syaza syahida.

awk.
mungkin seperti semalam aku kenal kamu.
sampai terlupa dari zaman hingusan ke zaman perkahwinan mungkin masih mengenali kamu.
waktu sedih menepa, waktu gembira tertera, kamu tetap bersama.
tanpa kira sang mata tertutup, mahupun dingin di subuh.
tak pernah sekali terlepas "aku sayang kamu".
kamu tetap bersama.
tak sempat aku ucapkan terime kaseh.
jahat nya aku.
mungkin, selepas sedih mengucapkan selamat jalan kepada sekolah,
sekali lagi aku menyepi diri. tidak mahu berucap, tidak mahu bersua. dan mungkin tidak mahu apa2, aku binggung kerana ia tanpa sebab. mungkin malu kerana kamu lebih berjaya?mungkin aku malu, kamu lebih berjaye, atau pun kamu punya kwn lebih dari apa aku ada.
buatkan aku makin sendiri. tapi, dasarnya, kamu tak pernah aku lupa.
entah la. aku hanya kecil.
ampun sahabat.
mungkin kini, mungkin kini,
aku makin kamu hampir,
inginku terus mendakap, tanpa melepas, satu2nya apa digelar sahabat.
ampunkan aku, walau dosa setinggi banjaran, walau salah sedalam sang nil.
aku mahu kau ampun. kerana ampun itu amat aku perlu untuk bernafas dalam rongga ini.
aku amat sayang.
kini kau jauh, kini kau jauh. namun, hati kamu masih dekat.
percaya. itu aku harap.
syaza, aku mahu kamu tahu, setiap langkah aku,
aku selitkan doa. moga ko bahagia di sana.
walau kamu jelek mana, biar kamu hodoh mana,
kamu tetap sahabat. mungkin di dunia, mahupun di pengakhirannya.
di mana itu kamu, di situ aku sokong.
di mana salah kamu, di situ aku tolong.
di mana kamu perlukan aku, walau masa menepis,
aku akan berada. aku janji.
kamu tetap sahabat.
terima kasih aku ucap, takut terlupa, takut tiada peluang,semuanya aku takut..
dan mungkin aku takut, aku tak sempat...............
syaza, sahabat sampai mati.

* hehehe. tulisan dari hati.

No comments: