at last, aku make-over juga blog aku. agak bersawang since berbuln-bulan aku tak jenguk. dan tak post apa-apa entry. patutlah sejak kebelakangan ini, aku hilang senyum. now, baru aku tahu. bukankah itu hobi kau cik piah? menulis? dah! aku bosan dengan menyalahkan diri sendiri. kalau gua asyik marah diri gua, siapa nak sayang gua kalau bukan gua sendiri? Gulp!
tiada apa-apa motif di sebalik background blog ini. Nak rasanya berseri sikit. mana-mana blog yang aku lawati, yang aku stalk-ing, semua nya ber-background. trend kot rasanya.
hari ini, aku ingin menulis secara emo.
aku peduli apa, ini papan tulis aku.
baru sekarang aku kembali kepada main point entry ini. aku bukannya sudah tidak mahu menulis, tapi, pernah satu ketika, perasaan aku naik turunnya sehingga tiada apa yang dapat ditafsirkan. aku tak pernah jumpa frasa yang sesuai,
jadi,aku kira, baik aku senyap. jadi, aku mohon maaf sesiapa yang singgah di blog aku semasa ketiadaan aku, maaflah, kosong sangat. aku janji, lepas ini, aku akan kembali di pondok blog ini.
YA! gua janji ;)
aku memang mudah serabut. dalam hati aku berkecamuk, nun jauh kalbu aku, dah kelabu.
cuma di dasarnya, aku berlagak 'cool'.
banyak sebab kenapa aku kena tenang. untuk naik semangat semula. takkan aku nak emo tambah sedih sampai mati, kan ada perasaan gembira? jangan lupa.
ini adalah faktor yang membuatkan aku agak berkecamuk, ala-ala zombie sekarang ;
1) menjadi girlfriend orang, bukan perkara pertama yang aku nak.
dalam konteks girlfriend, banyak konotasi yang aku mahu lahirkan. baiklah. aku lebih mahukan menjadi isteri. yang halal hendaknya. memang cinta dan kasih aku luhur untuk si dia, tapi kadang-kadang dugaanNya sangat kuat datang menghampar aku. serius aku cakap, aku tak cukup kuat. setiap kali berbalah, aku rasa, hendak saja cabut nyawa die. tapi, dia nyawa aku.
dia hilang, aku mati. ini perkara yang aku tahu, dan aku yakin.
aku mahu jadi girlfriend yang bukan atas nama sahaja, kawan karib, lebih tepat spesifikasinya.
secara ironinya, aku jenis yang suka melemparkan setiap pandangan atas tiap apa aku fikir.
dan ada kalanya, salah, setiap kala, aku lupa pada kesan. rentetan apa yang aku cakap, dan akal buat. dan kadang-kadang, aku kesian dengan kekasih aku.
dan ada kalanya, salah, setiap kala, aku lupa pada kesan. rentetan apa yang aku cakap, dan akal buat. dan kadang-kadang, aku kesian dengan kekasih aku.
dia penyerap segala kemarahan, keluhan, ketidak-seimbangan, kegilaan aku.
segalanya, aku letak pada bahunya, dia pun tak mampu tanggung sorang sofea!
tengok, aku mengerti. namun, kenapa masih aku begini? cis, aku perlu buang!
cinta buat aku pelik, macam mana orang boleh hidup makan bersama 20-30 tahun?
aku hanya, perlu ubah, dan ini cukup menyerabutkan aku.
untuk kekasih, aku kasih kau, jangan risau,
ini tulen. maafkan saya.2)fikir bukan-bukan, pasal ibu.
ibu bakal menjalani pembedahan around this month. tarikhnya, aku tak pasti.2 tahun lepas, dia dah bedah. kepalanya yang timbul dengan ketulan-ketulan darah jahanam yaang makin hari membesar. aku tak pasti, apa puncanya. Dan sekarang, aku menyesal separuh mati, kenapa aku tolak untuk digelar doktor dulu. SUMPAH, aku sesal. dan sekarang, kena operate lagi. 2 tahun lepas, ibu botakkan kepalanya, untuk pembedahan ini.
aku tahu, tangisnya dalam hati. cuma untuk kuatkan diri, dia ber-pura senyum. aku tahu palsu, cuma aku kena anggukkan saja, padahal dalam hati, aku rebah.
tahun ini, cabaran bagi aku. aku kan tak mampu lihat, ibu sedih. aku harap dia kuat,
dahlah pembedahan bukan makan seringgit dua,
sebab, kalau mencecah ribu-ribu, dah banyak bagi aku.
hanya dengan tekup wajah aku dengan kedua tangan aku, cukup untuk aku sembunyikan,
air mata aku."cukuplah ibu, ini dugaan. sekali lagi"
ya, ini cukup menyerabutkan bagi aku.
3) pada masyarakat yang fikirkan, hanya mereka betul.
bagi aku, bercakap banyak, bercakap dengan fakta, tak semestinya kau betul. begini, dalam fakta, kita bermula dengan tamadun yang buta huruf hingga buta berbahasanya, cuba selongkar youtube semula, akhir zaman tajuknya. baru kau duduk, tersentak angkat tangan atas dahi.
dengan fakta pun, tak bermakna kau betul ;) populasi masyarakat seperti ini tak banyak, cuma cukup menjengkilkan aku. sampai akhir zaman, tetap akan ada golongan seperti ini. mereka hanya tahu, mereka saja betul, dan semua di kelilingnya, mereka tempis. Tempiasnya, aku gelakkan saja, dalam hati. bertapa sekarang, orang dah tak guna kaedah seperti itu,
cakap besar-besar, cakap gah-gah,bermakna kau betul.
orang makin ada akal, orang fikir kritisnya.
jadi, tolong. aku dah tak sanggup dengar propaganda palsu anda.
cukup mengjengkilkan, YA CUKUP MELUATKAN
cukuplah buat pertama kali, aku menulis sepanjang ini.
selepas diam, sementara.
kau pun tahu kan, aku takkan boleh hidup tanpa papan tulis.
tanpa menulis.
buat kekasih, jangan tinggal saya.
awak, udara saya.
"He has created both sexes, male and female,
from a drop of semen which has been ejected"
(The Qur'an, 53: 45-46)
tuhan dah cukup adil, bagi saya awak.
perempuan gila, bermatakan biru.dah, pergi senyum.
No comments:
Post a Comment