Ibu

Tuhan Maha Adil. Dia hadiahkan setiap empunya hati ada seorang ibu, dan bapa. tak perlu 2 ibu untuk adanya gen kita. tak perlu adanya 2 bapa untuk satukan kromosom2 kita. jadi, setiap baris-baris DNA yang terbentuk, hanya ada 2 sumbernya, ibu dan ayah.

Tuhan,
terima kasih hadiahkan aku ibu. ya, ibu yang aku peluk sekarang. entah dari mana dia punya kekuatan sebegitu rupa untuk aku, dan adik-adik. entah dari mana dia empunya segala keringat untuk mencari se-sen untuk semua di bawah bumbungnya. bukannya die punya pokok suit keramat, bukannya dia punya suami di sisi, tetapi, aku tahu. dia hanya ada Dia. dia percaya, tiada yang boleh tolongnya hanyalah Dia. itu aku kagum.
dengan itu, aku terima kasih, terima kasih, dan terima kasih kepada ibu, Husmarita @ Cassandra, kerana tak lepas aku dari matamu, tak lepas aku hingga hilang pedomanku, tak lepas aku, hingga hilang arah tujuanku, namun, genggam aku dikala aku perlu, genggam aku dikala aku buntu, malah, berjalan sebelah aku, di kala aku tiada siapa-siapa. aku tahu, walau seluruh dunia membenci ku, aku tahu,aku masih ada kamu. itu aku pasti. jika kamu berjumpa dengannya, khabarkan, dia lah wanita paling hebat. dialah Venus paling indah, pernah aku jumpa. walau aku bayar dengan titisan darah aku yang terakhir sekali, tak mampu bayar segala apa yang kau dah buat. ya, aku masih tak puas hati dengan hidup aku. masih, namun alpanya aku, aku bertuah, masih ada ibu. somoga segala doa kau termakbul, segala peluh kau dibayar, segala rasa kau dimetrai. percayalah, doa untuk ibu, memenuhi pesanan tadahan tangan aku kepada Nya, kerna, aku tak kisah tiada ayah untuk 10 tahun ini, namun jangan tiada ibu untuk 10 minit dari hidup aku. SELAMAT HARI IBU :))


ibu, ratu hati,
love,
anakmu, Sofea.

hello :)

*padam, tulis, padam tulis*

oke. bersawang sangat dah blog neh. sana-sini berserabut. sangat-sangat rasanya. hey, aku rindu kau la. ilham. kata. banyak sangat nak aku luah, nak aku kata, tapi, tiada mofem mula :(
ahhh. makin mengeluh.

hmm. kalau kata aku mahu delete blog, memang mustahil. mustahil bagi aku, mungkin tak orang lain. "sofea, kenapa private blog?", banyak kali aku dengar. yeah. sini aku jawab. buat pertama kali dalam hidup, buat pertama kali dalam sejarah, aku rasa tiada mood nak menulis. tiada rasa lagi untuk aku salur. tiada lagi apa itu menulis. ohh. satu petanda buruk. semuanya aku tipu, aku sibuk. itu hanyalah 30% jawapan benar, yang lainnya kerana AKU TIADA MOOD.

*mohon ampun*

sekarang. aku dapat balik MOOD aku. yeah. mahunya aku lompat gembira, mahunya aku sorak sekuat alam. yeah !!!!!!

Hello :))

nama dia sarah :))

Saya suka seorang budak nama dia Sarah
Dia suka makan aiskrim comot, comot
Tapi, Sarah comel sangat
Hari-hari Sarah tunggu saya balik sekolah
Kalau Sarah tunggu bawa aiskrim dua
Saya, sayang Sarah sangat

Biarkanlah (biarkanlah)... biarkan la a a a a~ biarkan lah (biarkanlah)
biarkan lah a a a a~h biarkanlah (biarkanlah..)
biarkan lah a a a a~h biarkanlah (biarkanlah)
biarkan Sarah a a a a~

Bila petang-petang kita main dekat padang
Sarah suka tolak jatuh dan tersungkur
Tapi, saya sayang Sarah
Bila besar nanti saya nak kawen dengan Sarah
Mama Sarah baik suka pujuk saya
Sebab, mama saya garang

Biarkanlah (biarkanlah)... biarkan la a a a a~ biarkan lah (biarkanlah)
biarkan lah a a a a~h biarkanlah (biarkanlah..)
biarkan lah a a a a~h biarkanlah (biarkanlah)
biarkan Sarah a a a a~

Sekarang Sarah takde lagi dalam dunia saya
Saya suka tunggu Sarah dekat kubur
Saya, rindu Sarah sangat

Biarkanlah (biarkanlah)... biarkan la a a a a~ biarkan lah (biarkanlah)
biarkan lah a a a a~h biarkanlah (biarkanlah..)
biarkan lah a a a a~h biarkanlah (biarkanlah)
biarkan Sarah a a a a~

:))

Ain Syazana,



Selamat Hari Jadi Ke-20
jangan berhenti kawan dengan saya, kerana tak lengkap tanpa kau
moga sentiasa diberkati hidup hendaknya,dan dimurahkan rezeki olehNya
insyaallah :))

kanan-kiri.

tukar tajuk blog. tak jadi masalah kan? sebabnya tahun baru. hahaa. bodoh!
semalam 2009, hari ini 2010. semalam taklah menyambut sangat, cuma teruja dengan tahun ini. aku jadi 20. aku suka number itu. nampak lebih matang? blah!

jadi, pergi makan-makan di sunway. tak jauh. sheh, beribu manusia di sana. yalah, banyak pub di sana. aku tak heran. aku hanya nak kejar makanan halal jah.
lapar sangat. kau punya beriya terkinja, kau punya hal. jadi, lantaklah.
time aku cari-cari parking di keliling sana, banyaklah yang aku nampak. budak-budak melayu dengan rasa TIDAK MALU mabuk huyung-huyung pakai baju tunjuk bontot, gelak ketawa macam haram jalan-jalan sambil peluk-peluk jantan. bangga nya aku tengok kau bodo! aku rasa bawah umur lagi, tapi, mungkin kau pakai wedges, kau tinggi la kan. takpun sebab body kau lawa. nak je aku stop kan kereta, ketuk kepala kau. kau ingat ini tempat bapak kau? suka hati jalan-jalan jadi jalang. dah! aku rasa, kau punya hal. jadi, aku sudah tak pandang kanan.

aku pandang kiri, jumpa pulak sekumpulan budak ye. budak sekolah bajet mereka Billie Joe Armstrong dengan pakai cekak setan. kau ingat cool ke? sumpah tak la weh.
yang kau beriye nak jadi setan kenapa? tolongla. dah cukup banyak setan dalam dunia neh. jangan tambahkan please? ala, kau bukannya dengar.
aku tak faham. aku hanya nak cari makanan, dah dapat dosa mengumpat mereka.
baik balik rumah masak maggi.
cukup masa tido. tahun depan pun ada tahun baru juga.
mungkin lagi dasyat.
pirahhh!


aku makin takda tajuk entry. jangan marah kalau ia nya merapu meraban.
psst!

keh2.

countdown 09012001.
hehehe.


aku tak banyak minta. setakat gitar dengan novel precious cukuplah.
tak banyak kan.

gitar dan novel precious.
sangat suka.

dah dua kali aku tuliskan di atas.
nampak tak sungguhnya aku harap..?
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :))



love u sayang.
:)

prrr.

peminat no.1 aku cakap, blog ini dah bersawang. aku rasa dah siap ada masyarakat labah-labah dah buat komuniti kat sini. hahaahah :))
sebabnya, tak ada apa nak dikongsi. dan juga, mungkin busy dengan mende lain.
ceh.


selamat tahun baru sayang-sayang :)
bye-bye 2009 and hye to 2010.
banyak sangat azam yang tak pernah selesai.
ayuh, tahun ini selesaikan.
semoga berkekalan. amin.


HAHA.
2010.