Kepada Semua

hidup ini hebat.
ia hanya untuk orang yang kuat. aku mengaku, aku bukan.
dugaannya terlalu tebal untuk aku tembus, terlalu kecil aku untuk aku pikul.
namun aku tahu, Dia tetap sayang aku.
aku hambaNya.
ya, aku redha.


aku perlu sendiri.
untuk seketika, untuk sembuh.
dan ini memerlukan waktu, waktu yang panjang,
untuk kembali kepada sediakala,
menjadi,
Anis Sofea.

kanak-kanak, 2011

betul kata rakan aku.
aku buka sahaja facebook, ada saja adik-adik perempuan yang berstatus macam-macam.
gelak kecil aku.

" I love you abang."
"ILYSM, sayang"
"I miss you"


dah la baru belas-belasan tahun.
ada yang baru abis upsr pun.
apa kau orang tahu tentang cinta, rindu,sayang, perhubungan? tak tahu bukan?
lebih baik berbalik pada buku, pada cikgu, pada papan hitam,pada keluarga,
itu lebih menguntungkan.
kakak cakap serius.

aku rasa, waktu umur aku sebaya kamu,
aku pun tak puas main masak-masak lagi.
kejar-mengejar sambil angkat kain, apa nak malu, dalam ada seluar panjang.
tak kenal, mana perempuan, mana lelaki.
semua aku tampar. ;)

kanak-kanak sekarang lebih beremosional.
aku rasa, tak bagus.
jom, nikmati zaman kamu. sebelum kamu sedar, kamu betul-betul rindu,
zaman kanak-kanak kamu.

kepada sesiapa yang bertanya,
aku bukannya menulis untuk mencari nama populariti.
aku juga tak minta untuk di-agung agungkan dada blog aku ini.
aku menulis secara suka-suka.
medium untuk aku suka-hati kerana di sini,
aku tak bertemu manusia.


hey, jangan anggap aku kera sumbang yang mahukan sendirian.
aku suka kepada keriuhan.
sebab dengan manusia-manusia juga, aku hidup. aku adalah sebahagian daripada mereka.
tapi kadang-kadang, perlu juga sesuatu tempat untuk mencari damai hati.
meluahkan apa terbuku, apa yang semua orang tak faham.
kan setiap kita bermisteri.


dan sebagainya.
jadi setiap orang ada caranya,
tak perlu tanya kenapa aku tak hias-hias cantik blog aku,
letak gambar bedozen-dozen dengan setiap megapixel,
sebab aku suka dengan cara begini.
dengan ayat-ayat begini. aku tahu aku poyo. HAHA!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

rifa, jumpa isnin ini. Muah!

sudah forever 21.

9 Januari 2011.

yeah. genap aku 21 tahun. boleh la aku katakan, aku adalah forever 21.
di mana mungkin tahunnya berubah,
angkanya menaik,
tetapi orangnya, tetap sama.


selamat hari lahir, anis sofea.
kamu hebat.

aku pernah hilang orang yang lebih aku sayang, dari kau.


salam tirai 2011.

syukur tak terhingga aku, aku masih punya kudrat untuk mula menulis, lahirkan rasa.

karna, aku bukanlah manusia yang kebal dengan rahsia, aku sangat rapuh.
ya, aku sangat rapuh dengan rahsia, aku sangat rapuh dengan perasaan.
apa sahaja aku rasa, aku fikir, aku akan luah.
tak pernah sekali aku gagap, malu untuk luahkan rasa,
pada siapa yang aku gelar sahabat, walau sekejap saat aku kenal.
itu kelemahan aku.mudah untuk menggelar mereka kawan sejati, kawan sehidup semati.
rupanya mereka si bangsat penikam, belakang depan, mereka tak kira.
hanya mereka tahu, tengok sesama rakan mereka hancur,
supaya mereka mampu gelak ketawa besar,
"Oh, padan muka. aku bukannya kawan kau, BODOH".
aku sudah tidak percaya pada manusia,
yang segelintir mereka gelarkan diri mereka kawan kepada aku.

aku sudah cukup misteri untuk kau terokai,
jadi, jangan teruskan.
kau mungkin akan temui, sesuatu yang terlalu ikhlas.
jadi jangan hancurkan, kerana ia terlalu pahit untuk pulih.
tolong kasihani aku,
jika kau bukan sahabat kepada aku, tolong ingatkan aku.
maafkan aku kiranya aku pernah sakitkan kau,
as i said, 21, i'm still growing up,and what i did is not what i am.
I'M SORRY.

terima kasih yang paling ikhlas aku ucap pada mereka yang masih setia,
yang jauh, yang dekat,
ikhlas aku ujar, aku sayang, kasih pada anda semua.
sumpah, aku sayang.
cuma kadang-kadang aku terlupa, anda semua ada.
aku hanyalah manusia,
dan bahan ujikaji syaitan.ampun.
jangan berhenti kawan dengan aku,
sampai bumi berpecah dua,
sampai sangkakala ditiup. InsyaAllah.


love,
sofea.