malam ini mulai gembira.
mulai ceria.
mulai suka.
harap-harap, malam esk pun serupa.
:)
cahaya ; matahari.
bilah-bilah cahaya menyilaukan mata aku pagi tadi
mahu saja aku kibas si cahaya ini, injak seinci pun cukup
agar aku tak silau lagi, selesa aku kunya kuih raya ini
bagaimana mahu injakkan sang cahaya, dia jujur di tempatnya
ikut sahaja putaran bumi di keliling matahari, imbaskan sayap cahaya di tempat sepatutnya
tak patutku harap begitu;
nampak sangat aku yang malas mengangkat pungung ke kerusi sebelah.
malas.
*assignment; malas.

kosong.
bismillahirahmanirahim..
mari lena sebelah aku. pinjamkan bahu untuk aku menghela sunyi ini.
tak punya hati lagi, tak punya rasa, tak punya jiwa.
entah kenapa ia tak lembut seperti...........dulu.
walau ada hati lain mengetuk, pintunya tetap ku kunci.
mangga paling kuat aku letak. hanya satu aku pinta pada si pengetuk yang baru...
tolong leburkan.
leburkan dengan perlahan-lahan. ada lumut di situ.
bagi aku ruang di luar untuk bernafas. pinjamkan aku udara.
kerna sudah lama aku sunyi. ampun kekasih.
mari lena sebelah aku. pinjamkan bahu untuk aku menghela sunyi ini.
mari peluk aku. jangan lepas lagi.
mari pinjam kasih kamu. takut aku mati sekejap lagi.
si manis.
ayat paling manis aku dengar untuk malam ini,
" kau memang supergirl, yang kau perlu, superMAN je jadi pelengkap..."
:) moch.
tq.
raya tahun ini, 2009.
gambar terbaik raya tahun ini, kredit pada lydia berjaya buat muka comel itu, dan aku sehodoh ini. tahniah. seperti raya ini terbaik dari tahun-tahun lepas.
punya hari yang baik, cuaca yang ceria, malah mendatangkan kepuasan estetika. alhamdulillah :)
Dia beri hadiah paling istimewa untuk umatnya yang berpuasa hanya sepurnama sahaja, iaitu aidilfitri. eid mubarak bagi siapa tak faham.
***
aku sayang keluarga aku. walau tak besar, aku rasa dah paling meriah.
walau aku tak ada mak long, mak ngah, pak long, mak tam, ape2 ja la panggilan yang boleh akibatkan puak makin besar. aku tahu, itu makin meriah, dan juga makin gundah.
alhamdulillah, aku dikurniakan keluarga sekecil ini, cukup 1 kereta kalau mahu kemana-mana.
masing-masing senang jaga perasaan sesama sendiri. doa-doa tak berkelahi ya. mana lagi mahu aku bertumpang kasih kalau tak mereka-mereka ini? ya allah.
pagi raya makin cerah, buat aku rasa udara makin sayang aku. senang aku hirup. rasa katarsis menyelubungi badan ini bila dengar takbir raya, buat bendalir darah laju ke mengalir ke aortanya, irama paling indah setiap tahun kutunggu untuk ku nikmati. :) buat aku tenang.
aku bersyukur. masih belum kesempatan ke sape2 punya pusara lagi untuk raya tahun ini. masih tak mampu bayangkan, tahun depan, tahun seterusnya, ku ziarahi pusara kepunyaan antara kesayanganku, tak dapat bayangkan. subhanaallah.
******
-kasih nadia, nurlis, reifly, askar paling kuat aku pernah temu. tak berdarah walau ditembak, tak mati walau dipanah. kubu aku paling kental.
-kasih ibu, die separuh dari aku. hanya die, mampu buat aku kenal separuh aku.
-kasih mak, sampai syurga. tak ada lagi pendengar sebaik kamu di dunia. :)
-kasih paksumi, n maksu elin, mereka pelengkap dunia keluarga aku. penolong paling setia.
syukur, aku punya mereka.
dari dulu, selama.

maaf.
tiada mood untuk seminggu ke hari raya.
perasaan yang bergundah akibat apa yang digelar kaum adam.
ceh! buat aku perasan je kan? suke la kau orang.
nota kaki: aku beraya di puchong, seperti koleksi raya aku tahun-tahun lepas.
raya depan tv. sekian. siapa ada kampung, dermalah pada aku.
dahaga suasana kampung. sangat dahaga.
rindu.
rindu itu seksa.
pedih kau tahu? buat keadaan makin tak terkawal. gelisah setiap kali melihat potret-potret mereka. kan bagus kalau gambar-gambar ini boleh bercakap? ala-ala dalam cerita bujang lapok si eni bercakap dengan boyfriendnya. kan?? banyak sangat yang aku rindu. orang yang tak sepatutnya saya fikir, ada tempat dalam kerusi fikiran. macam mana?
*rindukan tomyam cafe matrik*
*rindukan sahur di cafe, tak seperti sekarang*
*rindukan berbuka puasa time-time kering duit, oh, kami kongsi syiling*
*rindukan matrik la senang cakap..*
*paling ya, aku rindu dia. star*
*tarik nafas*
sudah fasa kedua teraweh aku sempurnakan. alhamdulillah, surau tempat ku dating malam-malam puasa ini. takut tahun depan dah tak berupaya. takut-takut. errrrr.....
****

you,you,you,you guys.
ramai bilang aku rugi kawan dengan kamu,
kamu bukanlah sejati, seperti hero-hero angkasa,
bukanlah seperti lelaki maskulin,
peduli apa.kau punya lebih dari mereka.kamu punya aku.
tak ada segelumit pun tentang kamu hendak aku ubah. kerana,
persahabatan kita. tak lekang dek waktu, tak lupus dek zaman. itu separuh mati aku janji,
pada kamu.
dulu, pernah sesunyi semaksima yang ada, seperti aku rasa tak punya graviti untuk berdiri,
dulu, pernah sesunyi semaksima yang ada, seperti aku rasa tak punya graviti untuk berdiri,
tak punya kuasa untuk meluah, tak punya apa selepas mati salahnya cinta.
tuhan masih sayang aku. beri kamu pada aku pada saat genting. walaupun keciknya waktu kita berjumpa,
itulah paling indah.kerana,
persahabatan kita. tak lekang dek waktu, tak lupus dek zaman. itu separuh mati aku janji,
pada kamu.
banyak yang saya pelajari dari kamu,kamu dan kamu.
pada kamu.
banyak yang saya pelajari dari kamu,kamu dan kamu.
pentingnya ada kamu, teman. aku mula menyanyi di bilik air, mula senyum walau tiada apa,
mula membaca puisi kembali, mula mencari matahari setiap pagi,
walaupun pernah aku katakan tidak pada itu semua. ilusi.
mula aku menyanjung seniman tanah air seperti aku telah lupa beliau seketika,
Kau Kekasihku, Percayalah, Purnama Merindu, semuanya pujaan kau. mulai aku dengar.
tak kurang hebat bukan? mulai sedar.mulai kuat walaupun separuh nyawa aku gadaikan untuk cinta.kerana,
persahabatan kita. tak lekang dek waktu, tak lupus dek zaman. itu separuh mati aku janji,
pada kamu
kamu,
kamu,
terima kasih jadi sisi saya. terima kasih jadi pendengar saya.
nadi hampir terhenti ketika menulis, terlalu agung persahabatan kamu semua.
menggigil menaip tentang kamu, tingginya voltan persahabatan kamu.
satu ucap, terima kasih sayang.kerana,
persahabatan kita. tak lekang dek waktu, tak lupus dek zaman. itu separuh mati aku janji,
pada kamu.
pada kamu.
kamu, semoga...
kita kekal bersama,
kekal di satu meja makan,
kekal menampar sesama,
kekal gelak bersama,
kekal menangis bersama,
kekal jiwa kita satu
kerana saya hanya ada 5 tahun di sini dewasa bersama kamu.
terlalu singkat, terlalu pendek.
saya harap kita tetap kawan sampai nafas terakhir menjemput.
cuma satu,
jangan berhenti kawan dengan saya.
sekelas bersama, suara berpincang.
aku fikir mahu aku tamatkan blog aku ini buat pertama kali. kemudian bangkit semula dengan perubahan url yang baru. entah kenapa, semakin hari aku makin rasa tandusnya rasa untuk menulis. bukan tak berminat, tapi mungkin tiada kelapangan waktu. aku harus menulis. ini saja buatku makin lega. ini pun ihsan dari si masa tidurku yang mampu buatku menulis pada malam 17 ramadhan mulia ini. alhamdulillah tak terhingga syukur pada Esa :)
sebelum ini, aku tulis, aku padam. ada yang berkata, terus menulis, jangan padam. tak sanggup. terima kasih pada yang kisah.
***
aku rasa sangat jatuh pada minggu ini. permulaan yang aku rasa bukan calang-calang dugaan yang menimpa aku. walau aku rasa bukan yang terhebat, tetapi mampu buat aku ranap. rasa kuat sangat.
*diam, tahan menitis*
aku tak tahu kenapa aku dipilih menjadi ketua? mengikut kriteria? tak mungkin. pengawas pun aku tak pernah pegang. mengikut majoriti? mungkin. kerna segelintir tak mahu tanggungjawab untuk dipegang, dengan satu kata, malas. mengikut umur? aku lebih tua dari mereka? jadi persoalan, mungkin aku lebih peka dengan sekeliling. bukan kehendak aku hendak menjadi ketua, bukan kehendak aku hendak buat kerja sampai tengah-tengah malam, bukan kehendak aku yang perlu hadiri perjumpaan berjam-berjam hanya untuk mendengar beberapa patah huruf yang manfaat selainnya hanya bebelan?. bukan kehendak aku juga untuk pastikan semuanya terkawal. diri sendiri makin hilang. inikan mahu jaga anak orang? pokoknya, sumpah semua aku tak kisah. mengapa masih pilih aku jika banyaknya cela aku pada kamu? kau takut. sebab tiada sapa kisahkan kamu kalau tidak aku. kalau begitu, cuma, satu yang dipinta. sama seperti pemimpin-pemimpin lain berbicara, hanya sokongan pengikut. kalau tidaknya, manakan adanya pepatah Pak Lah "bekerja dengan saya, bukan untuk saya", manakan adanya perletakkan jawatan Mahathir, semuanya di depan mata. apa yang dimaksudkan oleh mereka? bukankah sokongan yang jadi pendiding diri untuk kuat? kalau kau tak faham lagi, maaflah jika aku kata, kau yang buta si pengikut. katanya mahasiswalah, mana otak kau letak? di para lutut? berlagaklah menjadi dewasa walaupun sesaat, aku tahu, sedetik pun kau tak sanggup. hanya kau tahu, menyalahkan orang kalau mintak kau buat kerja, mencarut-carut pada pemimpin, memaki pada sesama manusia ciptaan dari yang Satu, kritik-kritik kaum hawa jika pakaiannya tak 'matching',lelap ketika dididik, lari dari sebarang pikulan tanggungjawab, hanya menunggu arahan seperti lembu dicucuk tali, itu kau nama lelaki?? itu kau nama seorang pendidik? porraahh!
***
ramai yang bilang, "ala, jadi ketua kelas je kot"."satu sem je kot, itu pun nak kecoh".. ya. memang betul. tapi, itu semua kau kisah. perasaan sesama insan ada kau kisah sayang? shhh! kau ada perasaan ke? kalau macam tuh, jadilah sebentar. kau lelaki. lebih kuat bukan? pooooraahhh sekali lagi! jangan hanya kau tahu berkata tanpa berlapik ye cik abang?, jangan nak memaki orang ye sayang? aku lihat seperti kau bercakap dengan cermin. itu kau! kau tiada apa. aku masih punya santun. kau? blah la!aku sensitif? so what? fikiran masih di tahap pro, kau? sekali aku menemplak, seribu kau bisu bersuara dengan aku. mana yang lagi sensitif ye? kau sudah datang bulan ke? *opps, kurang pasti*
****
kesian dengan orang-orang sekeliling kau. punya masyarakat minoriti seperti kamu, pencah dunia zahir mereka. batinnya mereka mengata kamu. tolong lah penya sensor perasaan. mungkin kau malu dengan dunia, betapa semuanya bertopeng dengan kamu. walaupun kawan sebelah kamu, kawan hidup mati konon, juga singgah ke majoriti bercerita pasal kamu si pengotor. tolonglah, kami tak perlu orang seperti kamu.
***
puas hati kamu, aku berhenti sekarang? bukan maksudnya aku kalah, aku cuma ambil berat. aku ambil berat dengan ketidakpuashatian kamu terhadap aku. hanya kamu ya. betapa oh istimewanya kamu hai si comot? si busuk? kau tidak suka aku, aku pergi. aku tak rugi. kau yang rugi, hilang kawan seperti aku. hilang setia aku pada kamu, dan hilang talian aku dengan kamu. kau orang asing bagi aku sejak tadi. pilihla ketua kesukaan kamu, moga dia mati macam aku. oh! dah berabad bulan aku menunggu saat, bebas. supaya aku tak payah bercakap depan kamu lagi. suara aku tak perlu kau dengar. kau tak perlu. patutlah benazir ditembak, rupanya adanya tabiat seperti kamu di dunia. kesian.
*****
untuk kamu, aku minta maaf. sebab blog aku, luahan aku. moga cepat aku lega.
ampun mungkin aku tak buat kerja, mungkin aku malas, mungkin butir kata aku kau tak suka, mungkin kehadiran aku buat kau tak senang, dan mungkin juga aku buahan caci kau senantiasa yang buat kau makin berdosa, segalanya aku minta maaf. hanya satu perlu kau pelajari, beri sokongan. beri cooperation dalam englishnya. bagaimana kau mahu Dia berkati kau, sedangkan kau mencaci insan lain ciptaanNya walaupun dari tanah yang sama? ingati lah.
Subscribe to:
Posts (Atom)