semalam berbuka di Flaming, Sunway. Alhamdulillah, tak terkira syukurnya aku kerana masih dapat berpuasa hingga ke 10 malam terakhir Ramadhan.

TQ sayang.
ohh, aku rasa sangat adil, aku tak benarkan post aku dikomen.
hey stalker. aku tahu kau. jangan kaji aku dalam sangat.
;)

mana pergi kemanusiaan sehingga maruah negara dipijak?
propaganda semata-mata.
selamat menyambut kemerdekaan, ke-53.

ohh ya. saya lupa. tiada lain yang sehebat kau, Si-Amat-Menyedihkan.

tidak syak lagi, orang yang memberi amaran keras, orang yang mengugut ke atas orang lain,
adalah penakut.
takut akan sipolan yang satu lagi, membuat rentak.
jika tidak, kenapa perlu cuak?


;))
bak kata salah seorang kawan fb aku,
' FB untuk suka, bukan untuk emo-emo'


;))
sukenye.

ala, awak pun ape kurangnya.

apabila cahaya dipecahkan, diselerakkan dek prisma,
satu warnanya, ada nama kamu.

encik kamu. saya minta maaf.
kentut saya kadang-kadangnya berbau.
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ;))

ternganga aku sepanjangnya.

tiada satu elemen pun yang dapat meleburkan keterpegunan aku apabila menonton, INCEPTION.
tahniah, jutaan tahniah, dengan akal fikiran si pengarahnya.
hebat, hebat dengan plotnya, yang mungkin, sampai mati, tidak akan pernah aku terfikirkan.
pernahkah terfikir, bagaimana anda berada di tempat dalam mimpi anda?
contohnya, anda bermimpi, tiba-tiba tengah jalan-jalan di taman bunga,
tapi, bagaimana anda ke taman tersebut, naik kereta, jalan kaki,
persoalan yang baru aku tahu hari ini, walaupun hampir 20 tahun aku bermimpi.
serius, buat aku ternganga, sepanjang wayang.

;))

mereka menggelarkan mereka, kawan.

Tuhan, sesungguhnya ada tika detik,
aku sangat merindui mereka.
ada ketikanya, aku bertanya, kenapa menemukan aku dengan mereka,
si penggeledah ruang hati yang hanya mereka mampu mampatkan,
sesungguhnya, aku sedar, jika tidak, aku tidak akan menjadi aku, hari ini.

Tuhan, mereka sahabatku,
sememangnya tertulis di alir tangan aku, aku mempunyai mereka.
sesungguhnya, aku tak tipu, aku bersyukur.
kerana, mengenali mereka, adalah satu keberuntungan
berilah ia sebesar-besar rahmat dari Mu, Maha Pencipta,
menjadi sahabat mereka, adalah takdir,suratan,
yang amat menakjubkan,dalam fana ini.


- ditujukan kepada semua yang apa aku gelar, kawan.
terima kasih. ;)

untuk awak, ini sebuah dedikasi

benar, aku tidak pernah diberi kesempatan untuk memilih.
namun sekiranya peluang itu ada, sasarku beribu kali,
hingga robek hati kecil ini, hingga darah tidak di salurannya,
hingga nafas, sampai ke hujungnya,
pasti tetap akan kupilihmu, kekasih.

selamat bulan ke-9, sayang.