ibu.

selamat hari jadi ibu.
i love u sangat-sangat.
setiap hari, ibu la hero me.
u are my bestfriend, my mom, my dad, even my everythings.
thanks a lot ibu.

busy

sila tinggalkan pesanan anda.
sedikit sibuk sekarang.


away.

bulan jatuh ke riba, suka sama suka.

siang menjadi tentera,
malam menjadi pecinta.
mungkin juga, kau boleh bergelar pendeta,
tapi itu hanya atas nama.


i'm leaving.
isabella.

penjaga malam

aku ada penyakit baru.
penyakit lama dah diubati.
cis la raksasa hodoh ini, nyah kau dari aku.
bosan la berjaga sorang-sorang tengah malam.
tengah malam sampai pagi.
pagi baru lelap. oh kelopak mata, berjasa la untuk aku sebentar.
penat aku jadi si penjaga malam. si hantu berkeliaran melihat kucing ku nyenyak mimpi.
cemburu dengan mereka.
macam-macam aku dah buat. tolong la. nak tido sekejap ja.


selagi tak detik 4 am.
tak lena.
bodoh!
aku rasa masa aku lahir, umurku 50 tahun.
mula berjalan, umurku 55 tahun.
mula sekolah 69 tahun.

kini, aku rasa umurku sudah 150 tahun.
manusia makin cepat dewasa aku rasa.
ahhh, penat la aku hari ini.

kami kan berkongsi darah yang sama?

"tak apa sofea, hidup ini macam cermin. apa orang kata kat kita, ia akan reflect balik kat orang itu. you dun worry, u akan berjaya one day. insyallah :),yang penting, adik-adik.tanggungjawab sofea kalau ibu dah tiada...." pn.cassandra cakap..




aku tahu adik aku cantik.
adik-adik aku jelita.
dan sebenarnya aku tahu aku tidaklah serupawan mereka.
macam aku lah hanya anak susuan.
tapi, aku masih punya rasa hati, dan juga jiwa kecil ini tak pernah lelap, tak begitu?
adikku mahu selipar, aku belikan walaupun dalam poket hanya ada rm10.
adikku mahu tengok transformer, aku ya kan aje. walaupun aku sendiri tunggu mereka di luar. tak cukup duit.
adikku mahu ke universiti, aku tolong sedaya yang mampu. keringat tak pernah lelah untuk mereka.
apa salahnya, mereka kan adik aku.
aku tak kisah apa-apa sahaja untuk mereka,
kamikan berkongsi darah yang sama? :)




.................................................

winamp aku makin best!

orang misteri.
tak banyak aku tahu pasal dia.
aku rasa tak perlu tahu pun.
dia hanya memerhati aku dari luar ruang udara aku ini.
ah, apa aku peduli, akhirnya aku dah makin tahu.


huhu.
:)

0307

happy birthday girls :)











#002 pioneer :]

grrr..

aku rasa aku makin percaya pada sumpahan. macam sumpahan ibu pada si tanggang, sumpahan mahsuri, sumpahan orang minyak, mahupun sumpahan apa-apa je la. macam...
"aku sumpah kau jadi......"
"hari ini kau buat aku macam neh, esk...amek ko!"

aku rasa karma sangat. dulu, aku pelajar yang malas. tak masuk kelas. sampaikan seminggu lagi untuk upsr, cikgu aku cakap.
"anis tak masuk kelas lagi?, mana dia. main bola sangat. nanti, masuk dewan, gantung bola kat leher. kot-kot dapat jawapan.........."cikgu marina.
bangga dengan upsr, aku pegi ke sekolah berasrama penuh. mungkin untuk murid-murid yang bijak dan baik sahaja. jadi, aku tersesat.
ponteng prep, naik lambat, sengaja buat pasal untuk dimarahi, bersama klik-klik buat orang tak suka, gila kuasa, tak pin tudung kalau turun surau, tipu warden kalau nak balik rumah,bising dalam surau, kutuk cikgu, mengajuk cikgu, sampaikan belasah orang opps.lebih bagus aku gelar dia pencuri. hingga mak bapak kene panggil. bukan jahat sebenarnya, nakal lebih tepat.di kolej, aku ponteng kuliah. ponteng tutor. kadang kala potostat mc kawan. haha. bodoh gile.
cis, jahatnya budak sekolah neh. aku rasa, dalam banyak-banyak cikgu aku, ada antara mereka yang telah sumpah aku. mesti ada. haha :)

aku dapat pergi egypt untuk medic, aku tolak. dapat ke universiti malaya, aku tolak. dapat ke pelbagai lagi tawaran, semua aku tolak. akhirnya, aku pegi ke IPGM.
hanya satu niat,jadi cikgu.
end up, dapat pelajar yang macam aku supaya dapat susahkan hidup aku kelak.

tak rasa aku kena sumpah ke?
................................................................

hayya nab'idil karaha.

dengan hanya aku menghela nafas, tak bermakna aku lepaskan semuanya apa yang aku simpan.
banyak sangat niat yang aku nak realisasikan.
liberasi yang cukup ruangnya untuk aku terus terbang.

aku mahu bermain piano seperti ray charles.jazz, blues, buat aku relax.
mahu bermain pedang dan berlawan seperti Achilles berlawan Hector.
mahu juga aku menulis seperti Nicholas Spark yang mampu tulisannya difilemkan.seperti penghargaan.
teringin juga aku menolong orang seperti oprah winfrey.
lagi aku teringin jadi pergi melancong tempat-tempat terindah dunia, seperti taj mahal, The Grand Canyon,The Iguazu Waterfal,...macam orang kaya.
banyak sangat yang aku mahu..

kita pandang hidup dari pelbagai sudut. pelbagai pandangan dapat kita lempar.
ada yang di atas, ada yang di bawah..jika di atas, menguji imanku pada Yang Esa, bila ku di bawah, buatku semakin kuat untuk tidak mengalah.
harap rodaku makin pusing ke atas. kalau tertulisnya qada' dan qadar aku sebegitu..
aku bersyukur. dengan apa yang aku ada sekarang.
walau tak dapat apa yang aku bayangkan, alhamdulillah ada apa yang aku perlukan.
tak meminta lebih, tapi aku berusaha untuk memperbaiki. hari ke hari. kalau tidak, manakan esok lagi baik dari hari ini.
mahunya junjung syukur aku itu, tapi tak terdaya.
terlalu besar.
sampaikan paksi bumi mampu berubah dengan besarnya syukur aku itu.


tadahku hanya untuk Allah s.w.t
Dia Maha Kaya.
amin.

psst. sekali lagi.

"I'm only laughing on the outside, My smile is just skin deep, If you could see inside I'm really crying ,You might join me for a weep..."


mr.joker ajar.
ada perasaan yang aku sedar, tapi, tangguhkan dulu..



shhh..
George Clooney sangat hot di mata aku.

kenapa aku rasa kuaci ada dadah? tak henti aku kunyah.

tak biasa aku tengok bola sepak malaysia neh.
tak cool kawan aku cakap.
tapi, malam neh aku rasa cool sangat.
tengok berita sambil makan kuaci, minum kopi o ice,
sambil gelakkan mereka yang kalah macam aku pandai sangat sepak bola.

perlis menang 4-0 atas negeri sembilan?
tak cukup makan masak lemak cili api agaknya.

*bangga untuk jadi anak perlis itu.*
cool tak?

psssssttt!

bla..bla..bla..

aku rindu ambil dadah.
aku rindu dengar U2 sambil khayal.
oh kawan-kawan sekerja, kamu ibarat dadah untuk aku.
buat aku gembira walau sekejap. janji kau buat aku gembira.

aku addict.

engkau lawa, engkau handsome, itu credit untuk kau.tahniah kerana terpilih. aku jadi makin positif, itu lagi bernilai kan?

aku berkaca mata.ye,aku rabun. ramai tak tahu rahsia itu.
mungkin rakan sekelas, mahupun rakan sekuliah aku sedar.
sikit-sikit je.
kenapa nak sedar kewujudan aku?
aku tak kisah la pasal itu.
bukannya mahu mereka sedar, cukuplah sekadar menerima.
tak rasa bodoh langsung kalau kau ada perasaan menerima.
kau tak rugi langsung.
tak rugi setitik pun peluh kau, kalau kau cakap, "good la anis..."
lagi aku anggap kau mulia. macam oprah winfrey.

tapi takpelah, aku makin positif aku rasa.
aku rasa kau mungkin tak terima aku sebab kau jelous kau tak boleh jadi macam aku.
positif kan??

tengok ini, sumpah buat kau jadi makin positif.


..................................

dear soul, goodnight.

"Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay..."

lmacam hantu yang berbisik, tapi aku tahu, itu bukan. itu kekuatan aku.
irik yang paling mempengaruhi aku kebelakangan ini.
macam bayang-bayang tumpang pada aku sejak 2-3 hari ini.
aku harap kau tak pergi jauh.
sebab aku janji, aku tak curang.
kau raja pop. lagu-lagu kau buat aku gerakkan kaki.
sebab kau, aku tahu berdansa. walau macam sampah aku gerakkan kaki,
at least aku dapat goyangkan tangan dengan "billie jean" kau.
selamat la kau di atas sana. pasti rindukan kau, si pelik.
ayuh aku recharge hidup aku.
supaya makin selesa aku hirup udara pinjam ini.



cikgu sofea.
boleh aku gelarkan sekarang?
terlalu awal.
ceh!