.

ujian, sekali lagi.


aku tak nafikan, aku tengah patah hati.
apa yang aku cuba tonjolkan dalam gambar, aku pura-pura.


orang yang berkahwin, yang tidur sekatil selama berabad pun, boleh bercerai, inikan pula, aku hanya setahun digelar girlfriend orang. pftptfptpfptpfptpfptpfptpfptp!!! okay, fine! aku perlukan tempat yang menarik, langit yang cerah, matahari yang senyum, winamp yang mainkan lagu-lagu paling hebat tulisannya, movies yang bakal buat aku tepuk tangan bagai nak rak, makanan yang aku rasa dari syurga, dan, tikar sejadah yang mampu menampung air mata aku ini, tatkala aku sujud..


ye, aku ok.
tuhan, Kau benar-benar menguji aku kali ini.

pakar peta dunia



aku rasa, masa aku umur dia pun, aku tak tahu, aku tinggal dalam negara apa.

jangan cakap sekarang, bakal cikgu sejarah pun, aku failed bab2 peta.
aku salute.




dah, aku malu ;(


itu zaman 80-an, tetap cool.

kadang-kadang layan lagu jiwang karat rock kapak,
amat menenangkan.
aku boldkan di situ, kadang-kadang.



umpama mimpi, dalam mimpi
damasutra.

dah sofea, pergi senyum.

at last, aku make-over juga blog aku. agak bersawang since berbuln-bulan aku tak jenguk. dan tak post apa-apa entry. patutlah sejak kebelakangan ini, aku hilang senyum. now, baru aku tahu. bukankah itu hobi kau cik piah? menulis? dah! aku bosan dengan menyalahkan diri sendiri. kalau gua asyik marah diri gua, siapa nak sayang gua kalau bukan gua sendiri? Gulp!
tiada apa-apa motif di sebalik background blog ini. Nak rasanya berseri sikit. mana-mana blog yang aku lawati, yang aku stalk-ing, semua nya ber-background. trend kot rasanya.


hari ini, aku ingin menulis secara emo.
aku peduli apa, ini papan tulis aku.
baru sekarang aku kembali kepada main point entry ini. aku bukannya sudah tidak mahu menulis, tapi, pernah satu ketika, perasaan aku naik turunnya sehingga tiada apa yang dapat ditafsirkan. aku tak pernah jumpa frasa yang sesuai,
jadi,aku kira, baik aku senyap. jadi, aku mohon maaf sesiapa yang singgah di blog aku semasa ketiadaan aku, maaflah, kosong sangat. aku janji, lepas ini, aku akan kembali di pondok blog ini.
YA! gua janji ;)

aku memang mudah serabut. dalam hati aku berkecamuk, nun jauh kalbu aku, dah kelabu.
cuma di dasarnya, aku berlagak 'cool'.
banyak sebab kenapa aku kena tenang. untuk naik semangat semula. takkan aku nak emo tambah sedih sampai mati, kan ada perasaan gembira? jangan lupa.


ini adalah faktor yang membuatkan aku agak berkecamuk, ala-ala zombie sekarang ;
1) menjadi girlfriend orang, bukan perkara pertama yang aku nak.
dalam konteks girlfriend, banyak konotasi yang aku mahu lahirkan. baiklah. aku lebih mahukan menjadi isteri. yang halal hendaknya. memang cinta dan kasih aku luhur untuk si dia, tapi kadang-kadang dugaanNya sangat kuat datang menghampar aku. serius aku cakap, aku tak cukup kuat. setiap kali berbalah, aku rasa, hendak saja cabut nyawa die. tapi, dia nyawa aku.
dia hilang, aku mati. ini perkara yang aku tahu, dan aku yakin.
aku mahu jadi girlfriend yang bukan atas nama sahaja, kawan karib, lebih tepat spesifikasinya.
secara ironinya, aku jenis yang suka melemparkan setiap pandangan atas tiap apa aku fikir.
dan ada kalanya, salah, setiap kala, aku lupa pada kesan. rentetan apa yang aku cakap, dan akal buat. dan kadang-kadang, aku kesian dengan kekasih aku.

dia penyerap segala kemarahan, keluhan, ketidak-seimbangan, kegilaan aku.
segalanya, aku letak pada bahunya, dia pun tak mampu tanggung sorang sofea!
tengok, aku mengerti. namun, kenapa masih aku begini? cis, aku perlu buang!
cinta buat aku pelik, macam mana orang boleh hidup makan bersama 20-30 tahun?
aku hanya, perlu ubah, dan ini cukup menyerabutkan aku.

untuk kekasih, aku kasih kau, jangan risau,
ini tulen. maafkan saya.

2)fikir bukan-bukan, pasal ibu.
ibu bakal menjalani pembedahan around this month. tarikhnya, aku tak pasti.2 tahun lepas, dia dah bedah. kepalanya yang timbul dengan ketulan-ketulan darah jahanam yaang makin hari membesar. aku tak pasti, apa puncanya. Dan sekarang, aku menyesal separuh mati, kenapa aku tolak untuk digelar doktor dulu. SUMPAH, aku sesal. dan sekarang, kena operate lagi. 2 tahun lepas, ibu botakkan kepalanya, untuk pembedahan ini.

aku tahu, tangisnya dalam hati. cuma untuk kuatkan diri, dia ber-pura senyum. aku tahu palsu, cuma aku kena anggukkan saja, padahal dalam hati, aku rebah.

tahun ini, cabaran bagi aku. aku kan tak mampu lihat, ibu sedih. aku harap dia kuat,
dahlah pembedahan bukan makan seringgit dua,

sebab, kalau mencecah ribu-ribu, dah banyak bagi aku.

hanya dengan tekup wajah aku dengan kedua tangan aku, cukup untuk aku sembunyikan,

air mata aku."cukuplah ibu, ini dugaan. sekali lagi"

ya, ini cukup menyerabutkan bagi aku.


3) pada masyarakat yang fikirkan, hanya mereka betul.
bagi aku, bercakap banyak, bercakap dengan fakta, tak semestinya kau betul. begini, dalam fakta, kita bermula dengan tamadun yang buta huruf hingga buta berbahasanya, cuba selongkar youtube semula, akhir zaman tajuknya. baru kau duduk, tersentak angkat tangan atas dahi.

dengan fakta pun, tak bermakna kau betul ;) populasi masyarakat seperti ini tak banyak, cuma cukup menjengkilkan aku. sampai akhir zaman, tetap akan ada golongan seperti ini. mereka hanya tahu, mereka saja betul, dan semua di kelilingnya, mereka tempis. Tempiasnya, aku gelakkan saja, dalam hati. bertapa sekarang, orang dah tak guna kaedah seperti itu,
cakap besar-besar, cakap gah-gah,
bermakna kau betul.
orang makin ada akal, orang fikir kritisnya.
jadi, tolong. aku dah tak sanggup dengar propaganda palsu anda.
cukup mengjengkilkan, YA CUKUP MELUATKAN

cukuplah buat pertama kali, aku menulis sepanjang ini.
selepas diam, sementara.
kau pun tahu kan, aku takkan boleh hidup tanpa papan tulis.
tanpa menulis.
buat kekasih, jangan tinggal saya.
awak, udara saya.



"He has created both sexes, male and female,
from a drop of semen which has been ejected"
(The Qur'an, 53: 45-46)

tuhan dah cukup adil, bagi saya awak.

perempuan gila, bermatakan biru.dah, pergi senyum.

semalam berbuka di Flaming, Sunway. Alhamdulillah, tak terkira syukurnya aku kerana masih dapat berpuasa hingga ke 10 malam terakhir Ramadhan.

TQ sayang.
ohh, aku rasa sangat adil, aku tak benarkan post aku dikomen.
hey stalker. aku tahu kau. jangan kaji aku dalam sangat.
;)

mana pergi kemanusiaan sehingga maruah negara dipijak?
propaganda semata-mata.
selamat menyambut kemerdekaan, ke-53.